Sebelum itu, sila tepuk2 pengakap. Budak yg claim dia takde selera makan tu kan, tetengah malam pukul 10.30 tetengah buat assignment crg (subjek ni walaupun dia nak2 sama dengan law tapi kenapakah aku rasa law itu lebih senang? Jauh lebih senang. Walaupun law itu sepatutnya lagi susah sebab selain kena hafal sections yg berlambaks, kena hafal cases dengan nama2 orang yg macam2 tu?? (lemah betul la bab mengingat ni. Menekan kalkulator tak pe sikit. tidur peluk kalkulator pun I tak kisah..sigh.) Again, thanks sir iz-iz. that’s why lyna telah menganugerahkan sir iz-iz sebagai lect fav jini di alam semesta. Hehe. )
You across my path, you will be included in my blog. Whether you do me something good or bad. Remember this is some sort of public diary? Baca terms and conditions kat atas ke belum ni??
Heheh.
(actually, to feel that there’s someone reading your blog is not really good jgk. I can no longer be ‘transparent’ in what I write. Rasa hati tu tak kesampaian untuk diluahkan. Dan macam2 masih terbook di hati.. terbook? Terbuku.. ter.. ah lantak! Kadang2 dah tulis panjang2 tapi delete2 balik sebab takut nanti ada entity yang terasa. Entity? Manusia bukan hantu..remember? Different people form different perspective.)
Eh sambung cerita, tetengah buat assignment crg, pukul 10.30, budak yang claim takde selera makan ini tetiba terbayang2 waffle dengan peanut butter nyumm nyumm yummy!! Lalu berfikirlah ia, (cikgu fauziah, cikgu bahasa melayu form 5 cakap, perkataan ‘ia’ hanya boleh digunakan untuk manusia je ye sapa2 yg nak ambik spm nnti. Tak boleh guna ‘ia’ untuk refer kepada binatang ataupun kerusi mahupun telefon bimbit.. take note bro! –adik jini yg hensem tu nak ambik spm tahun ni. Hehe- ) okeh sambung,
Ia berfikirlah, ada ke orang jual waffle dah tetengah malam ni. Tetengah malam ada ke orang jual waffle? Waffle tak boleh jual tetengah malam ke? waffle tetengah malam jual, boleh ke tak boleh? org jual waffle tetengah malam ada ke takde? Ke ada? Ke takde? orang jual waffle tetengah malam tak balik tido ke?
Eh!
Bila lapar, otak pun tak betolss..
Tapi sangat la craving tatau la kenapa. Mengidam! Bila ntah aku mengandung kalau nk claim mengidam. Mengandung anak cacing ada la kot…
Bukan mengidam. Padan muka tu namanya. Lapar, makan sikit je, lepas tu dah kenyang la konon. Lepas tu mula la tetengah malam lapar.
Jadi, (oho mulala rasa syahdu nak balik rumah ni.. tsk!) jadi, terkedek-kedek la budak itu keluar cari waffle. Seperti yg dijangka, mana ada orang jual waffle. Kalau ada pun sure dah tutup gerai dah. Tsk! Balik la ia terkedek-kedek semula ke kolej.
Tak kesampaian hajatku. Mati katak je lah jini..
………………………
Sebenarnya nak share pasal senyum ni. Hehe.
Kebanyakan orang yang jumpa jini atau kenal jini akan cakap jini suka senyum. Senyummmm je dia. orang2 cakap la. hehe. puji diri nampaks hehe!!
(ne de puji diri. Cakap senyum je. tak cakap senyum jini cantik bak err bak… err bak…. Bak bak bak tak de bak bak la..)
Sebab jini ingat masa kecik2 ustazah cakap, senyum itu sedekah. Sedekah dapat pahala. So jini suka senyum walau dengan sapa2 sekalipun yang jini jumpa. Dapat side income. Hehe. Even bertembung tengah jalan. Kadang2 pissed off kalau jini senyum tapi orang tu buat muka sombong. tak balas. bosan betul. Bukan susah pun kan?
So, dari kecik sampai besar, terbawak-bawak sampai ke u. sampai ke shah alam. Tapi shah alam tak boleh nak disamakan dengan kampung cik jini oii. satu hari jini senyum kat lelaki tu, dan lelaki tu salah faham and then dia ikut jini. masa tu jini sangat takut giler. So lepas tu, jini cam dah tak senyum kat sembarangan orang. Sembarangan lelaki la boleh dikatakan.
Jini suka senyum. Walaupun tengah susah hati, walau tengah tensyen, walau tengah sedih sikit lagi nak nangis, jini akan cuba senyum. Tengah buat assignment sekalipun, jini akan senyum..
In fact kalau jini baca perkataan senyum pun boleh buat jini senyum.. senyum!! Nampaknya kena tampal wallpaper dengan perkataan senyum kat dalam bilik. thehehe.
So, jini baca buku ‘jangan bersedih’ ni. Dalam buku ni ada tulis..
‘dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa bergembira dan menyenangkan hati. Akan membawa akibat positif bagi jiwa dan penawar bagi hati yang resah. Orang arab suka memuji orang yang murah dengan senyuman dan selalu tampak ceria. Menurut mereka, perangai yang demikian merupakan petanda kelapangan dada, kedermawanan, kemurahan hati, kemuliaan dan kesejukan hati’
‘Islam sentiasa mengajar supaya menampilkan wajah yang tenang, selalu berseri dan enak dipandang sehingga menenangkan orang yang memandang. Muram durja dan muka yang masam pula adalah cermin dari jiwa yang kacau dan tidak keruan, fikiran yang berkecamuk dan perangai yang buruk’
‘orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang berkemampuan lebih dalam mengerjakan berbagai urusan, lebih bertanggungjawab ketika memikul tugas, orang yang paling kuat menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan dan lebih professional dalam memikul urusan penting yang bermanfaat bagi diri mereka dan masyarakat’
jini suka ayat ni
‘apa ertinya kecantikan seorang isteri sekiranya sering berwajah muram dan hanya membuatkan suasana rumahtangga seolah-olah seperti neraka? Tentulah seorang isteri yang tidak terlalu cantik akan menjadi seribu kali lebih baik sekiranya dia mampu menjadikan suasana rumahtangganya laksana syurga setiap saat’
So, senyumlah seperti tiada apa yang berlaku..
Thanks for reading and hitting my blog. The blog hits seriously scared me to death!! (hehe exaggerate lagih..)
Bayangkan ada orang ketuk pintu rumah anda tapi bila anda bukak, tak de sapa kat luar..
Macam tu lah lebih kurang perasaannya.. hehe.
Senyum ;)
pss : jumaat ni ada test shoot dara.com kat karangkraf.. nak g ke tak? nak g ke tak ni??
Wednesday, October 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 love bugs bites:
bagus lah jini suke senyum. sbb tak semua org suke senyum. kalau selisih bahu pun leh wat muke masam lagi. ahai
kak farah,
hehe. orang cakap muka jini sangatlah buruk dan mengerikan kalau tak senyum. nampak cam marah. so, jini belajar untuk senyum everytime. tu yg kadang2 tengah2 buat keja pun, tiba2 kalau ingat nak senyum, jini akan senyum..
=)
Post a Comment