Sunday, June 28, 2009

sbb ini adalah blog mak nenek, so suka hati mak nenek la..

hehehe.. saja nak buat tajuk pedas..



budak ni serious cute..

enjoy.

-nak cakap itu je-


;)



Saturday, June 27, 2009

lets move around with the cheeky song yeah!!



nobody - wondergirl

1. my adik n me love this song so much. wondergirl is always wonderful with their lain-dari-yg-lain kinda dance. i want nobody, nobody but u.. hahah.

2. ada lg satu minggu nak balik shah alam. kat manakah akan ku buang diri ini? oh inilah nasib orang homeless dirantau org..

3. kena serang dengan seseorang yg menyukai seseorang yg single yg dengan malangnya digosip dengan saya. tp saya cool! haha.. you dont have to remind me that im ugly. saya masih sedar diri ini.. ye saya tau dunia ini penuh drama..

4. gatal nak update tp tatau nak tulis apa, ni lah jadinyer..

5. masih claim diri sendiri mak sedara yg penyayang walaupun dah malas nak mandikan anak sedara, malas nak suap makan dia, malas nak tukar diapers dia, malas nak main dengan dia. tapi masih kekal di tempat teratas dalam carta irin's most favourite-nearly gorgoeus aunty.. haha..

6. photo2 kakak grad dan abg kawin..


love this one..


dia nyanyi lagu i love you - barney and friends depan org makan beradap. serios dia comey...
di mata saya..
hehe.


anak dara dengan pengantin baru..
heheh.

masih tak complete. ada lg 3 anak teruna ma abah tengah mencekik time tu. lapar tak ingat nk begambar..


adik..

time ni la ada abg2 gerai sbelah dok panggil2 aku. tak takut weh depan2 ma abah aku dia try2 ngorat..


7. sumpah boring..

8. harap gosip2 yg menular itu diberhentikan supaya saya tidak akan disakiti.. sayang saya tak kawan2??

9. sapa2 ada astro kan, kena tgk show ni kat channel 303, hari slasa kul 11.20,chit chat of beautiful ladies. best!

dia invite the ladies from all over the world yg currently stay kat korea dan pandai cakap korea. mmg speechless 1st time tgk org putih, org hitam, org uzbekistan, org malaysia pn ada, cakap korea dgn lancar! topik2 dia pun hot! the ladies pn sumpah gojes giler..


especially this one..
she's guzal tursunova from uzbekistan and yes she can speak korean fluently..



oraite. saya slalu tatau nak buat penutup camana. kalau tulis karangan skolah menengah dulu boleh kot tp sbb ini adalah blog tmpat mencarut (oopss! hehe..) i mean, mengarut, jadi tatau penutup sesuai tu camana. hehe..

babai je lah..



;)



Friday, June 26, 2009

seperti terdengar gu jun pyo memanggil-manggil namaku..

sudah.. dah giler gu jun pyo pulak..
haha..
left, gu jun pyo. right side is dao ming si. nak sama kan. tp i lg suka yg sbelah kiri..
they are drop-dead gorgeous.. i cair.
haha..

p/s : sorry mak nenek walaupun dah tua tp belum matang lg. masih kegadis-gadisan dan menggilai pelakon2 lelaki korea dan taiwan..

yg hensem..

sahaja..

hahaha..

nasib baik mak nenek belum ada pakwe klau tak makan hati je lah dia.. hahaha..

;)





social responsibility

ehehe.. kena tag da.

tagged by kak mar. sebenarnya lama dh kena. tp hari tu laptop kena virus so kak mar punya blog tak leh view. bila dah boring cam ni baru ingat.. hehehehe.

the rules : use Google image to searh the answer for the question below. Then you must choose a picture in the first page and post it as your answer.

hahahaha. its going to be fun!

tag, here me go..

.........

1. i'm..


missing him..
hehe.

*******

2. i really want to go to..

macau.

p/s : ni gara2 terpengaruh dgn boys over flower.. heheh.

*******

3. my favourite place..


my bed.

*******

4. my favourite thing..


novels

*******

5. my favourite drink.



its a must. especially bila balik shah alam.

*******


6. my favourite food.


yummy yummy tom yum..

*******

7. my favourite colour.


gambar ni giler freaky.
freaky secara lembut..

thehehe..

