Saturday, July 11, 2009

review 4 hari di shah alam..

4 hari di shah alam sebab saya balik kelantan hari ni. saya mungkin nampak ok diluar tapi di dalam saya sangat tertekan..

hari selasa :
masalah rumah sewa kira selesai. walaupun rumah tu tingkat lima dan agak jauh dari uitm, saya terpaksa setuju sebabnya dah memang tak tahu nak duduk mana. saya setuju sebab saya ingatkan bas rapid yang masuk uitm tu akan round area flat saya dulu. tapi rupanya saya tertipu..

hari rabu :
saya tak pegi kelas pun. sebab cik baru sampai shah alam. dan dia agak kepenatan. lagi pulak masalah rumah sewa masih tak selesai. rumah tu walaupun kami masuk sesama tapi geng budak engin seramai 4 orang tu, masuk rumah tu awal sehari. so, telah otomatiknya terconsider yang rumah itu rumah mereka. mereka dengan berdaulatnya mengonker (ada ke word ni??) semua part rumah itu kecuali bilik saya ngan cik. so teritory kami hanya lah bilik kami. mereka walaupun ada bilik tapi buat semak dengan tidur dekat ruang tamu dan mengerhadkan pergerakan.

tapi setakat ni tak ada masalah kecelaruan perangai daripada mereka.tapi saya lebih risaukan study. saya tensyen sbb saya sangat takut semua ni akan jejaskan study saya.. bila duduk rumah sewa, kenalah pasrah. semuanya serba kurang. bilik tu panas dan meruap. kipas pun tak ada. pagi2 pun panas jgk. so banyak la wang terbang nak beli semua benda yang diperlukan..

fakta : rumah saya adalah di tingkat 5. dan takde lif. ini adalah bagus untuk memastikan saya tinggal tulang je. sumpah dah sakit paha 4 hari turun naik tangga.

hari khamis :
kami turun dalam kul 7.30 nak pegi hep sbb hari tu kami nak pegi head office ptptn ngan org hep. tapi time tu dah sesak giler. rupanya bas tukar route klau pagi2. dia akan round area lain dulu, barulah round area rumah flat kitorang. so, bila dah sampai area ktorang, bas dah penuh dan dah tanak berenti. langsung tak kesiankan kami yang tercacak2 tunggu bas. even kalau tak penuh pun tanak berenti jugak. buat muka tak bleh blah macam bagus. masa tu lah keluar doa jampi serapah sumpah seranah biarlah anak cucu cicit dia kena benda yang sama. niat keja tu salah macam tu lah. niat nak dapat duit je bukan nak bagi service kat orang. pulak tu time tu pulak ada xcident depan mata. moto tu kena langgar. terus nak nangis. mmg nangis pn. terus la nak mengamuk dengan abah nak mintak bawak keta. tapi nasib baik time tu siti ngan aina lalu. tumpang la keta dia. (masa dalam keta siti tu pun saya nangis. tak tahan sgt tensyen!!!)

masalah ptptn setel bila orang dekat hep tu tarik kami pegi head office dia, setel kan masalah. cuma masalah cik yg belum setel sebab dia pernah apply untuk degree pada masa kontrak diploma belum tamat. kontrak diploma adalah untuk 3 tahun tapi org ptptn tu ckp ni lah 'cursed fast trek'. study habis awal tp kontrak ptptn still ada setahun. so saya bersyukur sbb sentiasa bersabar dan tak apply awal2 masa habis diploma dulu. hehe..

hari jumaat :
ni kes ma tak tahu pun. cik sewa kereta sebab cik nak ambik barang2 dia yang dia tumpangkan kat rumah kakak dia dekat nilai. so, saya ikut la. saya tak bagitahu ma sebab kalau ma tahu mesti ma tak bagi pegi. lepas kelas (hari ni kitorang turun awal. tak pernah dibuatnya sampai fakulti pukul 7.15. selalunya muka ni la yang lambat.. sangat la rasa bagusnya aku.. so dengan lebih berdisiplin dan pasrah, masalah dan amukan nak bawak keta tu, setel. hehehe.. ), so lepas kelas, abang yang kami sewa kereta dengan tu, (ayat belit2 tak tahan) ambik kitorang dekat fakulti. lepas tu dia drive balik rumah dia kat padang jawa.

