Sunday, August 24, 2008

special post =)

this post is for the purpose to reply the below post's comments. ehehe. because i found its too long to be a comment.

first of all, thanks for all the bloggers that always care about me. and actually sometimes more than what my friends do. but that doesn't mean they didn't care at all. they sometimes are already busy with their own heart matters. and for that reasons, im always tanpa segan silu expressed my feeling through this free services. its all free. the internet connection is paid by my brother. so, there's nothing to worry about..

btw, ive decided to pack all my 'memory' with stone cold. letak dalam kotak. all the pictures and stuff (or should i burn all the things out??) and i will delete his number INSYAALLAH. walaupun nombor phone dia dah kekal azali dalam ingatan. but that doesn't mean i cant give it a try. ive think about this the whole night semalam. sampai tak boleh tidur. emm, he left a really really really big impact in my life.

and today, i read the comments. macam tau-tau pulak..

seriously, im picking up the pieces of me. pick all up one by one. one, two, three, four, five. day by day. and try to accumulate and join them together. sometimes it breaks again and decreases back to four, three, two. and only ALLAH knows how hurt i am to pick it back for the second time. its like you picking up the broken pieces of glasses on the floor. if you are not really careful, or you don't use the right devices you might hurt your hand. and turn the story back to my broken heart, it maybe decreases again and again. and i have to pick it up again, and again and again. and im hurting myself through the process. im hurt when i have to fool myself. when i have to lie to my mindset that stone cold is not in my heart. because stone cold is always there. every day, every minute, every beat of my heart. for already three years.

what else should i do? i never pray to have him. after solat, i never ask to have him. i ask ALLAH to take him far, far away from my heart. far away from having my love. because to love him is the same like to put my own heart in a blender. it blends all part of my heart into a very, very tiny pieces until you cant even hold it with your fingers. i do not want to love him any more. any longer. and i know, im only 20. there are lots of, lots of things to accomplish. but what can i do when he's always there? is that my fault? cant i accomplish my missions if im in love, btw? stone cold was the one who 'pushed' me to open my mind, to get out from ayer lanas, to excel in my spm and not to be lembik sangat. the one that gives me incredible spirit to go through my life. so yeah, big big impact of stone cold. but still, is it my fault?

it is my fault kan?

like we all malays love to say,

"padan muka. sapa suruh......"

kan? it is my fault. yes, it is me to be blame.

padan muka hazrini...

kak mar,
thanks for your care and advice. entahlah kak mar. tak dapek den nak nolong nyo.
yes,..kak mar. im too young to fall in love. and sometimes i think i don't deserve to be loved. but come to think, love is love whether you are old or young. because feeling never gets older or younger. as feeling has no age at all.

and i know, im not that lucky to have him. to have all the things that i want in my life. sebab yang kita nak tu tak semestinya yang terbaik buat kita kan? ALLAH lebih tau apa yang terbaik buat kita. i know, i wont have him. thats why i do not want to love him anymore and i never ask to have him. im only asking for his happiness.

but thanks kak mar. its all about life kan? this is what we call life.

this is the life hazrini. you like it or not, ini yang dah tersurat dan semestinya yang tersirat itu yang terbaik dan akan membahagiakan. ALLAH maha penyayang.

kak yana,
thanks to kak yana jugak. yaa, im still young. too young. that makes me worry about myself. hihi. ive put myself in a big trouble. INSYAALLAH, i will always remember that ALLAH is with me.

come kak yana, shopping!!!

orang kata, kalau ada jodoh tak ke mana kan? sorang di jepun, sorang di ireland pun akhirnya akan jumpa jugak kalau dah memang di suratkan takdir dan walaupun dah terpisah berpuluh-puluh tahun. kalau ALLAH berkehendakkan sesuatu, sesiapa pun tak boleh nak menghalang dan argue.

begitu jugak kalau tak de jodoh. pun tak kan kemana jugak. berjalan berselisih bahu pun tak kan perasan kalau dah memang jodoh tu tak de. sebelah rumah pun tak kan bertemu mata kalau dah tersurat macam tu. buat la macamana pun, tak kan dapat kalau ALLAH dah berkehendakkan macam tu.

so, hazrini.
this is a phase of life. learn from it. so it wont never happen again in the future. buka mata seluasnya...

p/s : INSYAALLAH, ill pack all his stuff. letak dalam box. ikat ketat2, buang ke laut.. ='(

done!