*******


8. i live in..


haha. i google for ayer lanas dia kuar gambar skolah menengah i dulu..
ni la sekolah i dulu. bangunan tu actually bangunan hostel budak laki..

*******


9. i was born in..

jeli, kelantan.

*******

10. my college..


uitm shah alam di jantungku..

*******


11. my favourite story..



sebenarnya semua cerita p.ramlee pun i suka. i can watch his film again and again and again dan boleh gelak lagi dan lagi dan lagi wpun dah beratus2 kali tgk sejak kecik..
he's brilliant. i suka lagu2 dia jgk..

*******

12. my hobby..


sleep..

*******



13. i wish..



to meet this woderful guy again ;)
bogoshiptda!
haha..


;)





Monday, June 22, 2009

seriously tak nak mati sebab resdung..

found this article lepas tau yg sheila kena bedah sebab resdung.

Resdung, sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus merupakan rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk, pijat, kutu atau makanan tertentu.
Sekiranya penghidap resdung tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera, radang pada ruang sinus ini akan merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Radang tersebut seterusnya merebak ke mata menyebabkan kelopak mata membengkak dan sakit. Pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata akan menjadi buta.

Di samping itu, radang ini boleh merebak ke tekak, selaput otak yang mengakibatkan meningitis dan ke otak menyebabkan otak bernanah. Penyakit resdung yang tidak dirawat boleh membawa maut!

Punca Resdung

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca resdung. Antara yang utama:
· Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Penyakit resdung ini juga sering dikaitkan dengan ketumbuhan dalam hidung seperti ‘polyps’ dan kanser.
· Struktur tulang hidung yang tidak normal, contohnya patah akibat kemalangan menyebabkan seseorang berisiko mendapat penyakit resdung. Mereka yang mempunyai struktur hidung yang senget (deviated nasal septum) juga berisiko tinggi untuk mendapat resdung.
· Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak akan merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi.
· Kajian juga menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar boleh mengakibatkan resdung.


currently sgt takut dengan penyakit sendiri yg agak teruk lately sampai sakit kepala berdenyut2..

seriously saya tak nak mati sebab resdung.. tsk.. inikah dugaan?







Wednesday, June 17, 2009

because it's stone cold..






Starlight Tears - BBF OST.

The white starlight wraps around my tears
My tears falls against the warm breeze
Can you feel it..?
The quiet trembling for you.

I draw you on white paper
Your warm smile envelopes me
Is this love..?
I see you even when i close my eyes

Ill be waiting for you
I will wait for you
I wont show my tears any longer

You let me know
About this false love
I wont let you go
Because it's you

Im walking through our memories
Tears well up in my heart
What should i do..?
I even long for you in my dreams

Ill be waiting for you
I will wait for you
I wont show my tears any longer

You let me know
About this false love
I wont let you go
Because it's you

Look at me
Like the stars in the sky
Cant you be the one in y heart...?

Ill be waiting for you
I will wait for you
I wont show my tears any longer

You let me know
About this false love
I wont let you go
Because it's you



Sunday, June 14, 2009

mak nenek nak membebel lagi..

tapi ni versi pendek2 sebab dah tgh malam.. hehe..

1. mak nenek bersyukur giler dengan result mak nenek sem ni. better than expected. mak nenek ingtkan nak fail dua tiga paper dah. mak nenek sendiri nak pengsan tgk result sendiri.. ni yang mak nenek lagi sayang diri sendiri ni. haha. nak kena beli hadiah ni mak nenek...

2. mak nenek suka blog hopping kat blogshop2. lepas tu mak nenek suka beli shawl2 kat blogshop tapi yg kureng sikit, mak nenek tak pakai pun. saja berkenan. so mak nenek beli la. shawl diorang lawa2 giler. mak nenek suka. suka mak nenek tgk diorang pakai shawl. lawa sangat. ayu sangat. muslimah sangat. so mak nenek pun beli la jgk tapi tak berani nak pakai. hehehe.. kumpul2 je. cara2 terbaru mak nenek habiskan duit tabung "rm1 per day" mak nenek.

3. mak nenek tengah nak diet ni. tak best la bila mak nenek plak yang paling sihat skang ni dalam family. tapi bila tetengah malam cam ni, mak nenek mula la lapar. lepas tu mula la nak baham biskut2 kering kat dapur.

