Sunday, July 27, 2008

untung ada jinny.

heh-he..

sounds good kan? i do feel good. sebab dekat rumah semuanya ok.

saya bahagia bersama irin. irin suka saya sampai tak boleh berenggang. itu yang paling saya suka. sampai mama sendiri dia lupa. dan semua orang pelik. hi-hi. saya tahu irin suka saya sebab saya lovable. ha-ha. yang penting rupa keibuan perlu ada. hah-hah-hah-ha. memang tak boleh berenggang. saya masuk toilet pun dia meraung bagai. saya masuk dapur pun tak boleh. kalau boleh dia nak saya sentiasa dengan dia. orang lain nak dukung dia tak nak. i feel sooo happy and its so nice to be happy.

irin is a very good motivator. motivator yang paling kecik dalam dunia. with her, i feel positive about everything. semangat untuk hidup datang berkobar-kobar.

saya masih di ayer lanas. esok saya ponteng kelas. ponteng sekali-sekala tak pe kan?

i currently reading 'seribu kali sayang'. terbitan alaf 21 dan penulis dia anis ayuni. dah lama tak beli novel dan disebabkan tak nak rasa boring dalam train masa balik hari tu, saya beli novel sebijik. dan saya jatuh hati dengan ungkapan ni..

"kita patut bersyukur kerana hari ini kita masih bangun sendiri; bukan orang lain yang 'mengejutkan' kita. kita mandi sendiri; bukan orang lain yang memandikan kita. kita pilih dan pakai sendiri baju; bukan orang lain yang pilih dan pakaikan kita baju kerana jika dia yang memilih dan memakaikannya sudah tentulah bajunya dari kain yang berwarna putih. kita berjalan sendiri keluar dari rumah; bukan orang lain yang membawa kita keluar. kita boleh membaca sendiri; bukan orang lain yang bacakan untuk kita. bersyukurlah kerana ALLAH masih panjangkan umur kita.."

kadang-kadang saya redha pasal stone cold. kadang-kadang saya rasa macam ada something yang menekan untuk sentiasa sayangi dia. dan buatkan hati saya sangat sakit. nak meletup.

saya rasa bersalah. jika cinta seorang yang sangat tak cantik kepada orang yang handsome itu satu kesilapan dan dosa, saya minta maaf banyak2 dekat stone cold. bukan kehendak saya untuk dilahirkan begini dan bukan kehendak saya jugak mencintai orang macam stone cold. kalau boleh saya nak undurkan balik masa. biar pertemuan antara saya dengan stone cold tak pernah ada. tapi saya hanya manusia biasa. setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. saya percaya itu. dan saya harap, hikmahnya adalah yang terbaik. semoga berbahagia.

-dah sedih pulak-

okey.

terima kasih kepada yang buang masa baca blog saya yang boring.

- tengah tengok jangan lupa lirik. dan nak pegi makan pengat durian. jangan jeles =)

Wednesday, July 23, 2008

migrain..

kalau anda rasa migrain tepuk orang.. -pok,pok-
kalau anda rasa migrain tepuk orang.. -pok,pok-
kalau anda rasa migrain begini lah caranya kalau anda rasa migrain tepuk orang.. -pok,pok-

kalau anda rasa migrain hentak orang.. -dush,dush-
kalau anda rasa migrain hentak orang.. -dush,dush-
kalau anda rasa migrain begini lah caranya kalau anda rasa migrain hentak orang.. -dush,dush-

kalau anda rasa migrain kata adoi.. -adoiiii-
kalau anda rasa migrain kata adoiii.. -adoiiii-
kalau anda rasa migrain beginilah caranya kalau anda rasa migrain kata aduh... -pheewwwittt..... eh salah..adoiiii--

sekian terima kasih..tepuk la tangan...

sheeeshhhhhhh.... me giler..

i should go back to ayer lanas seriously..
i have to..
i cant stand this stress anymore..
i miss irin..
i hate stone cold..

i just want to borrow someone's shoulder to cry on.

i wanna cry..

i emo today!!!!


