happy birthday ken. bekas kekasih gelapku yg sangat hot namun masih lagi memilihku walaupun dikejar berjuta-juta wanita cantik di seluruh pelusuk dunia...
ingatkah lagi kamu, ketika dulu aku teramat menggilai kamu? sehingga sanggup aku berlapar, menyimpan duit belanja sekolahku hari2 semata-mata ingin membeli vcd meteor garden! dan aku beli yg ori pulak tu. apabila kawan ku bertanya kenapa aku tidak mencari yg pirate sahaja, aku lantas senyum dan berkata;
"aku ingin beri sedikit contribution kepada rezeki ken..walaupun dia tidak mengenali aku, at least aku telah belanja dia makan dengan wang belian vcd ini!"
ku fikir aku sudah gila kerana terlalu menggilai kamu sehingga aku menyimpan satu album besar gambar2 kamu yg aku jumpa dalam internet. majalah. mahupun surat khabar! walaupun muka kamu hanya sekecil kuman di ruangan membeli belah ringtone di dalam surat khabar, aku tetap ikhtiar untuk mengguntingkannya dan menampalnya dalam albumku itu..
masih lagi aku ingat, pada suatu hari empat tahun yg lepas, apabila selepas habis aku membantai sebungkus laksa, aku ternampak muka kamu di pembungkus laksa itu. di sebalik plastik transparent yg menjadi pelapik surat khabar bungkusan laksaku. dan aku terkejut. teruja seperti ingin memberitahu dunia bagaimana aku gembira 'bertemu' denganmu. dan masih aku ingat bagaimana aku membasuh kertas surat khabar itu yg telah kotor kerana ditumpahi kuah laksa yg ku beli di pasar rabu itu. semata-mata kerana aku amat 'mencintai' kamu, ken. dan aku menyumpah seranah mak cik menjual laksa itu kerana menggunakan surat khabar bermuka hensem kamu untuk membungkus laksa. begitu sekali mak cik itu merendah-rendahkan kekasihku..
walaupun kamu kekasih gelapku, tapi aku menyayangimu, ken!
dan masih ku ingat tatkala aku mengangkat kertas surat khabar yg aku jemur, setelah aku basuh itu. nyata, ia amat keras, ken! effect kepada sabun barangkali. dan aku bersyukur muka kamu tidak tanggal dari kertas itu. dan sekurang-kurangnya aku tidak perlu menampal ia di kad manila untuk memastikan ia tidak terkoyak..
aku harap kau masih mengingati masa2 dulu kita, bila mana engkau selalu disisi ku, tersenyum tanpa penat menemaniku tatkala aku ingin tidur. walaupun kau tidak berkata2, aku tahu kau ingin mengatakan terima kasihmu kepadaku kerana amat menyayangimu. dan aku juga selesa dengan kesenyapan dirimu. kerana nyatalah jika kamu mengucapkan selamat malam kepadaku, aku mungkin mati diserang sakit jantung!
ken, setiap tahun aku mengucapkan selamat hari jadi kepadamu. tanpa miss. walaupun dari jauh. kerana aku tahu, tidak mengapa kerana nanti angin akan membawa kata2 ku dan menyampaikan kepadamu.
ken, maafkan aku kerana berlaku curang terhadap cinta kita bila stone cold muncul dalam hidupku dua tahun yg lepas. aku tahu, aku telah mengabaikanmu, telah melukakan hatimu namun aku juga ingin kau tahu bahawasanya aku masih menyukai kamu.
happy 30th birthday ken. aku bangga denganmu kerana masih lagi segak bergaya lagi hensem jet'tak!
aku ingin kembali setia!
=p
Thursday, January 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

8 love bugs bites:
ahai. encemnye ex-kekasih gelap dia. hehehe. kak farah pun penah obses ngan dia ni sekali. tp sekejap je. hehe
yg ni akak paling tak thn;
"masih lagi aku ingat, pada suatu hari empat tahun yg lepas, apabila selepas habis aku membantai sebungkus laksa, aku ternampak muka kamu di pembungkus laksa itu. di sebalik plastik transparent yg menjadi pelapik surat khabar bungkusan laksaku. dan aku terkejut. teruja seperti ingin memberitahu dunia bagaimana aku gembira 'bertemu' denganmu. dan masih aku ingat bagaimana aku membasuh kertas surat khabar itu yg telah kotor kerana ditumpahi kuah laksa yg ku beli di pasar rabu itu. semata-mata kerana aku amat 'mencintai' kamu, ken. dan aku menyumpah seranah mak cik menjual laksa itu kerana menggunakan surat khabar bermuka hensem kamu untuk membungkus laksa. begitu sekali mak cik itu merendah-rendahkan kekasihku.."
hahaha =p
kak farah,
hahaha. nk buat camana. tak tau la kenapa jini boleh jatuh cinta giler dekat dia sampai macam tu giler skali..
owww, dia mmg hensem tak tercapai akalku..hahaha..
kalaulah...... eceyh! =p
hehehe best ada kekasih gelap camni.
teringat zaman sekolah dulu... kekasih gelap kak yana = Mark Feehily -westlife.
samalah, walaupun gamba dia ade kat pembungkus laksa..tetap kene potong & simpan. hahah
tapi takleh kembali setia..sebab dia dah jadi gay. sedih wooo~~
kak yana,
haha. ingatkan jini je giler2 time skolah dulu. hehe.
haha. tu lah. sesapa dpt genie kompem bertuah.
muahahahahaha. perasan tatahan..
dasaatttt btollll bf dieee-
nie yg nak menyampah nieee-
huhuhu
kak bunga,
bf???
i wish! haha..
kudos to you!
siap basuh surat khabar.
*tepuk tangan pliss*
nanana-ne,
poks poks poks - clapping!
hehe. rasa giler betul dulu. haha.
Post a Comment