4. abg mak nenek pernah suggest mak nenek buat master lepas degree ni sbb mak nenek habis degree awal gara2 program fast trek tu kan. lepas tu abg mak nenek suruh mak nenek apply lecturer. dulu2 mak nenek tak minat langsung. tak kena ngan jiwa mak nenek nak mengajar2 ni. ajar adik mak nenek pun, mak nenek dah melenting. tapi syok pulak mak nenek tengok lecturer muda mak nenek yg sorang tu jadi lecturer. (mak nenek dah tanak sebut nama dah..) so mak nenek tengah fikirkan balik idea abang mak nenek tu.. dekat area mak nenek ni pun tengah buat universiti baru. universiti darul naim katanya. boleh lah kan apply nanti habis blajar. hahaha. mak nenek suka la tukar watak jadi mat jenin kadang2.

tapi takpe. berangan kadang2 bagus. tapi kena la kena ngan tempatnya. kau jangan la plak berangan nak kawin dengan orang kaya sebab ko tanak keja.. sure ALLAH tak makbul punya..

haha.. suka ati je mak nenek ni kan..

sorang kawan mak nenek dari jepun cakap, kita bermimpi bila kita tidur. tapi kita bukan sahaja bermimpi bila kita tak tidur. macam tu la kalau mak nenek translate dalam bahasa melayu. sebab kawan mak nenek, sayuri nama dia, bagi dalam english. bunyi dalam english macam ni,

"we are dreaming when we are sleeping but we are not only dreaming when we are not sleeping.."

5. mak nenek ni mula2 memang cakap nak tulih pendek2 je. tapi bila jari2 runcing mak nenek dah letak atas keyboard, memang susah nak berenti. elok beno la perangai mak nenek ni. tin biskut kat tepi. haishhh macam ni mak mertua tak berkenan langsung nih.. ni bukan anak menantu ni anak hantuuuu..

6. mak nenek dah menyampah giler la dengan program realiti tv skang ni. tadi mak nenek tgk ulala ke hape tajuk dia kat tv9. nyanyi idok ler sedap mane.. kecoh je lebih..
lepas tu keluor pulak anak wayang la, pilih kasih la.. saje nak suruh kiter undi.

heheh..

7. mak nenek nak komen sikit tang kuiz how well do you know mak nenek kat facebook. haha. mak nenek rasa kelakar giler terguling2 mak nenek gelak. semua usus2 besar usus2 kecil mak nenek geletek kulit perut mak nenek dari bahagian dalam. hahaha. geli..

kelakar giler.

yang soalan kenapa hidung mak nenek mancung tu, smua jawab sbb mmg keturunan mak nenek macam tu. haha. tade la. mak nenek je hidung macam ni. ni smua gara2 tiru magician masa kecik la. sampai mak nenek kena ikat kat katil hospital tu sbb masa doktor nak kuarkan batang ais krim tu, mak nenek menggelepar. sakit ke tak mak nenek tak sure. mak nenek pun lupa. tapi yg scene terbaring atas katil hospital, macam ada la sikit2 flash back kadang2 main dalam otak mak nenek ni.

yg tang lecturer febret tu plg tak bleh blah. haha. mak nenek saja letak nama lecturer muda mak nenek kat situ. jerat mak nenek mengena haha. lecturer febret mak nenek memang sesapa pun tak bleh lawan la. puan adura lecturer far time intersesi. mak nenek sayang giler dia. dia bagus giler. giler giler bagus.. bagus giler lah.. cute pun ye gak.

padan muka diorang. gosip la lagi. hahahahaha. <-- gelak evil versi mak nenek.. mak nenek tgh fikir ni, camana gosip ni bleh jadi ah?? mak nenek pun konfius.. (ketuk2 dagu sambil tgk bucu dinding..dahi berkerut2 mulut termuncung-muncung..) <-- signature tipikal org berfikir... hehe. suka ati plak mak nenek malam ni.. okeh la. mak nenek berenti membebel ye. orang tua tak baik tidor tetengah malam. lemah jantung nanti.. last skali, mak nenek gembira dengan segala yang mak nenek ada.. dont worry be happy..