Tuesday, July 22, 2008

sadis day.

no money no talk. but that doesn't mean that you can talk,non stop for the rest of your forsaken life, if you are a millionaire. just keep your mouth shut for a while or you will be annoying in the eyes of several people. or if you found out that it is very hard for you to keep quite just choose whether to mengaji or berzikir. that would be better because you will be a millionaire not just di dunia but also di akhirat. that also doesn't mean that politician cannot give the promises when the election comes eventhough the government is suffering deficit money supply. the country is funny.

don't play hard to get or you will be an andartu. because men nowadays is a rare spesis. but that is better than you play easy to get for the getters (is there such word?) that is a kaki pukul or a shaver (err, pisau cukur). and you live in peaceful life compared to your friend that have to deposited her money to his boyfriend's account and have some kind of mental issues because she plays easy to get. so if i don't have a boyfriend, why bother?

bagaimana acuan bagitulah keknya. but that doesn't mean the cake couldn't be touch up or came out with flaws. cake nowadays come with all colours of toppings and aising. eventhough the taste would not as beautiful as what we see. got it? and even the acuan have no flaws, for some environmental reasons the cake would be flawed. there's a mom whom wear tudung where the daughter is dancing in a disco. and theres also a mum who doesn't where tudung but the daughter practice it. ala, macam bienda dan maknya. (mampus aku kena saman..)

don't judge a book by its cover. but that doesn't mean you can judge the book only by looking for its contents. you can also judge it by the price as well. and don't forget, its author and publisher. and that doesn't mean that uncovered book doesn't have to be judged. that also doesn't mean you cannot judge the book by its cover. the contents of colouring book for standard 1 students would be the same theme as the cover.

pipit sama pipit, enggang sama enggang mana boleh terbang sekali. but that doesn't mean the statement is true. the late agung married with orang kebanyakan. if pipit cannot fly with enggang (mampus aku musnahkan ayat. dan mampus jugak aku mengomen benda ni..), just build another road for the vip or vvip or vvvip or vvvvip to drive on. vip, vvip, vvvvip does eat nasi same as us.

yang bulat tak kan datang bergolek, yang pipih tak kan datang melayang. that doesn't mean it cannot comes true. the bola akan datang bergolek2 kalau ada orang tendang. mawi just had to say "undilah saya" to get a car. nah... so who hits the ball? ok lah, he has the voice. and we have to remember, kalau ALLAH nak bagi, dapat jugak.

..............................

err, scribble when jemur baju tadi. he-he.

kepada kaum perempuan, pernahkah anda berpuasa sehari dan bila anda balik petangnya tiba-tiba anda 'jumpa' sumting freaky yang menyebabkan puasa anda terbatal dengan sahnya? tapi untuk makan adalah tidak munasabah kerana roomates anda semua tahu yang anda puasa. macamanakah itu???

-aku mengalaminya hari ni. wat penat je. balik dari kelas dah kul 6.57 p.m. time tu baru perasan. bengkek je rasa. sebab setelah hampir 20 tahun aku hidup dengan diri aku sendiri aku masih tak dapat memahami diri sendiri. errr..-

anyway, i won a bet. yehaa. i was betting with a friend about where gov get monetary supply. and what happen to perak with the sultan.

saya merasa puas hati kerana seorang bekas member yang membuatkan saya menangis all my semester 3 and 4's life, jatuh dan jatuh. saya merasa puas hati melihat orang yang suka sakitkan hati saya gagal. sebab saya dilahirkan dengan hati lembut yang tak tahu untuk melawan bila disakiti dan hanya mampu menyimpan. bila tibanya masa saya, saya tidak akan melepaskan masa ini untuk merasa sangat puas hati. saya hanya manusia biasa yang kadang-kadang berhati busuk. i even call the lecturer which i don't like most as 'mak cik'

-mak cik ni tak de consideration la..-
-mak cik ni tak nak keluar lagi ke..-
-mak cik ni pelik giler..-

err, merujuk kepada kes lecturer ini, saya rasa saya tidaklah pelik untuk tidak menyukai dia dan memanggil dia mak cik kerana almost all of my classmates tak suka dia. so, im normal. about the friend, orang boleh cakap, sedangkan nabi ampunkan umat. but come to think, saya bukan nabi. saya manusia biasa. so again, im normal.

ok?

so..

-im off-

Sunday, July 20, 2008

kami


Friday, July 18, 2008

Truth is beautiful without doubt. So do lies.

Rasa malas nak online. Sebabnya bilik baru saya tak dapat wireless connection langsung. Ni saya turun dekat pantry. Baru dapat connection.

