Friday, January 02, 2009

though the beginning is still a BIG deal really!

im really tired of all the problems that still cant be settled. its like one layer of problem on top of another layer yet there's still another layer under it and might be another layer after that, to be settled. and though i should not be suprised if there's another layer next and i believe i should be prepared if another layer will appear after that.

apa aku merepek ni labu?

berlayer2 pulak..

the layer over a layer story begin when i tried to change the fate from didnt get a room in college to yes-you-get-a-room in college so you can shout it out loud to the world...; after an under table help. eventhough it sounds unfair but the fair is now im 'suffering' indigestion because of the problems arise after that.

yes, penyakit kembung perut cik genie sudah balik lah!

genie is a pathetic girl that forget to eat when she stress out with the problems.

....

hari rabu, alkisahnya saya kena pegi mintak surat pengesahan dapat kolej dekat canselory. nak pegi adalah senang kerana public transport akan bawak. nak balik adalah susah kerana tak ada public transport sedia ada dekat canselory and though now i know why they build the canselory di atas bukit dan jauh dari jangkauan pelajar. juga tidak melibatkan mana2 public transport bersedia di sana.

ini adalah untuk meminimize kan masalah mereka untuk menyelesaikan masalah pelajar. saya lihat orang2 yang keja dekat canselory adalah agak relaxssss!

sebenarnya sebelum menuju ke canselory saya telah tersalah faham conversation on phone dengan abang yg menolong adjust kolej itu. lalu saya tersalah menuju ke hep. lalu selepas itu barulah saya terkejar-kejar turun ke stesen bas dan apabila lama menunggu teksi tidak satu pun yang timbul, lalu saya naik sebijik bas rapid balik ke kolej melati. di situ barulah saya nampak sebijik teksi lalu menaiki teksi itu menuju ke canselory pula.

selepas mendapat apa yang saya idamkan, saya pun melangkah kaki satu persatu dengan berpayungkan matahari terik panas ceng ceng (ayat kak yana) pukul 3 petang, menuju ke arah jalan yang benar.

iaitu menuju ke kolej melati.

melalui kolam cantik itu yang baru di gali (dah siap laa) dekat dengan canselory yang kadang2 dari jauh bila dahaga saya melihat air nya seperti air 100 plus.

melalui jalan yang berliku dan berbukit itu..

dan tidak lepas dari pheewitan mamat tak guna yang tak de kerja lain kalau girlfriend tak de. tak guna!

dan sampailah saya ke bus stop fakulti teknologi maklumat & sains kuantitatif. lalu saya berhenti untuk menunggu bas kerana saya tidak larat lagi. dah baru lah saya ingat.

oh ya, hari ini saya belum makan. detik hati saya.

lalu saya meneguk air mineral yang masih berbaki.

lalu apabila lalunya sebutir bus..

eh, penuh pulak.

saya tunggu yang lain pula.

lalu lagi sebijik. nasib baik kosong. lalu saya naik dan menuju ke bus stop kolej mawar.


bagi peta sket:
A : canselory.
B : kolam air 100 plus.
C : fakulti teknologi dan sains kuantitatif.
D : kolej melati.

apabila sampai di bus stop kolej mawar (kolej melati dan kolej mawar berkongsi bus stop sebab kolej mawar sebelah tu je tapi nama bus stop dapat kat kolej mawar. hehe..), saya terus berlari-lari zirafah masuk ke kolej melati dan menuju ke office nya.

kakak di office itu seperti tidak berpuas hati kerana saya mendapat surat kelayakan mendapat kolej melalui under table. dan terpaksa memasukkan nama saya dalam record. dan menjana bil kolej saya. lalu berkata, selepas 30 minit dah boleh bayar dan boleh ambik kunci, terima kasih. *tersenyum itik*

dan saya merasa lega. memandangkan jam menunjukkan 4.45 petang, saya tidak mampu lagi untuk berkejar menuju ke atm untuk membayar yuran itu kerana saya rasa kalau bayar sekalipun, nak kejar office hour tak dan.

lalu saya lega sampailah tadi bila saya beratur sepanjang 500 meter untuk membayar yuram kolej tapi semuanya hampeh bila atm itu berkata dalam bahasa tulisan;

'record not found'

500 meter beratur adalah kerana ptptn loan sudah bank in semalam jadi student uitm tengah orang kaya baru.

lalu saya berkejar lagi ke office kolej melati. saya ingatkan dugaan telah berakhir dengan sahnya saya mendapat kolej, tapi dugaan mencintai saya.

lalu kakak kat office berkata yang dia pun tak tahu kenapa jadi begitu.

dalam hati saya berkata yang saya tahu kenapa.

kerana sistem adalah cap kambing-dan-anak-anaknya.

kerana sistem cap kambing-dan-anak-anaknya lah saya merana tak dapat kolej sem ini. nampaknya genie memang memedaskan.

