sebab terasa otak macam tepu tatau nak tulis apa.
tag by madihays :
arahan tag :
"Share 7 facts about yourself on your blog, some random some weird."
p/s:sebenarnya panjang lagi tapi saja i malas. hehe.
seven facts yer...
here me go;
1. hari ni i rasa menjawab dan merespon tag adalah satu tanggungjawab sosial yg perlu dilaksanakan. hehe. katakan i nak bertanding pilihan raya, orang2 yang i jawab tag nya mesti berpuas hati dengan i sebab bagi respon dekat dia. dan mesti diorang kata i calon pilihanraya yang sempoi dan mesra rakyat! jadi diorang mesti akan suka i dan nanti akan pangkah i. kan, kan, kan??
2. semalam i rasa orang2 yang hantar msg dekat org yang dia tak kenal dengan alasan nombor tu memang dah ada dalam phone dia bila i tanya, adalah sangat tak ada kerja dan sangat gatal. sebab semalam, ada sorang laki yang i tak tahu sapa, yang selalu je call sebelum ni walaupun i tak jawab, call i lagi. dan dalam hati i berkata, tak reti2 bahasakah biawak ini? dan i yg tengah tak de mood terus msg, jangan call i lagi. i tak suka. dan dia cakap, fine! macam dia nak bergaduh dengan i pulak. i tak kenal pun biawak itu tetiba nak kacau pehal!
3. hari ni i baru sedar yang i patut recognised perangai i ni sebagai pelik. i tak suka betul tulis huruf k dengan z. sebab akan jadi tak cantik. jadi i kurang suka untuk tulis nama i dalam attendance sheet sebab nama i ada dua z. dan i suka orang yang nama dia ada huruf q dan d. i rasa sangat unik. hehe.
4. hari ni jugak, i rasa gedik nak tukar kata ganti nama pertama saya kepada i. tapi i rasa terhad untuk hari ini sahaja lah kot. hehe. itu bukan fakta? atau itu fakta?
.... dan oleh kerana plan vacation i dah terbatal, i dah tukar plan nak buat rombongan che kiah ke majlis kak dalie! wahaha. sebab vacation yg terbatal itu sebenarnya on 25 jugak. bleh kan kak dalie, bleh kan???
5. i ada masalah nak cari kasut. sebab kaki i saiz kapal perang! kalau nak tahu saiz berapa, padan2 kan lah dengan ketinggian i ye.
6. sekarang i sedar, semakin lama i duduk kat shah alam ni, semakin kerap i balik kelantan. i mean, masa sem 1 dulu, i balik time cuti mid semester dan cuti semester je. dan sekali i balik masa anugerah pelajar cemerlang sebab nak jumpa kengkawan. masa tu i sangat excited okeee sebab baru berpisah dengan kengkawan sekolah menengah kan. bila dah lama2, semua ntah ke mana. msg pun tidak yop! dan sekarang i rasa i semakin tak boleh tinggalkan rumah lama2. sem lepas, tiap weekend i fly balik kelantan. fly in the meaning of dengan bas. haha. tapi sem ni memandangkan tambang bas dah naik harga, i kena cuba bertahan. makan pun i miss inikan pulak i nak balik kelantan. tapi weekend lepas i balik. hehe.
nota kecik : tiket dari shah alam ke kelantan = RM 46. something cents tak hengat!
7. kegilaan i adalah mengikut sem. sem lepas i giler beli baju dan sem ni i giler nak beli selipar pulak. walaupun dah banyak. i beli dua pasang selipar masa balik kelantan hari tu. dan ma i tanya kenapa sampai dua. i jawab selipar dekat kelantan je yg ada RM12 dan cantik. dekat shah alam, selipar berharga RM12 di kelantan itu berharga RM20 lebih2.
okeh. im done!
fly to mandi. bahbai!
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 love bugs bites:
suke.suke.suke.
name i ade hurup q.
mesti u suke i.
hikhikhikhik.
u tahu kan name i.
klu tak tahu nnt i kasik tahu.,
p/s= i pun gatal nak tulis i. haha.
comel la u genie. haha (ber "i" "u" pulak) haha.
kt sini musim summer, akak pun hentam pakai selipar je. selipar jepun lak tu. tak senonoh.haha
ms akak form brape entah saiz kasut 9 ok. sekarang dh jd 7 1/2 atau 8. mcm pelik pulak. hahahaha
so nanti genie datang perak ke? yeayyyyy lagi la akak suka hehehe
nanti jgn tak jumpa kak dalie tau. hope to see you :)
lega dapat jawab tag :D
reef,
haah. i dari dulu suka nama u sejak i tahu nama u. hehe. i lagi rasa nama seseorang tu lagi unik kalau q dengan d tu dekat tengah2 nama tu. i macam, wow camana parents dia bleh jumpa nama tu eh?? hehe. i sangat darat okee kata org kelantan. hehe.
so reef, nama u, bagi i sangat unik. hehe.
tak pe reef, u bleh tulis pakai i. tak gatal punya. haha..
kak farah,
hehe. saja i nak tukar selera. haha.
i pun kekadang pegi kelas, bantai pakai slipar jepun yg sebenarnya i pakai pegi toilet. hehe. i giler tak malu okey. sangat serebeh!!
camana kaki you boleh mengecik dengan mendadak ni kak farah? haha. ada tips x? hahaha. kot pakai saiz org putih kot tu yg jadi kecik. hehe.
kaki i saiz 9 okey kalau selipar. hari tu i nak beli kasut for konvo, kena cari saiz 42 okee. sampai i malu dengan kakak kedai tu. dan kalau i nak beli kasut, i akan terus tanya "akak, saiz besar sekali berapa??"
kak dalie,
i nak pegi kak dalie. kalau kak dalie tawarkan i jadi pengapit pun i sanggup. haha. tapi sebenarnya i malu dengan abg redza.................!
*tersipu-sipu*
muahahahahaha..
hehe. tgk lah camana nnti eh. kalau kak yana pegi, genie pegi. sebab malu nk appear sengsorang.
kalau dah pegi weeding kak dalie tu, mesti la kena jumpa kak dalie kot...
hihi.
genie hopes to see you too!!! =)
13 may,
fuhhh! lega dan nyaman! =D
wahh~~ cube tyg sket cik genie slipar nye. mane tau kite berkenan. hehehe;)
wahh.. sudah jawab, amat ketinggalan akk nie, hehe..
biawak leh tepon eh.. advance sungguh biawak abad ke 20 ni..
kak mar,
nk tgk eh? nnti jini try amik gmbar..hehe..
kak madihays,
haha. biawak kepala itam bergigi jongang!
tak.kaki tu mengecik sebelum akak dtg auckland. haha. tula pelik kn. mn de kaki mengecik. tp mmg makin kecik pun. lol. akak pakai kasut ketat kot.hahahaha.
42? hmm.. akak phm. kdg2 mmg segan. =)
hihi..
segan pun terpaksa la purak2 tak segan..
jini pun pakai kasut ketat jgk kdg2. dengan harapan kaki mengecik..
tgk nanti jadi camana..hehe..
Post a Comment