Pulak tu connection slow yang amat.

Hari ni saya pegi merendek dekat plaza alam sentral.

Ceritanya, kami (saya dan lagi empat member, cik, ja, gee, ema) sewa kereta semalam sebab nak angkut barang2 kami dari rumah sewa kakak saya dekat seksyen 7 bawak masuk kolej.

Pi mai pi mai, 3 kali jugak trip kami barulah habis kami angkut semua barang kami. Dan memandangkan kami sewa kereta tu untuk satu hari, yang membawa maksud 24 jam dan membawa maksud rm 60, lepas kelas semalam dalam pukul 4 kami decide nak jalan-jalan cari pasal dekat sunway piramid. Dan kami berjaya sesat. Dan juga berjaya sampai. dan kami berjaya jugak habiskan duit tengok cerita dark knight semalam. Best giler siot. Walaupun cerita dia agak2 dalam 2 jam setengah tapi best yang sangat. Berbaloi. Pada asalnya saya mengejar untuk tengok cerita sepi tapi sepi dah tak de dalam list tayangan. Sangat sedih.

Ok, dan memandangkan baki minyak yang kami isi masih banyak, kami dengan sangat kedekut tak nak la kan pulangkan kereta dengan pakej minyak sekali. Untunglah abang tu. Dah la ada dekat2 half tank lagi minyak kami isi jadi kami pun decide nak jalan2 cari pasal dekat plaza alam sentral pulak. Kali ni memang kami betul2 cari pasal.

Alkisah, kami masuk kedai eastwear. Pusing2 satu kedai saya bekenan la dengan baju yang diorang pakaikan kat satu patung ni. Saya bagitau la ja..

"ja, baju luar nu comey. Acu g tengok.."

paham yer..

ja pun keluar la tengok baju tu. Saya pun ikut. Ja pun cakap..

“acu try jini duduk mace patung tu nok kelih meta..”

saya pun tiru la gaya patung tu kan. Berdiri sambil silang kaki dengan tangan di pinggang..


tapi saya tak de la cuit2 mulut dia cam ni..

"ooo..tinggi patung ni lagi ni dari jini.."

ja memberi komen. ema di sebelah hanya tersenyum melihat gaya saya meniru patung itu. ehem.

dan saya pun berkata..

"kalu patung ni tebalik mati aku.." -terbalik tu jatuh la-

guess what happened next?

a) ada modelling agency tengah buat photography lepas tu offer saya jadi model.
b) nampak stone cold tengah jalan2, dia pun nampak saya. malunya..
c) saya beli baju tu.
d) semua di atas.

tottt. semua salah.

yang betulnya patung tu betul jatuh tersembam mencium lantai. tak tahu la pulak patung tu bersandar dekat saya. hahaha. kami gelak tak hengat. bengang je muka kakak tu. dah la baru bukak kedai. baru tengah vacuum carpet. aku sesedap jatuhkan patung tu. dah la tak reti nak bangun sendiri. the wig pun tertanggal. so dengan muka toya kami keluar dari kedai tu. dengan azam tak kan jejakkan kaki kat kedai tu lagi. temporary azam je la. nasib baik tak kena black list macam aben dalam cerita baik punya cilok tu kan. hilang sorang customer. hihihi. bodoh..

anyway, pengalaman itu mengajar. haha.

sebenarnya nak balik kelantan. tapi esok ada registration untuk studeny degree la pulak. offer letter pun belum dapat. lembab kemain nak bagi offer letter. diploma punya mini transkrip pun tak dapat. wat sakit ati je. nak buat apa pun tak boleh. nombor matrix pun belum dapat. tapi belajar dah start. bodoh. nak apply loan tak bleh. apply jpa dah tercancel sebab surat tawaran belum dapat dah expired dah tempoh apply dia. babun. membuatkan kaki saya ketawa terkekek-kekek. sakit hatinya. damn, damn, damn.

malam ni ada accountancy futsal night tapi saya tak pegi. hehe.

nak tulih apa lagi eehhh...................

hmmmm.....

dah lah. nak cerita pasal stone cold nanti panjang pulak. len kali cerita. daa...

quote of the day: see the title!