;)


Thursday, June 11, 2009

bila mak nenek dah membebel..

so mari lah kita meng-update blog setelah sekian lama tidak mengendahkan dia.. hehe.

...

emmm..

er..

ni yg i nak marah ni. tadi tgh makan mihun goreng byk je mende nk tulih.. ni dh depan laptop hilang smua..

tade plak sir iz-iz kat sini klau nk cakap dia buat my brain run blank again.. muahahaha...

kwn2 i mmg nakal. diorang dok perli2 i panggil sir iz, sir iz-iz. i sebenarnya i ni malas dah nk mention pasal sir iz-iz ni dalam blog. sbb nanti ada gosip cakap i suka dia..

hahaha.

mmg ada pon. i pon dah bila org nk gosip, i tumpang la sekaki. nanti kalau i bermati-matian deny pon org lg suka nak menyakat. i suka sir iz-iz. nape tak suka plak. tade sebab la plak nak tanak suka dia or benci dia. mula2 dulu mungkin la i tak suka giler nak mampus dekat dia sampai i pun penah plan ngan cik nak pegi pancitkan tayar kereta dia. tapi time tayar kereta dia pancit hari tu bukan gara2 i ye. take note. hehehe.

tapi tade la i suka lebih2. i suka dia biasa2 je la. sama la mcm i suka sir sri rama, (ni statement compem diorang argue nanti..), sama mcm i suka puan rosilawati, puan norliza, puan laila.. dan sepatutnya lah i suka lecturer2 yg byk tolong i skor paper. hehehehe.. sir iz-iz pun tolong bagi senang nk skor paper kan. i suka la. tapi sir sri rama tu mmg boleh di argue la pasal masuk kelas dia pun i duduk paling hujung, dia cakap pun romanstiks giles i tak dengars okeys. kalau tahap kesukaan i kat dia kurang sikit tu, memang patut la kan.. hehehehe.

betul tak sir iz-iz?? nah ambik i nak mention sir iz-iz banyak2..

...

mari letak number..

1. uruskan hal nikah kawin ni mmg la memenatkan i cakap u. kita orang kampung kan haruslah ada rewang2 ni. lepas kenduri tu haruslah i minum kacip fatimah sbb periuk belanga kuali hitam legam tgh tunggu nak di sental. pinggan mangkuk kena di basuh. tp tak pe i kental u know. sental2 periuk belanga ni kacang je.. haha.

2. i dah lalui 4 wedding dalam family i. tiga wedding yg i lalui sbelum ni kan, mmg la buatkan i rasa nak kawin jgk. by the time imam tu pgg tgn the groom kan, i rasa alangkah indahnya hidup i kalau stone cold la yg duk kat situ and i duduk malu2 tunduk cover ayu simpul2 jari ala2 nervous tak cukup oksigen jantung nak pam darah, kat belakang dia tunggu i sah jadi isteri dia. wah.. tapi bila time abg i kawin baru2 ni kan, i tak rasa mcm tu dah dan i rasa i ni dah terbantut kot.

mungkin jugak i dah berjauh hati lepas beberapa kes kena main. dan lepas beberapa edisi perbincangan ngan cik aina dan kawan2 i, i rasa kalau tak kawin pun i dah tak kisah kot..

3. sbb fakta, "lelaki suka perempuan cantik je" mmg la sangat tak bleh di argue. dalam dunia ni kan, org cantik mmg la sangat bernasib baik. semua org nk kawan dgn org cantik. semua org nk buat baik dengan org cantik. semua org tak nak sakitkan hati org cantik. mmg obvious la smua tu. dalam batch sendiri pun i nampak benda tu. dan kes yg kena dekat salah sorang kawan i mmg buatkan i benci la sapa2 yg buta hati buta mata ni..

kes yg jadi dekat kawan tu mmg la menyedihkan. dan seperti biasa si lawannya adalah si cantik. kawan tu cakap, semua orang pun tahu si cantik tu dah buat salah besar tapi diorang tetap nak salahkan kawan i ni. dan tade sorang pun nak tampil tolong tegakkan keadilan.

yg tatau apa2 pun tetap nk sebelahkan si cantik tu. tak ke sakit hati? mmg banyak topeng betul la diorang ni pakai. kalaupun diorang tahu yg si cantik tu salah, tetap jugak nak belahkan dia sbb tanak lepas peluang kawan ngan org cantik. betulkan niat la manusia oii..