Saturday, August 23, 2008

seribu kali sayang


KL sentral.
25/7/08

final verdict : A

Friday, August 22, 2008

tolong hatiku berkecai..

entah..

hati akan sentiasa berkecai sebab saya sentiasa mencintai stone cold.

salah siapa?

tolong YA ALLAH.

cinta sangat sakit tak terkata..

salah siapa????

salah siapa????????

salah saya???

salah stone cold???

salah takdir??

err, orang cakap tak baik menyalahkan takdir.

tolong lah. saya sangat sakit...

.............................................................................................................................................................



happy 1st birthday to izreen qistiena...!!!

btw, today is irin qistiena 1st birthday. cepat je rasa waktu tu berjalan. rasa macam baru je saya riba dia, bagi susu. haha. (note : saya bukan ibu susu..) tapi saya yang selalu bagi susu (botol) masa dia kecik2 dulu. dan mungkin kerana itu dia sangat menyenangi saya. wahaha. i miss her.

sekurang-kurangnya kalau dia ada, boleh jugak dia cantum2 kan balik hati saya yang dah berkecai lumat.

well, dia teror dalam bab nasihat menasihati orang sakit cinta ni. haha.

saya tak mampu untuk menangis lagi. hanya menangis dari dalam. luaran nampak je nampak ok..

oh, sungguh syahdu drama 5 minit ini..

''hatiku hancur mengenang dikau.. berkeping-keping jadinya..."

gee, ive gone mad!!

.......................................................................................................................................................

cuti sangatlah boring. actually ada plan nak ajak abah pegi berkelah. sebab dah lama tak berkelah ramai2 satu family. tapi abah busy dengan permatang pauh. abang pun..

sebab tu saya tak suka nak mengheret diri join politik walaupun abah selalu menarik2. politik itu bukan bidang saya. saya tak suka jumpa orang ramai walaupun abah selalu menarik2 suruh saya turun padang dengan dia kalau ada aktiviti. saya bukan macam anak2 abah yang lain. saya anak yang degil.

gee, yes i am...

p/s: saya pernah kena marah dengan abah sebab saya berdegil tak nak pegi perjumpaan puteri UMNO. apakehe?

apakehe?

sebenarnya tak tahu nak tulis apa.

selamat hari jumaat.

selamat berbahagia stone cold, dunia akhirat.. ehem..

terima kasih banyak2 kerana menyakiti hati saya..


Wednesday, August 20, 2008

kelate sayo..

sayo balik kelate. yahuu. sebab cuti mid sem.

so, kelate boring la jugok kade2. xtau nok wat gapo. sebab anok sedaro tak dok. duk umoh mok tok dio 1 lagi. ado jugok ura2 merayu2 ko abe suh wat balik tapi abe bizi g permate pauh nok ngundi kei x lamo lagi. uhh, malas kecek pasal permate pauh. abah pom duk main berule ari g denu. politician biaso la. ari tuh ado jugok g jenguk anok sedaro umoh tok dio. suko dio tengok sayo balik. mulo2 ambik dukung, dio tilik jugok. nok wat comfirmation bokali. last sengih hehe tengok sayo. ehem. well, sayo kam mok sedaro febret.

so, lamo2 x balik, biaso la. abah ready nge buoh duriye sedozen lebih. sayo tanyo ma, mari mano duriye banyok2. ma kato, abah la tu, dengar anok nok balik, g beli duriye takut nok make. beli hok putik, lambak la sikik nok buleh ko masok. duriye hok tane x jadi lah mano. gak, keno la g beli kalu nok make.

ma pulok, anok balik mace2 la nyo masok. 1st day lagi wak pengat pise doh. bia x berehi pon sayo make la jugok. nok amik ati ma.

gituh la kasih saye ma abah. cerito lain pulok, mok long ready wat ais krim bubur mugo doh cuti skoloh. ready la cucu nok balik. tapi last2 peti dio pulok punoh. bagi la dio ais krim bubur tu ado dale 100 putung ko rumoh sayo wat sipe dale peti. siye la cucu dio.

bakpo sayo tulih kok klate? sayo pom xtau. beci kelih berito sakni. mace2 doh cerito buruk ore klate tubik. dengar kato saim2, ore luar x suko mano ko ore kelate. tu sayo x tau la bakpo. tapi dale setande pise tu tak ke la semo nyo busuk. ore ni srupo jah la hok ALLAH buat. kelate ko, perok ko, johor ko, pahe ko, selangor ko, kolo lupo ko, tganung ko, kedoh ko.. samo jah la bagi sayo. kalu ore lain xtau la..

beci..

ehehe. sajo jah wat gempak. sajo nok tulih kok kelate. kalu raso tok pehe, x po la. xkisoh..

sayo off dulu lah..