dan merana meratapi masalah ini.

lalu sekali lagi saya pegi beratur 500 meter dekat atm. dan sekali lagi saya gagal membuat bayaran.

memandangkan pejabat waktu itu sudah tutup kerana sembahyang jumaat, lalu saya delay kan masalah saya lalu balik ke bilik tumpangan lalu tidur2 cap ayam.

bilik tumpangan adalah free kerana saya menumpang bilik kawan saya, dayah.

apabila office bukak, saya terus mencari kakak itu. dan kakak itu berkata, tunggulah nanti dia tanya kakak yang generatekan bil saya itu. lalu berkata lagi, adik tak payah rushing nak bayar hari ni. hari isnin ni jumpa akak balik.

saya rushing kerana akak yang generate bil saya berkata, kalau 5 januari saya tak daftar lagi, nama saya kena potong. 5 januari sama dengan hari isnin. sabtu dan ahad adalah cuti.

dan kakak itu berkata, tak. nama adik tak kan dipotong.

ater macamana nak potong dah mak ayah adik dah bagi nama penuh.

-dangggg!!!!!!!-

terbalik dot saya di situ.
...............

walaupun saya cuba bersabar, tapi saya masih risau. kerana sistem cap kambing-dan-anak-anaknya tidak sama dengan sistem cap mulut kakak itu.

saya juga susah hati. kerana ingin mensetelkan hal kolej, minggu ini saya ponteng kelas. kalau saya pegi kelas, balik nanti office dah tutup. jadi saya terpaksa ponteng kelas.

-alasan agak tidak munasabah-

lalu hari saya berlalu tanpa saya ingat pada nasi dan ayam goreng.

apabila hari sudah menjadi gelap, barulah saya menelan sepolisterin nasi goreng kampung dan tadi kami kenduri spageti oyeah!

lalu apa yang saya sumbat telah memampatkan angin yang dari pagi bermaharaja lela suka hati dia saja di dalam perut saya. dan saya terasa nak munnnnnnttttsssssss..

saya terasa ingin menangis kerana sangat penat.

walaupun cerita saya agak simple, tapi saya sangat penat berjalan ke hulu hilir mensetelkan problem.

kepala saya penuh dengan kerisauan. dugaan awal 2009.

..........................

hauuuuuuu nak balik!

9 love bugs bites:

MaR~ said...

hepi new year cik genie!

moga d permudahkn urusan ye.
tabahlah,dat's whut had happened to me b4!
susah2 dulu, bersenang2 kemudian.

good luck sis!

piss^__^

Genie said...

kak mar,
thanks. haah kan. selalu je lupa. setiap kesusahan itu pasti ada kemenangan nanti..

thanks for the pesanan kak mar!

pispispis~ =)

Farah said...

SEBUTIR bus?? haha comel gile!

haha. nanti leh la wat cerita pasal mamat2 yg takde girlfriend yg suke try2 ngorat dak pompuan tu. tajuknye "desperate mamats" kwang3

sbar yek genie. tu dugaan awl thn tu. hehe

Genie said...

kak farah,
hehe sengaja ingin membuat promosi hebat tahun baru 'mari belajar bahasa kelate.'

betol2. bukan mamat2 yg tade gefrend je yg desperate, yg ada gefrend pun 2x5 je jini tgk.

ada tu, baru je hantar makwe. makwe baru je masuk pintu pagar kolej, dah buat bunyi2 tikus kat perempuan lain. hish! sangat tak leh percaya.

huhu. tengah bersabar cap cacing kepanasan ni!

reeF said...

wah
susahnye untuk dapat hostel.
USM sangat easy.
dugaan awal tahun yang pasti bawa kebahagiaan nanti.

p/s= my brother sorang duduk meranti college. sorang sewa dekat luar, seksyen berape tidak tahu. hikhikhik

Genie said...

reef,
haah susah sangat nak dapat kolej. tu belum cerita kes nak berebut kupon. (kupon tu mcm tiket nk dapat kolej). bila dah berebut kupon, macam orang kelaparan yg baru terima bantuan kemanusiaan.

huuhuu..

setakat ini, bagi jini, uitm adalah pelik.

amin. moga2 ada kebahagiaan terselit di mana2. hehe.

ps: ehem. adik reef umur berapa? single x agak2? hahahahahaha..

Farah said...

hoho. gatal + desperate lelaki2 tersebut kan genie. pantang tgk pompuan dahi licin. hikhik.

kesian kan sape jadik awek diorg. ;p

Genie said...

kak farah,
haah awek diorang adalah sangat kesian.

p/s: masalahnya kak farah, dahi jini tak licin pun.

hahahahahahahahahahaha..(abnormal sket gelakkan diri sendiri!)

MaDihays{Ida} said...

genie, akk tag awk la,

http://adihasy.blogspot.com/2009/01/tag-ayu.html