Semester ini saya sangat boring. Saya sangat tak ngam dengan roommate saya sampai membuatkan kami hanya bercakap benda2 yg sangat, sangat, sangat penting sahaja seperti ‘jangan lupa susun selipar nanti nak keluar’ atau/dan dia hanya bercakap dengan saya untuk mengatakan ‘rini pinjam charger/iron/heater’. Fyi, kolej ini adalah sgt skema dan strict. Tersebutlah kisah suatu hari selipar toilet saya dan roommate telah dirampas kerana kena pulak hari tu lupa nak susun selipar. Maka tamatlah service selipar toilet saya yg saya guna dari semenjak sem 3 itu tak bertukar2. Macamana? Ngeri tak tahap keskemaan dan kestrict-an kolej ini?
Bukak perenggan baru back to the topic, kebanyakannya bilik kami akan hanya sunyi sepi sampai kadang2 bunyi perut menggelegak pun boleh didengari dari telinga kasar. (Especially time2 final exam ni. Semua pakat sayang nak tinggal meja study. Pakat lawan perut menggelegak) back to the topic tanpa mambukak perenggan baru, telinga dia yg kasar. Telinga saya lembut je. ini terbukti kerana dia suka buat keja bising2 seperti orang sedang menunjuk perasaan. Sangat menggangu ketenteraman sejagat. Maknanya telinga dia agak sukar untuk menangkap kesan bunyi secara efisyen dan effektif. Benda lembut selalunya sensitif terhadap persekitaran. Kalau sampai bunyi perut menggelegak pun boleh dikesan dari telinga kasar, maknanya bilik saya memang sgt sunyi. Relevan? Bersetuju? Sila sign petition sekarang!
Dan bilik saya memang sangat sunyi. Nasib baik ada kipas. Ada la jugak sistem bunyi dalam bilik. Itu bila sunyi. Tapi bila tak sunyi akan dipenuhi dengan bunyi2 lagu dangdut amelina dari laptop dia yang tak reti nak slow tak reti2 orang nak study atau bunyi2 lagu2 merdu dari nyanyian saya sebab sakit hati nak lawan lagu dia. Awww masuk bakul angkat sendiri.. eh ehem2. Back to the mood, semester ini saya sangat sunyi. Dan untuk mengelakkan saya daripada sunyi saya sentiasa mempersoalkan semua yang berlaku di sekeliling saya seperti;
1. ketika makan :
a) kenapa nasi goreng kampung dia boleh jadi kaler kuning?
c) Dia mesti ada ladang cili.
d) Kaya2……. dia kaya. Saya? INSYAALLAH.
e) Kenapa nasi goreng kampung kena letak sayur kangkung? Kalau letak sayur bayam, apakah kesannya kepada masyarakat?
f) Kenapa ayam goreng kena kaler tipikal macam ni? Kenapa bukan kaler biru atau hijau?
g) Apakah sebenarnya maksud tom yam? Adakah kerana direka oleh mak cik petom yg tiba2 terbubuh ayam dalam masakan dia? oh saya rindu tomyam mamak bistro dekat dataran cendekia. Tom yam dia sgt kaw tak agak. Tak sempat nak mintak resepi dia dah tutup kedai. Saya dengan tuan kedai tu kamceng. Dia dah kenal nama saya. Tak perlu tulis nama lagi dah dekat order. Dia tau itu saya. Haha. Tapi saya guna nama nur
h) Oh ha saya dengar sir iz-iz pandai masak. Eh, tekeluar sir iz-iz plak. Tersedak dia. kesian sir iz-iz digosip dengan budak hodoh ini. Hmmm...
i) Kenapa kicap ni cap kipas udang? Kenapa bukan cap kipas lipas ke. kipas sotong ke. kipas mak cik minah ke. kenapa dia pilih kipas? Kenapa bukan lampu? Kenapa bukan kicap cap lampu udang ke. mentol udang ke. Chandelier udang ke. oh kalau kicap kaler pink kan syok sikit..
j) Siapakah yang mereka resepi? Semestinya mak kita belajar dari nenek kita. nenek kita pulak belajar dari moyang kita. moyang kita semestinya belajar dari… err apa org panggil selepas moyang? Heheh. Kalau mak kita belajar dari buku masakan sekalipun, semestinya orang yg tulis buku masakan tu belajar dari mak dia dan mak dia belajar dari nenek dia dan eh ha.. begitulah seterusnya.. pandai2 la nak idop yop..
2. Ketika berangan nk tggu lelap:
a) Kalau jadi model sexy majalah macam angelina jolie, akankah nanti ma akan start hobi baru? Kumpul koleksi kapak mungkin?
b) Eh kalau jadi model muslimah mungkin tak apa.
c) Terkejut manusiakah abah nanti kalau belek2 majalah keluar muka anak dia?
d) Nanti nak kawin nak tema kaler apa yeh?
e) Anak first, saya nak letak nama cahaya kasih zarra. Kalau baby boy, biar dia yg pilih. Hahah. Bukan baby boy tu yg pilih, bapak baby boy tu. heheh.
f) Macamana cara senang nak usha lelaki? Buat2 langgar kereta dia ke? or buat2 telanggar dia? or buat2 baik ati tolong mak cik angkat barang lepas tu tup2 mak cik tu mak dia. (abg redza cakap org melayu memang suka drama. Tak pun terpengaruh ngan novel. Tsk!)
g) Oh macamana nak bunuh roommate saya ni tanpa dapat dikesan? Geramnya aku YA ALLAH….. Takpe. Dalam Islam niat baik dapat pahala, niat jahat belum boleh direcognise sebagai dosa. You duduk dengan roommate I seminggu nak tahu betapa tensyen nak nangisnya especially time final ni.
h) Follow back to back csi pun tak tau gak macamana nak bunuh orang tanpa dapat dikesan. Eh, dah lama tertinggal csi. Last sekali tengok time horatio nak kena bunuh. Sempat tgk iklan je horatio kena tembak. Mati ke tak tak tahu lah. Wallahua’lam.
3. Tengah study :
a) Genius betul la. sapa laaaa yg cipta pensel picit ni yeh?
b) Betul ke kalau tiup sharpener nanti berkarat?
c) Kalau betul maknanya karbon dioksida ada effect dekat besi. Kalau tiup pagar besi sekali setiap hari, berapa lama masa akan diambil untuk mengaratkan dia?
d) Kenapa kalau pen jatuh, dakwat dia pecah? Adakah dia mengalami kejutan perasaan? Bila kita nak guna dia balik, dia nervous terketar2 sebab tu dakwat dia keluar tak efisyen.
e) Bijak betul la kalkulator ni. Sapa la mak bapak dia yek?
f) Ada ke wujud pen macam dalam cerita senario the movie tu? dakwat dia bleh hilang?
g) Bagus jugak idea generic msg tu. nanti exam bagitau invigilator, tak payah jaga saya pun tak pe. Saya pandai jaga diri sendiri.
h) Berapa ramaikah student lelaki yang bungkus pemadam dia? tinggal bucu yang nak pakai tu je.
i) Apakah cara paling baik nak bawak toyol dalam exam?
.........................
Serious memanjang pn tensyen jgk… =p



