1. Dia kata, kalaulah ada hari menerajang sedunia, katakan jatuh pada tarikh dotdotdot, orang pertama yang dia nak terajang pada detik 12 malam masuk saat yang pertama, ialah.. roommate dia..
2. Dia kata, roommate dia selalu slam pintu kuat2 giler time nak tutup pintu walaupun dia tgh tidur. Sampaikan dia tersedar. Sampaikan berdiri bulu roma dia. time tu jugak dia menyumpah seranah dalam hati dan berazam nak balas dendam time roommate dia tidur.
3. Tapi, dia kata, bila roommate dia tgh tidur, dia sendiri lupa nak balas dendam. Dan sedaya upaya tutup pintu dan buat kerja sesunyi mungkin sebab itu dah nature dia. pernah dia nak balas dendam tapi dia sendiri rasa tak selesa sebab dia kata, bila dia hempas pintu kuat2, dia rasa itu bukan dia.
4. Dia kata, dia selalu rasa seperti melukut di tepi gantang.. ada tak ada tak beri kesan pada sapa2.
5. Dia kata lagi, dia selalu rasa yg dia hanyalah tempat persinggahan sebab orang akan cari dia, ajak dia keluar, ajak dia makan sama2, time kawan orang tu takde. Bila kawan orang tu dah ada, dia langsung tidak dperlukan lagi..
6. Dia juga kata, walaupun ternyata memang ramai orang di sekeliling dia, dia tetap rasa sunyi..
7. Dia kata, antara teman dan kawan, memang banyak perbezaannya.
8. Dia kata lagi, itulah yang membezakan antara sunyi, ada orang; dan sunyi, tak de orang..
9. Dia kata, macamana dia nak teruskan ni? Dia dah rasa sangat penat..
10. Dia kata, dia sangat tak terdaya..
11. Dia kata, dia kecewa dengan orang sekeliling. Yang tak pernah berhenti mengutuk fizikal dia. apa yang kurang dengan dia? dan apa yang lebih sangat dengan orang lain?
12. Dia kata lagi, kerana dioranglah dia hilang kepercayaan dan keyakinan diri.
13. Dia kata, dia rasa sangat teruk dan kerana itu dia tak pernah rasa nak jatuh cinta lagi. Dan setiap kali dia rasa dia sudah menyukai seseorang dia akan keep remind diri sendiri yang dia tu bukannya cantik so jangan berangan. Dia akan sentiasa berlari menjauhi perasaan sendiri..
14. Dia kata, dunia ni selalu tak adil. Bila orang perlukan dia, dia sentiasa ada. Sebab dia juga tak ada sesiapa. tapi bila dia perlukan orang lain, orang lain selalu tak ada. Sebab orang lain dah ada orang lain lagi. Dan yang akan selalu kesunyian ialah dia dan orang lain akan selalu ada teman.
itu kata dia...
Saya tahu dia tengah bulan mengambang jadi sebab itulah dia tak terdaya.
Saya tahu semangat dia akan cepat pulih.
Saya tahu dia emo hanya pada masa2 ini sebab saya tahu biasanya dia sentiasa cekal hadapi apa jugak yg datang.
1. Jadi saya kata, sabarlah sayang. Inilah namanya hidup dan jika tiada cabaran, hidup tak akan berseri dan akan flat je. so, boringlah.
2. Saya kata, ALLAH sayang dia. ALLAH sayang dia sebab tu ALLAH uji dia dengan macam2 ujian.
3. Saya kata lagi, let ALLAH take care the rest, sayang! but dont forget to try your best!
4. Saya kata, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hidup memang ada ups and downs. Kalau dulu kita sentiasa di atas, bila kadang2 kita berada di bawah, barulah kita buka mata. Kalau selalu ada di atas, akan menyebabkan kealpaan. Dan bila kadang2 kita ada di bawah, janganlah pulak kita salahkan takdir.
5. Saya kata lagi, dugaan ini mengajar kita menjadi orang yang tabah. Bila kita dah biasa begini, kita akan lebih independent. Kan? Dan bila dah biasa begini, in the future, kita akan tahu macamana nak lalui saat2 macam ni.6. Saya kata lagi, bangun, buka mata telinga. Kalau dia tak nak lakukan semua ni untuk diri sendiri, ingat family. Lakukan untuk parents dia yg dah banyak berkorban untuk dia sampai tahap ni..
7. Saya kata, menangislah kalau perlu. Tak perlu nak menangis untuk perkara2 yang tak berfaedah. Jangan menangis hanya kerana risau tentang perkara2 yang belum lagi berlaku.
8. Saya kata lagi,positiflah! Bila positif, semua akan jadi okey.
9. Dan saya kata, senyumlah macam biasa. Sebab saya tahu, susah senang, pahit getir, dia sentiasa tersenyum. Walaupun dia kata senyum dia macam cacat!
10. Saya kata, lebih atau kurang dia dengan orang lain, semuanya hanya pinjaman. Bila2 masa akan ditarik balik kalau kita tak bersyukur. Masuk kubur, semuanya akan hancur. Yang tinggal hanyalah roh kita. Bila pada masa itu, tak akan ada lagi perbezaan kita dengan orang lain melainkan amalan kita.
11. Saya kata lagi, ingatlah walaupun dia rasa dia tak cantik di mata orang lain, dia sentiasa cantik pada ALLAH. Sebab ALLAH yang mencipta dia. dan semua yang ALLAH cipta adalah sempurna..
12. Saya kata, jaga hati. Biar tak cantik luaran asalkan cantik dalaman..
Dan dia akan cepat muhasabah diri. Sebab itu saya sayang dia! kalau orang lain, belum tentu dapat lalui semua ini, saya dan dia berkata..
Dan saling muhasabah diri..
Saya kata, sujud syukur padaNYA, atas segala cinta…
...

0 love bugs bites:
Post a Comment