=)

Thursday, August 14, 2008

itchy ouchy =(

badan saya gatal2. orang kata kena kelopak garam ke hape? saya pun tatau. semalam dalam kelas bahasa korea saya tergaru2 macam kera kena belacan. (kalau kera kena belacan kenapa? adakah kera ialah spesis yang ada resdung macam saya..???)

so, saya tak sure kenapa badan saya gatal2. maybe sebab saya tersengaja makan nasi lemak semalam. inilah nasib orang yang ada resdung dan alahan kepada makanan.

alahan kepada makanan?

selama saya hidup ni saya tak makan. saya minum je. sebab tu saya macam papan bergerak..

......

saya tipu.

saya makan. tapi nasi putih dengan ayam goreng je. macam dalam post di bawah..

oleh kerana semalam saya tersengaja makan nasi lemak, satu badan saya gatal2. ruam2. semalam muka saya membengkak dan mata saya ikut sama bengkak. sampai nak buka mata pun tak boleh.

saya malu.

lalu saya pura2 tidur sambil menekup muka dengan bantal.

tapi kalau dah gatal satu badan tu, macamana nak tidur. lalu saya bangun dan saya tergaru2 macam orang tak mandi 20 hari.

*saya masih tergaru2 semasa menulis post ini*

okeh sambung.

selepas melihat saya tergaru2 tak cukup tangan dan berputar2 terbelit2 tangan seperti planet2 mengorbit matahari, dengan muka kesian, roomate saya suggest saya pegi jumpa doktor.

saya pegi..

doktor cakap saya alahan kepada makanan. dan dia nak bagi injection.

saya kata ok. no problem. saya tak takut jarum..

............................

er,, saya tipu lagi..

saya tak cakap apa2. sebab dah lama saya tak kena inject. kali terakhir injection masa darjah enam. saya kebal. saya susah kena penyakit sebab tu dah lama saya tak kena inject. ehehehe. perasan.

saya setuju untuk di inject. namun nurse itu tidak memberi option kepada saya lalu berkata,
"inject dekat bontot ok eh??"

saya terus..

bontot????????? no way!!!!. itu tempat terlarang. (dalam hati..)

sebab mulut terus kaku nak berkata2.

doktor tu pulak..
"ok dekat bontot? cepat sikit kesan dia.."

note : doktor itu lelaki.

dalam hati saya berkata "adakah ini sesi dan masa yang sesuai untuk mengambil kesempatan ke atas insan yang tidak berdaya..???"

eceh.

saya terus terkaku dan terkaku sampai tak tahu nak kata apa2. lalu nurse itu berkata..
"ke nak inject dekat lengan? tapi kalau lengan sakit sikit la.."

saya terus kata.
"dekat lengan je lah."
-saya tak kisah sakit macamana pun asalkan tak inject dekat bontot. mati idup semula pun saya tak bagi. masa darjah satu dulu bolehlah-

dan doktor tu inject dekat lengan.

dan ternyata sakit. tapi tak sangat.

konon saya macho..

dan dia bagi ubat makan dan sapu.

lepas kena inject, terus ruam2 gatal hilang. tapi saya yang nak pitam dan rasa nak muntah. nasib baik saya tak cium jalan. pening semacam. effect ubat kot.

nasib baik tak demam kena inject.

saya di cas rm 50 untuk service selama 5 minit.

yang bagusnya, ruam tu naik lagi satu badan hari ni hah. muka pun jadi merah. mata still bengkak. saya pun bengkek je. gatal la. tak tahan. rasa macam nak upah orang je garu. sebab tangan saya dah lenguh.

saya ponteng kelas dan kuiz. nasib baik doktor bagi mc.