eh, emo plak..

so mmg i nak conclude kat sini la, "lelaki suka org cantik je" dan org cantik ni mmg la amat bertuah nasib dia..

cuba kalau kau letak primary photo / profile photo kat friendster ke fb ke gambar mulut senget mata juling letak jerawat spoloh bakul. tgk ada tak org add korang melainkan kwn2 korang yg mmg dah kenal korang.

buktinya i letak la gmbar i yg posing cam perasan ayu tu kan kat facebook. bapak sampai mamat pakistan mana ntah add i. hari2 beploh2. diorang tatau i ni hodoh yg amat. tup2 i tukar letak gmbar ank sedara i yg comey lotey tu, tade dah yg nak add.

4. dan yg tidak bertuah nasib dia ialah i. sbb i tak cantik. di sini i nak mengaku yg i mmg la kalau balik rumah, akan ada la tekanan perasaan dan kebencian terhadap diri sendiri sekali sekala. org yang paling banyak kena kutuk dalam rumah ialah i lah. i dah rasa i ni versi ugly betty dah. lepas tu berangan yg satu hari nanti i dapat transform jadi perempuan yg sangat cantik dan semua lelaki gilakan i.. lepas tu i nak buat tanak layan sebab time i tak cantik tanak pun tgk i tp bila i dah meletup mula la nk kawan..

berangan jek.. hehe..

sedihnya jadi i sebab all abt me nothing seems ok la. tapi i mmg la boleh dikatakan sangat optimistik bila nak balas balik kata2 org. tp dalam hati betapa remuk dan sedihnya hanya ALLAH yg tahu. (tanak terima hakikat yg i ni tak cantik.. haha..)

apa yg ok dekat i ni i pun tatau la. adik i suka cakap "kak ining tak cantik. jerawat banyak..."

ketidakcantikan i mmg obvious la sbb ALLAH mmg nak uji i kaw2 punya. dalam family semuanya kulit ok je, cantik, sempurna.. tp i je kena uji cam ni. so mmg la keobviousan yg i ni tak cantik sgt la tak bleh di argue kan. tp i tetap menten sabar i selalu cakap kat adik i..

"ada jerawat la cantik. bayangkan malam bulan tanpa bintang tidakkah hilang serinya???"

bagus tak jawapan i? bagus kan? haha.

kalau bukan i yg nak tolong sabarkan diri sendiri sapa lagi? kakak2 i ngan adik2 i jahat mentang2 la diorang cantik kan.. kutuk i je kejanya.

hehe..

kutuk2 manja gitu.. i tau. tapi kadang2 i pun tensyen giler jugak la.. kadang2 jadi makhluk paling saiko sbb ni pun penah..

mmg la i tak de yg ok. tak tipu diorang mmg suka kutuk i. hidung besar la, mulut kecik la, cakap mcm nenek tade gigi la. (sbbnya gigi i yg atas ke dalam) mmg tak normal la kan. ni kalau member2 aftas baca ni mmg la berebut komen n cakap, betul2 tu jini.. jini sgt la tak normal..

hehe..

tinggi yg tak cantik la. tak balance la..

tapi nak buat camana kan. i terima je la dah i ni tak cantik. so i tanak la angan2 ada org nak dekat i nanti. so i dah set la dalam mind i ni yg i tak kan kawin dan i tak boleh kisah kalau i tak kan kawin.

ye la i menyampah (dengki) kalau dgr org cerita laki tu la nak dekat dia, laki ni la nak dekat dia.. so kalau i mood tak ok, jangan cerita mamat kaya tu nak mengorat u walaupun u cakap u dah ada tunang. i menyampah tau tak..

