i just found this. ini adalah boleh dipercayai kerana saya menjumpainya di jais.com. hehe. and i really want to share this.
doa ketika wuduk.
1. ketika sedang berkumur, berdoalah kamu dengan "YA ALLAH, ampuni lah dosa mulut dan lidahku."
penjelasan : kerana kita hari2 bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan menyebut benda2 yang tak sepatutnya disebut.
2. ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "YA ALLAH, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. janganlah KAU hitamkan mukaku ini"
penjelasan : ahli syurga mukanya putih berseri.
3. ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "YA ALLAH, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini."
penjelasan : ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
4. ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan " YA ALLAH, janganlah ENGKAU memberikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini"
penjelasan : ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
5. ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "YA ALLAH, lindungilah aku dari terik matahari di padang Masyar dan Arasy mu"
penjelasan : panas di padang Masyar adalah seperti matahari sejengkal di atas kepala.
6. ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan "YA ALLAH, ampuni lah dosa telingaku ini."
penjelasan : kerana hari-hari kita tak akan terlepas mendengar orang-orang mengumpat, memfitnah dan mendengar lagu-lagu berunsur maksiat dengan perkataan-perkataan yang lucah.
7. ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "YA ALLAH permudahkanlah aku melalui titian Siratul Mustaqqim"
penjelasan : ahli syurga melintasi titian ini dengan pantas dan mudah sekali.
8. ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "YA ALLAH, bawakanlah aku pergi ke masjid-masjid dan surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan ALLAH..
INSYAALLAH..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 love bugs bites:
Post a Comment