...........................................................................................................................................................

sedikit review untuk pemberontakan pelajar uitm.. (err, itu yg utusan malaysia tulis..)





saya tak sangka isu ni akan masuk front page paper semalam.

note : saya tak menyertai demonstrasi keamanan ini.

sebab saya lebih suka berada dalam keadaan berdiam diri dan menanti apa yang akan jadi lepas ni. tapi bukanlah niat saya untuk menjadi pengkhianat bangsa seperti yang member2 saya bahaskan.

sebab, saya tahu isu ini akan reda dalam masa yang terdekat. itu yang selalu terjadi.

dan saya rasa apa gunanya kita memberontak sedangkan kita tidak berkuasa. mak bapak kita bukan perdana menteri.

saya juga rasa pemberontakan ini lebih kepada ketidakpuasan hati dalam mainan politik. tapi saya juga bukan penyokong pembankang. kerana pemberontakan ini tidak berlaku semasa kerajaan bagi kuota 40% pinjaman kepada bukan bumiputera dan juga bila 10% kuota untuk bukan bumiputera masuk mrsm. jadi apa bezanya uitm dan mrsm? bukankah kedua2nya dibawah MARA?

MARA ialah majlis amanah rakyat. rakyat malaysia bukan orang melayu sahaja.

tapi untuk komen2 lebih2 saya rasa pengetahuan saya masih cetek. kita redha dan tunggu saja apa nak jadi seterusnya.

ok????

ok...

saya nak pegi garu menggaru. aduh tak tahan..

Wednesday, August 06, 2008

dull

saya rasa hidup ada sikit dull..



this is kinda dull face described by me..


muka saya ada sikit masalah. makan salah sikit, naik la sport light kaler merah orang duduk sebatu pun nampak. kalau naik atas batang hidung, itu sport light baik punya sebab akan dapat gelaran badut sarkas free2..

sebab saya ada resdung..

dan muka saya sensentap..

jadi, dengan mendengar arahan pakar kecantikan saya (klik sini) saya tak boleh makan..

1. ketam.
2. udang.
3. sotong.
4. budu.
5. belacan.
6. kicap. (nanti parut jadi hitam)
7. makanan pedas.

tapi mengikut kesensitiviti muka saya, saya tak boleh makan:-

1. nasi goreng kampung febret.
2. tom yam febret.
3. keropok lekor febret.



nyummmyyy....


kalau pegi makan kat kedai, tak boleh ambik lauk2 atau sayur bergoreng sebab takut entah apa2 yang dia masukkan dalam tu yang saya tak boleh makan.

jadi menu saya setiap hari, nasi kosong dan kering dengan ayam goreng seketul. kalau ada tomato ke timun saya ambik sikit. cool kan menu saya?? macam orang baru lepas bersalin pulak. tu nasib baik boleh makan ayam. kalau tak nak bedal apa? ikan kering bakar??

itu yang dimaksudkan dengan dull. i miss a lot of wonderful things in my life sebab kesensitivitian itu..

so, jangan ajak saya makan kat kedai. dan jangan salahkan saya sebab kekurangan saya ini. dan tolong jangan argue. itu akan membuatkan saya sedih dengan takdir hidup saya..

-post aku asyik2 yang sedih je. sheshhh-

tapi saya tak rasa sedih pun. saya sedih sebab orang suka bercakap dan menegur je. diorang tak mengalami, diorang tak tahu macamana rasa.

lagipun saya suka makan macam tu. haruslah saya pelik dengan diri sendiri. kalau nasi saya misalnya saya taruk kuah, saya makan tak habis nanti. baik makan nasi kering macam tu. sedapppppp...

saya pelik..

lagipun dengan masalah kewangan sekarang ni ada baiknya makan macam tu. sangat jimat..

-tapi sebenarnya kalau dah tak tahan saya langgar je pantang..hehe..-

biasa la kan. nak cantik punya pasal, kena la berkorban apa saja. harta atau pun nyawa. inilah kasih mesera, sejati dan mulia... apa kau merepek ni labuu????

.........................................................................................................................................................

lecturer saya kelakar. hari tu dia ajar pasal lukis graf nak selesaikan equation. yang pakai 2 rulers dekat graf tu. dia punya la bersemangat waja tunjuk kat white board. lepas tu ada sorang classmate ni tetiba tak faham n cakap "puan, lagi sekali.."

puan tu cakap apa tau,

"lagi sekali? ingat iklan ke??" -spontaneously..-

saya gelak tak hengat...

sorang lagi lecturer india ajar public sector accounting. dia cakap macam kawan usop sontorian yang india tu. dia pun kelakar.

first2 masuk kelas dia cakap "nama saya usha rani.. kalau kaworang nak taruk usaha rajin pun tarra mengapa.."

haha..

ok dah dah. im off..

p/s: jumaat ni kena ponteng kelas sebab kena pegi kuantan. my brother is getting engaged. dan awal2 lagi saya pesan dekat ma saya suruh dia simpan 1 seat untuk saya. sebab lepas majlis saya nak ikut balik kelantan. hehehe.