masa kitorang nak balik rumah, ada xcident pulak lagi sekali depan mata. masa tu saya dah xsedap hati.dua hari berturut2 xcident depan mata saya. saya ada mesej2 dengan yani the d best friend, and cakap dengan dia, dia pun risau nak bagi saya pegi. dan yang lagi buatkan saya sangat tak sedap hati, masa cik masuk parking, dia langgar divider depan. memang kuat la hentakan dia. saya rasa muka saya time tu pucat tak berdarah. memang la xserious tapi saya tak pernah xcident sepanjang hidup so saya takut..

lepas kitorang tukar2 baju, kitorang pun mulakanlah perjalanan yang agak jauh tu kan. saya bukan tak percayakan cik. sbb sebelum ni dah dua tiga kali kitorang share2 sewa keta bila nak angkut barang awal2 sem. tapi jujur saya cakap tak tahu kenapa hari tu, hati sangat tak sedap. tapi sedapkan hati ja lah. sbb kesian jgk dengan dia, klau saya tak tolong, sapa lagi. so smuanya lancar sampailah kitorang sampai area subang, tayar keta tu macam bergegar2 nak tercabut. masa tu dah cuak giler. dah kol owner keta tu dan dia cakap ok je. teruskan je jalan. brek pun tetiba tak makan lagi sikit nak gedebam keta orang. so kitorang decide tak jadi pegi.

nasib baik jalan sangat jem dan kitorang gerak slow2 je. so bila dah jalan ok sikit, tetengah npe highway tu, tetiba je keta tu begegar giler macam tayar tu nak tercabut. dan sekelip mata (saspen tak agak....) keta tu dah tak nak gerak. bayangkan tetengah highway keta laju2. terus saya jerit signal emergency!!!!!

so mulalah episod paling ngeri dalam hidup. nak kuar keta tak bleh. kiri kanan semua laju. silap bukak pintu mmg kena langgar. masa tu serious yang saya terbayang just MATI!! tebayang dua xcident depan mata, terasa hentakan time cik langgar divider! terbayang lori2 laju langgar dari belakang. memang time tu just mengucap je pepanjang. keta kancil je pun. kalau kena langgar sure boleh melambung..

kitorang dah tatau nak buat apa. dua tiga kali kol 999. sbb dah memang tatau nak buat apa. dan fakta penting, 999 memang tak boleh pakai langsung! LANGSUNG TAK BOLEH PAKAI!!!

kitorang cemas2 tetengah highway ni tgh nak tunggu mati dia boleh cakap, "kami tak boleh nak tolong. ni talian untuk polis, bomba je.. kalau keta u rosak, u kena kol truk tarik. kami memang tak boleh tolong!! awak kol 103 tanya number truk tarik!!!". saya rasa kalau time cakap tu keta kitorang kena langgar, sure la kakak tu saya hantui sampai dia mati!!

so dalam sedaya upaya nak bertenang tu, kol la 103. memang la hampeh sangat sebab 103 tu TM customer service. yang jawab kol adalah mesin. dan dia cakap "terima kasih kerana menghubungi TM customer service. panggilan ini mungkin akan direkod untuk analisa perkhidmatan kami. kami telah bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla. terima kasih kerana menghubungi kami. tot tot tot tot!!" -habih 2 hengget.-

word apa yang sesuai untuk situasi tu? gila? bengong? sadis? saya rasa semua words tu tak sesuai..

tak ada perikemanusiaan. semoga dia lalui situasi sama dan sampai dia mati tak ada orang nak tolong!

so kitorang kol 999 lg sekali. saya memang geram la time tu n cakap tolong la panggil polis pun tak pe la. lepas tu dia cakap, kalau panggil polis pun polis tak boleh buat apa... saya rasa kakak tu belajar sampai tadika je. sebab tu lah bodohnya tak bertempat!!

kiri kanan kereta semua laju. tu tak masuk lori2 besar yg kalau langgar kitorang sure la jadi jem darah je kat tengah highway tu. sure penyek!! nak nangis pun tak guna time tu..

tak tahu la berapa lama duk dalam ketakutan macam tu. rasanya time tu memang possibility nak mati = 99%.

nasib baik la lepas tu ada peronda npe sampai. baru lah rasa lega n selamat. time tu terus rasa nak bertaubat je..

terus rasa nak balik dan here i am in ayer lanas..

owner keta tu cakap skru tayar tu ada org curi. memang lagi sikit tayar tu nak tercabut!!

dugaan awal sem ni lagi teruk dari dugaan awal sem lepas.. tensyen tak agak!! and still mcm tak bleh terima kenyataan kena tukar kelas sbb saya sangat suka kelas D!! hehehe. tapi masih awal klau nak judge. saya akan ikut je arus...

semoga semua berjalan lancar.. pasrah je lah saya!! doakan saya boleh lalui semua ni.. lepas semalam, perasaan nak bawak keta pun tak de. takut!!