5. budak2 satu fakulti jgk maybe akan cakap i muka cold giler sombong sbb i jarang senyum. bukan i tak nak senyum tapi i sedo yg i ni senyum tak cantik. daripada i senyum org tak balas (tekejut sbb i senyum cam mak nenek), baik i menten kecold-an i kan? hehehe..

i jugak kurang nk bergaul ngan org sbb dari dalam family, ke time sekolah menengah sampai ke masuk u, tak habih2 org kutuk i. sbb mana la tau sekali i bukak mulut nak cakap terus diorang lari. so i jarang la tego org. ingat i nak ke dilahirkan cam ni. ALLAH bagi kat i cam ni tau. bukan i mintak. ingatlah korang nanti nak kawin, sbb korang cantik ramai laki nak. nanti ada anak, kalau lah anak korang lagi cacat dari aku camana? korang kutuk aku sekali aku cakap "ALHAMDULILLAH.." je mmg tempias tu kena la kat korang.. doa aku sure ALLAH makbul sbb ustazah aku cakap, doa org dianiaya ALLAH makbul. aku saja tak doa sbb aku tanak anak korang nanti sedih memanjang hidup dia macam aku..

eheh..

tapi mcm i cakap la, last2 i maafkan jgk org yg kutuk i tu dan i kawan dgn diorang jgk. i mengadu tiap2 hari ngan tuhan kenapa la i tak dikurniakan kawan sejati yg dapat terima i hodoh2 cam ni..

haha..

ye la i macam ni sapa nk kawan. buat malu je ada kawan hodoh macam i ni kan??

i dah emo dah walaupun i tgh sedaya upaya bersikap positif nih..

6. tapi diskriminasi tu biasa la. nak buat camana. org sabar ni ALLAH sayang..
hehehehe..

7. kalau blog kita, tak cerita pasal kita, nak cerita pasal apa ah? i kadang2 tanak cerita dah pasal i kat blog ni. nanti i cerita, takut plak jadi pergaduhan luar biasa. tapi i bukan la macam abg redza yang semua cerita dia walau dia cakap mcm berkait dengan dia, semuanya i tak percaya cerita tu ada kaitan dengan dia. semua cerita dia i rasa cam rekaan semata2. ye la dia kan ahli seni.....

8. result dah kuar dah kot. hari ni dah 11. hoho. masalah kolej ni lagi satu. nak kena round uitm macam awal sem hari tu kah nak rayu kolej? hoh memenatkan. tatau la i nak merempat kat mana. i dah tinggal seorang diri dah kat shah alam. dulu i masuk sana, i ada sorang abg ngan dua kakak kat sana tp ni diorang dah habeh study dah. tinggal i sorang2 je. baru la bagus i nak enjoys sampai larut malam..

hahahaha..

p/s : i tak pernah kuar sampai larut malam ok. i still anak org kampung yg balik kampungnya hanya berselera untuk makan nasi dengan ulam2 dan budu.. sbb tu la dua tiga hari ni i kurang berselera sbb asyik makan daging je. habiskan daging kenduri hari tu.. i pun dah gemok dah. adik i pun kutuk i gemok ni. i nak kena diet lagi agaknya..

tengok? mana yg ook ngan i ni. smua tak ok la.. rasa cam nak pegi gali kubur sendiri skarang gak..

9. i masih harap suatu hari nanti i akan transform jadi cantik. hahaha.. sbb i masih bercita-cita nak jadi model. ecewah.. dan tetiba dua tiga bulan ni i rasa nak jadi pembaca berita plak. hahahaha..

i bersyukur la jgk sbb anak sedara i suka giler ngan i kan. dia mmg membuatkan i rasa sangat diperlukan. tapi i selalu bersedia sbb i takut nanti dia besar, dia jugak praktis diskriminasi..

10. kadang2 i boleh bercakap di luar sedar. semalam kitorang balik kampung nenek sebelah abah. so masa otw nk balik rumah, i cakap la panas la kereta ni. sbb ekon dia tak jadi sangat. i tak sedar apa i cakap sbb i cakap tak brenti2 mcm mak nenek. alih2 i tgk adik2 i gelak tekekek kekek. lepas tu i rewind balik barulah i sedar yg i cakap,

"panas la kereta ni. tutup la ekon tu bukak kipas.."

lepas tu i pun gelak sama. adik2 i pun cakap, "dah tu bukak la kipas.."

kat rumah plak tetiba i teringat scene dalam musang berjanggut tu kan, time dia main nenek2 tu, i terus la nak nyanyi gak tapi i nyanyi bunyi dia cam ni..

"nenek, nenek si tua kutuk...."

i memang sengal oke..

......

okeh i nak blah dulu lah. semalam i kait buah star kat kampung. nak pegi makan..

happy thursday..


;)