Tuesday, August 05, 2008

i really need a break..

tapi break sekarang mcm tak makan..




Saturday, August 02, 2008

saya ingat saya dah nak mati semalam..

1.30 a.m:
saya masih lagi online di depan lab komputer level satu bila mata saya mula berpinar. tak nampak apa pun. it was like, kalau dalam tv, pelakon tu pakai baju kotak2, gambar akan menunjukkan refleksi yang berpinar2. macam tu la mata saya. kepala mula berdenyut2. kalau jalan saya tahu sure jatuh..

1.45 a.m:
saya dah tak tahan lagi nak tanggung sakit kepala. saya pack barang, naik ke bilik level 2. nasib baik tak jatuh walaupun terasa macam jalan atas buaian..

2.00 a.m:
baring lepas siap tampal2 itu2 ini kat muka. sumbat earphone kat telinga, pasang mp4 surah yusuf. -orang kata amalkan surah yusuf sebelum tidur, muka sentiasa bercahaya-. dan saya tak tahu saya lelap pukul berapa. mata saya sakit yang amat macam nak keluar dari soket. tak tahan sampai nak nangis.

2.16 a.m:
tersedar dari tidur sebab roomate saya tutup pintu agak kuat. dalam hati menyumpah seranah. mata semakin sakit. macam betul nak tercabut. tak boleh nak bayangkan betapa sakitnya mata saya time tu. dan tetiba rasa nak muntah. loya semacam. sakit mata, nak muntah, kepala berdenyut, heart beats yang laju. saya rasa macam nak mati. saya off mp4, istighfar banyak2, selawat banyak2 dan saya tak tahu saya lelap balik pukul berapa.

hari ni, 10.30 baru saya bangun. terbabas subuh. kepala still sakit. mata tak boleh tengok cahaya. sakit mata. berdenyut. rasa nak mati.

dan saya tahu saya kena migrain yang teruk. dah makan pain-killer tadi tapi mata still sakit..

............................................................................................................................................

migraine symptoms. (http://www.symptoms101.com)

-Pain - Moderate to severe on one or both sides of the head
-Throbbing - Some pain may throb, almost like the heart pulse, but on its own rhythm
-Vomiting
-Photophobia - Fear of, or dislike of light
-Phonophobia - Fear of, or dislike of sound
-Pain may be worse with movement

its ok if im suffering photophobia or phonophobia, but when migraine comes, i 'dislike' people as well. rasa serabut, menyampah nak layan, tak nak kisah, and etc..

saya betul rasa saya akan mati semalam...

Friday, August 01, 2008

Vacancy.

Jawatan : teman lelaki

Kelayakan :

1. Islam.
2. Lelaki. Gay atau amfibia tidak akan dilayan.
3. single.
4. beriman dan boleh membimbing agar bukan sahaja di redhai di dunia, mati nanti juga akan di redhai. (mati itu kan pasti..)
5. kaya.....dengan kasih sayang, perhatian dan bertanggungjawab.
6. cukup untuk bagi makan, pakai dan tempat berteduh bila dah naik pangkat nanti. Mempunyai kereta adalah satu kelebihan.
7. flexible dari segi emosi untuk menjalankan tugas.

8. boleh berbahasa melayu. Boleh bergaul mesra dengan kaum keluarga yang dekat mahupun bau2 belacan.
9. sekurang2 nya tahap pelajaran sama level. lebih satu level adalah satu kelebihan.

10. waras.

11. rabun jauh.

12.
ada gigi.
13. rambut tak de tak pe. itu belakang kira. i mean temporary bald.

Walk-in-interview:

Tarikh : 23 november 2008
Tempat : akan diberitahu kelak kalau panjang umur.

Sila bawa bersama resume, surat pengesahan dari jabatan agama menunjukkan status single, salinan kad pengenalan yang dah disahkan oleh polis daerah anda, keputusan medical cik kak, dan sebungkus fries dari mc dogol.... eh, mc donald. and one slice chocolate cake.