12 love bugs bites:

farhannazmey said...

genie..
posting ni sgt2 menyeramkan dari segala segi dan aspek.part yang kereta rosak tu paling2 la menggerunkan.tp alhamdulillah semua dah selamat.kadang2 hidup ni mmg cmtu.kita rasa xadil semua.tp sentiasa lah ingat.allah lebih berhak mengetahui dan menentukan.mungkin ada kebaikan diakhir jalan :)

Cahaya Hazrini said...

farhan,
thanks!! genie sentiasa akan cuba sabarkan dan muhasabah diri dan terima segalanya as a part of my life.. terima segalanya dan semuanya akan jadi lancar. betul x??

Anonymous said...

rauda: genie..xdpat bygkan korg stuck kat highway..kete.lori,bas laju2..huisshhh.bahaye nye..nasib bek sume slamat.

Cahaya Hazrini said...

odah,
tu lah. bahaya giler. peronda tu pun mengucap panjang. kitorang yg kat dalam dah kalut giler.. time tu terus ingat kat ma. rasa bersalah sbb tak bagitahu dia nak pegi nilai..
memang bersyukur sangat tak jadi pape2..trauma la jgk..

hikayat aku dan mereka said...

omg jini... itu sgt bahaya... tapi alhamdulillah tiada apa yg berlaku.. tapi lepas ni jgn lupa tanya your mom before pergi mana2... btw.. if nak mintak tlg pape,bgtau la.. =)

Cahaya Hazrini said...

nur,
thanks. ni pengajaran buat jini kan? thanks sbb sentiasa sudi nak tolong jini. INSYAALLAH ill be ok despite sikit trauma dgn incident tu.. uhuhu..

Farah Amin said...

ya allah banyaknye dugaan. takpe jini, dugaan ni buatkan kite lebih cekal kan?

Cahaya Hazrini said...

kak farah,
tu lah. tapi pasrah je lah. syukur semuanya lancar dan selamat..
hehe..

dazzledalie said...

dramatik sungguh cerita ini..tahniah kerana dah berjaya melaluinya..hehe

Cahaya Hazrini said...

kak dalie,
hehehe.. trimas2. berjaya laluinya sbb still bernyawa lg ni. klau lah kena baham ngan lori hari tu, gagal la maknanya..

hehehe..

actions speak lauder than words!!!!! said...

kalau awk trauma, sy lagi lar trauma... bawak keta org, t'bayang duit lg melayang, and on top of it.. bawak ank dara org!!! kalu sy g sornag xdk gapo plok.. sgt trauma and sy pn x penah xcdnt sblm ni...:) haha.. sy xkisoh pn kalau mati ari 2.. bkn sbb amal ckp dh, tp tahu lahh.. mace x sggp dh idup.. hehe.. kalau ingat skali mmg kelakar pn.. biaso lah sy mano reti serik.. hahha.. but dont worry, sy xkan benarkan awk ikut sy dh.. hehe.. tkt jd pembawa sial.. and sy really sorry pasal 2.. sgt3 x sengaja.. its out of my control..

Cahaya Hazrini said...

my lovely cik..
hehe.. betul2. masa tu sy rasa cam kalu mati time tu pn sy xkisah kot. sy pn xtau bkpo. huhu..

tp ikhlas ni nk kata, sy xpernah salahkan awk pasal kejadian tuh. sy consider smua tu a part of my life jd sy consider its a part of my dugaan dan takdir jugak la.. its not because of you.. ok.

betul agak trauma jgk. hihi.. awk xpyh la sorry byk2. hehe. sy xsalahkan awk pn laa.. dun worry. sy xserik pn nk ikut awk after this sbb buke skali tu jah sy ikut awk g mana2. raite?? jange la kata awk pembawa sial plop.. xbaik tuu.. kot2 sy hok bawak sial mana tau.. hehehe..