Saturday, July 12, 2008

a tickle a day keeps the sorrow away

boring weekend says ''huarghhhh!!!!"

boring sebab tak tau nak buat apa. -cerita tiga abdul tgh main kat tv. channel 105-

saya nak g bandar tanah merah. konon nak beli selipar. tengah antara dua ni. nak pegi ke tak. pegi ke tak. -tak de kawan ni-

weekend ni sangat boring sebab the last two weekends di full fill with interesting activities. 1st weekend balik kelantan, saya pegi pahang. hantar adik nak daftar kat uitm jengka. -kami memang produk2 uitm-

2nd weekend, kenduri sepupu saya tu.

suppose weekdays would be more bored than weekend tapi weekdays saya tak boring sebab budak kecik ni ada : -




bila dia tak de, rasa kurang. makan rasa kurang. tidur rasa kurang. gelak rasa kurang. cakap rasa kurang.

sebab kalau makan, kongsi dengan dia. suap kita, suap dia. dia panjat kita sampai kaki masuk dalam pinggan.

kalau tidur, tetiba dia panjat kita lepas itu cakap ''tcakkk!!!". terus tak jadi nak tidur.

mulut tak pernah berenti membebel.

"irin meh sini"
"heh irin jangan main tu"
"irin tu2 miaw2"
"irin, joget2"
"irin, geram aku budak nih"
"irin, ayam2. krrrrrrruukkkk.."
"irin..itu.."
"irin..ini.."

esok dah nak balik shah alam. tetiba rasa kosong dan blurr. tanak balik shah alam. tiket ntah kat mana lagi. ntah ada ntah tidak. kalau tak de saya lagi suka.

buwekkkk.. boring.

Tuesday, July 08, 2008

kenapa ikan sardin cap ayam?

pernahkah anda terfikir. kenapa ikan sardin di-cap ayam-kan? pernah beli ikan sardin dalam tin yang cap ayam tu kan? ikan tapi cap ayam. orang tua2 kata, tak boleh makan makanan laut, campur dengan makanan darat sekaligus. contohnya, kalau makan ikan, tak boleh makan ayam. maksud saya dalam masa time makan yang sama. kenapa, saya kurang arif sebab saya dengar je. lagipun orang tua2 dulu banyak pantang larang. tapi semestinya saya rasa tak akan ada kaitan dengan sardin cap ayam itu. pasal pantang larang tu, saya tak ikut pun, bedal je apa yang terhidang.

orang kata pantang larang ada sebab disebaliknya. contoh yang paling mudah, orang tua2 larang duduk atas bantal. alasannya, nanti bontot naik bisul. padahalnya, larangan tu untuk mengelak bantal tu pecah sebab orang dulu2 pakai bantal kekabu je dan memang la mudah pecah. kalau sekarang ni bantal pun korang beli dekat smart shop, korang duduk lompat2 pun saya rasa possibility nak pecah tu kurang. dan sebab yang lainnya, tak elok la nanti benda yang kita letak bontot, nanti kita letak kepala pulak. duduk je tak apa, nanti ntah apa2 yang ditinggalkan kat situ pun tatau. kalau yang dapat dikesan tak pe, ni... ada kes yang pantang larang tu betul2 jadi. ni berlaku dalam family saya, akibat tak nak dengar cakap orang tua, bontot dia betul naik bisul sebab duduk atas bantal.

pantang larang lain yang saya pernah dengar, jangan makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng. memang menakutkan la larangan tu kan? kalau saya pun, terus percaya dan tak nak makan dan tak kan makan punya lah. tapi larangan tu sebenarnya sebab orang tua2 tu yang nak makan leher ayam tu. sebab, leher ayam ada satu je. kalau bahagian lain macam paha, kepak, semua ada dua dan kalau kita makan satu, lagi satu still ada. leher ayam best kan? kalau pegi pasar malam ada yang jual yang salut tepung jadi macam kfc la kononnya tu.

orang tua2 jugak cakap, anak dara tak elok menyanyi kat dapur. nanti kahwin lelaki tua. pantang larang ni sama la jugak dengan anak dara tak baik duk mengumpat kat tangga. kalau tak mengumpat pun, duk bersusun kat tangga cari kutu kat kepala, pun tak elok. sebabnya tak elok kalau orang nampak nanti. tak manis kata orang.