-jangan layan!!-

saya gila hari ni. Jangan di layan kerana ini penyakit berjangkit.

hari ni tetiba rasa nak makan mushroom soup yang pizza hut punya tu. Dan haruslah saya merasa pelik dengan diri sendiri sebab kalau pegi pizza hut, saya akan tolak tepi mushroom soup tu sebab saya tak suka. Tapi bila cik tawarkan dia punya campball mushroom soup (ye ke campball??) , saya tak nak sebab saya nak yang pizza hut punya jugak. Dan untuk pegi pizza hut, saya tak mampu buat masa sekarang. Nak makan pun pikir dua kali inikan pulak nak pegi pizza hut. Pegi je sengih2 boleh lah. Jadi, kalau sapa2 nak belanja, email saya ye. Atau ada sapa2 nak memberi sumbangan, tabung ‘bersamamu’ hazrini sentiasa terbuka. Kecik tapak tangan, planet marikh aku tadahkan. amik kau..


nyum..nyum..yummy...


seorang kawan suka bertanya, kalau ada seorang lelaki yang rupanya sama dengan stone cold, akankah saya jatuh cinta dengan lelaki itu. soalan ini membuatkan saya bengang dan seperti ingin membuang daerah sahaja kawan itu. ataupun kalau boleh, at least lambung dari level 14 fakulti pun jadilah. nampaknya dia belum memahami kawannya ini dengan sepenuhnya dan dia tidak memahami apa itu cinta, sayang dan sayang dan sayang.

jadi adalah baiknya jika saya tegaskan di sini bahawa saya sayang stone cold bukan kerana rupa. saya sayang dia kerana diri dia. kalau ada lelaki yang sebijik sejabak dengan dia pun tak kan sama dengan stone cold. bukannya tak de. dekat kampung saya ada sorang budak ni masyaALLAH sama betul dengan stone cold. membuatkan saya beristighfar berkali-kali dan berkata kepada diri sendiri, dugaan apakah ini??? dan saya suka berkata kepada diri sendiri "hazrini, inilah yang dinamakan hidup.."

-ni yg buat aku nak nangis ni-

dan tegasan saya ini mungkin boleh menjawab kekaburan kenapa mawi pilih ikin. bukan ain. ade ler tu yang ikin ada tapi ain tak ada. dan sebaliknya. so kawan, faham sekarang?

jadi saya ingin bertanya kepada anda2 yang baca blog saya, kalau ada seorang lelaki/perempuan (pilih yang mana sesuai) yang rupa dia sama dengan kekasih hati anda, akankah anda jatuh cinta kepada lelaki/perempuan (again, pilih yang mana sesuai) itu. (assume that your loved one is not with you anymore). would the circumstances be the same??

...................................................................................................................................................

p/s : dugaan of the day.
pendahuluan : saya kan dah tak nak fikir pasal stone cold lagi. nak lupakan seluruhnya. tapi hari ni...

1. masa saya dalam lif, ada sorang lecturer ni sangat peramah. dia punyalah baik dengan student dia. sampai students dia keluar lif tu dia cakap "bye2. dun forget to study my subject. love me always. dun love other lecturer except me." he-he. dalam hati saya, baiknya lecturer ni. i like. saya senyum sengsorang. lepas tu piang dia berpaling kat sorang lagi student dia dan tetiba tanya "xxxxx dah habis study ke???" xxxxx tu nama stone cold la. tapi stone cold bukan la budak fakulti saya. jauh sekali budak kampus saya. pulak lecturer tu salah sebut nama sebenarnya. asalnya dia nak sebut nazmi. apa ke jauh nama stone cold dengan nazmi. beristighfar panjang la saya dalam hati.

2. lepas kuar lif, masa nak turun tangga, ada tiga orang budak junior lelaki cute2 semuanya tengah bergurau senda sesama sendiri. lepas tu tetiba saya dengar sorang tu sebut "haah, xxxxx, xxxxx, xxxxx" -err, nama stone cold la tu maksudnya-. sekali lagi saya hilang pedoman. mengucap panjang dalam hati.

time tak nak ingat ni ada je yang datang mengingati.

macam kes hari tu, tengah2 decide nak lupakan dia, dekat bus stop sambil tunggu bas, tetiba ada sorang abang tampal ad tulis "xxxxx ........." syarikat apa ntah lupa.

rasa mereng fikir..

i currently enjoying ketawakan junior2 yang kelam kabut sesat tak jumpa cari kelas n silap naik bas. sebab diorang nampak cute. ehehehehe. saya jahat.

cheerrriiioooo!!!!