antara pantang larang bagus yang pernah saya dengar :-

1. jangan menjahit di badan, nanti tak lepas hutang.
2. jangan bangun lewat, nanti lambat dapat jodoh.
3. jangan makan bertindih pinggan, nanti jadi madu orang.
4. jangan makan berubah tempat nanti kawin ramai.
5. jangan makan kepala ikan nanti jadi bodoh. - ha, ni sama la macam jangan makan leher ayam tu, sebab dia kot kan?-
6. jangan angkat kaki masa meniarap nanti emak mati. -ni melampau ni. menakutkan pun-
7. makan pisang kembar, nanti beranak kembar.
8. tidur lepas makan nanti perut buncit.
9. dilarang bersiul dalam rumah nanti ular masuk.
10. tak boleh tunjuk pelangi nanti jari kudung.

dan antara pantang larang yang tak pernah saya dengar :-

1. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang. - bagi org lelaki-
2. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
3. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
4. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
5. Tidak boleh menghembus mulut bayi, nanti menjadi bisu.
6. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
7. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.


ok, thats it. tapi yang semestinya pantang larang orang tua semua ada yang tersiratnya. cuma semua terpulang kepada kita nak ikut ke tak. tapi kalau pantang larang orang mengandung tu macam takut je kalau tak ikut. macam, jangan makan kicap nanti anak jadi hitam. jangan cederakan binatang nanti anak jadi cacat. the father jangan pegi mancing nanti anak jadi sumbing. tapi pasal ni kan, kalau kerja dia jual ikan dan cara dapat ikan tu cam tu susah la kan? so, saya rasa yang patut ikut, kita ikut. yang melampau tu jangan la.

ma saya cerita, dulu2 masa mengandung, kalau dia nak siang ikan dia akan pesan dulu kat baby dalam perut. macam ni "ma nak siang ikan ni,bangun ye.."

ha, cam tu. dan ada kisah orang2 dekat sini jugak. si ibu ni memang hobi la kot korek mata ikan sebelum dia siang ikan tu. and then time tu dia lupa yang dia tengah mengandung so anak dia keluar je mata ada sikit tak sempurna.

tapi, itu mungkin nak dijadikan cerita je kan sebab kerja ALLAH kita tak tahu.

kalau pantang larang dalam hutan macam jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan or jangan cakap besar ketika di hutan, saya rasa better ikut sebab tak tahu ada penunggu mana tengah tunggu.

-atas cakap pasal ikan cap ayam tapi tetiba keluar pasal pantang larang. hehe. skema pulak tu.-

so, nasib saya baik. daripada tak tahu apa nak tulis, kepada tulis menulis yang panjang berjela-jela..

.....................

Saturday, July 05, 2008

pengapit.terjun.pelamin.

hari ni jadi pengapit tak bertauliah @ pengapit terjun.

hari ni sepupu saya bersanding. tak sangka sepupu yang sesama terjun kolam kecik2 dulu sampai ikan dalam kolam tu mati terbongkang esoknya, dah naik pelamin.

hari ni saya kena tarik naik pelamin last2 minit jadi pengapit sebab baju saya kaler konon2 macam pengantin. pengajarannya, jadi pengapit bukan senang sebenarnya. tambah2 yang tak de pengalaman dan bermuka tak 'macho' la sangat.

hari ni saya rasa.... s.e.r.o.n.o.k....

hari ni baru saya sedar apa makna 'jodoh pertemuan di tangan tuhan' pulau pandan jauh ke tengah gunung daik bercabang tiga hancur badan dikandung tanah budi baik dikenang juga ewah. kami tak main jual beli pantun tadi. lucky rombongan pengantin lelaki. silat2 pun tak de. simple present tense je majlis kami.

he-he..

review gambar sket. (sbb malas nak tls pepanjang..)


menyambut rombongan pengantin lelaki..



itu rupa pengapit nervous..



me buruk okk..



meneruskan hobi playing artistic la kononnya tp lighting tak brapa ok...



aunty n niece..



datin kamarzan ahmad meah. datuk mustapha mohammed's wife.



playing artistic again..


yeay. habes. sudah penat. mandi pun blum.. chow shin chan..

and, hah, pengantin perempuan kena chicken pox tau tak. dia demam semalam, lepas tu pegi klinik. doktor bagi ubat nak bagi benda tu lambat merebak. sebab hari selasa majlis kat rumah penangantin lelaki plak..

so, saya beredar nak pegi mandi. chowiwowo...

thanks to kak yana sbb miss me. he-he.