Wednesday, June 25, 2008

temporary freedom

its really good to feel that ive past a phase of life. its kinda feeling that unable to describe. its like a dream that come true. eceh. syahdu.

thats how i felt when i was walking, with a smile, out of exam hall after last final paper for diploma yesterday. its like a "wow, i never thought that ive managed to go trough this stage". sangat terharu and satisfy really.

ive just finished packing all my stuff to bring them back to ayer lanas and just dont know whether i will come to shah alam again for my degree next semester. so there's lots of bags to pikul just in case i will be transferred to another branch. uitm kan banyak branches. so, i wanna get ready to face a new phase of life. in a new place, with a new friends, maybe. and will never get to take advantage with this kind of free wireless service in uitm branches.

fyi, wireless services is free for uitm students in shah alam only. but it looks like a cap ayam service sometimes because only certain lap top can get the connection and those who could not will put that long face and cakap "tak aci". i would sometimes think about opening a counter for those who wants to use my lap top to access internet. ha-ha. so for those who feel quite weird to see im online 24 hours, just take note that im not that kaya to have a broadband. i just a pathetic student that take a full advantage on free things. (free sapa tanak kan?)

talking about going back to kampung, i know i will find the freedom there. even if it will just in a temporary period. i really cant wait to see baby izreen. really cant wait to taste mom's air tangan. being in kolej for intersesi is a torture really. i sometimes eat, sometimes dont. even if i eat, meggi will be the magsa. so if i look like losing some weight, or pale, its just memang berbaloi. and being with a sis here is really a relief because if i dont have money, she has and vice versa.

btw, talking about money, my dad sms-ed me on last tuesday asking whether i have any more money left. i said yes. maybe its just enough because ill be back today (even though i just had 30 bugs. but sacrifice is all the matter. i dont mind if i cannot eat for 2 to 3 days. meggi kan ada). but it seems like not really enough to buy a ticket. so my dad deposited rm100 for me. its a lot really for me to buy a ticket because the ticket is just rm 35. (note that harga ticket naik rm2)

so, blablabla, my sis smsed me asking whether i want her to buy me the ticket. i said yes. but then she said she has no money. she had to draw some from bank. when it comes to this situation, i had to asked her, why she didnt tell abah then? she said its ok. its still enough for her. she will not be starved. and i said its ok. abah just deposited me rm100 and if she wants, she takes half and i take another half. if she can do the sacrifice, why cant i? we are family and thats what family is for kan? i dont mind if im the one who has to face this situation. i can face this. saya anak abah yang kuat dan tabah. thats what i keep in my mind! and that makes me grow tougher and tougher and tougher day after day after day.

...

so im going back. i wont be around maybe for two weeks and for those who will miss me, i wanna say thank you sooo much (itu pun kalau ada. ha-ha)

till later. bye2!!!

p/s: im going to miss my gtalkers and my blogger buddies!! =)

p/s2: semalam saya angkat barang dari rumah kakak saya, noor ke rumah kakak saya, ina sebab kakak saya, noor, nak pindah rumah. semasa saya angkat barang tu, saya tak sedar saya saya langgar apa sampai jari saya luka. dan saya terfikir, kelukaan akan membuatkan kita berhati-hati di masa depan. kelukaan akan membuatkan kita lebih menghargai sesuatu yang terluka itu dan akan menjaganya dengan baik supaya ia tak kan terluka lagi.

so, about stone cold; he left a very2 big wound in my life dan saya akan lebih berhati-hati di masa depan. short say (pendek kata) , saya serik. biarkan saya sendiri.

-saja wat syahdu-

okeh. this is really 'till later'!!!

tata..

Monday, June 23, 2008

baca post kak yana teringat baby izreen

he-he. tadi kita baca post kak yana kan lepas tu teringat la kat kita punya baby. lepas tu pulak kita buka friendster, kita punya kakak sengaja je letak gambar baby izreen. nak bagi kita jeles tuh. kita cilok dah hah.

(aku rasa sengal dah ni. dah tak reti nak guna appropriate language dah. kenapa? kenapa? kenapa? sangat lah boring bahasa aku..)

okeh. anak sedara kita ni, anak abang sulung kita. nama dia izreen qistiena. masa dia baru lahir kita suggest kat abang kita kalau letak puteri kat depan tak boleh ke? lepas tu abang kita cakap tak boleh lah nanti takut nangis tetengah malam. (tak boleh eh? kenapa eh??)

umur dia 10 bulan. gaya dia cam lelaki sikit. tapi semakin besar semakin ada ciri-ciri keperempuanan dia. sangat nakal tak hengat, suka biskut marie instead of dia punya biskut baby yang sepatutnya dia makan. makin besar makin choosy. tak suka makan nasi yang kita memang sedia khas untuk dia. nak makan nasi cap orang-orang besar makan. nasi letak kicap dengan telur goreng, kadang-kadang nasi taruk budu pun dia makan, nasi goreng, bihun goreng. dan dia memang ikut papa dia yang kuat makan. tak pe. budak kecik makan banyak tak pe, tambah kiut. papa dia hanya kiut di mata kak ipar. hahaha.

dia suka kucing. hari tu dia cengkam kucing tu nasib baik la kucing tu wat relax je.

mama dia cikgu bahasa inggeris dan oleh itu dia akan sentiasa ada kat umah kita dari ahad sampai khamis. kalau kita cuti, kita la yang jadi baby sitter. baby sitter yang rasmi sekarang ni ialah kakak kita.

(ya rabbi, apa aku ni. dah tak reti nak tulih dah hah...)

orang yang paling dia suka dalam family kita ialah abah kita sebab abah kita senang je nak buat dia gelak. kita tertonggeng2 pun dia wat derk je lah. last2 kita yang kena gelak. dia akan tengok kita macam "kenapa mak sedara aku ni? dah makan ubat ke belum hari ni??". dan kalau perhatikan dia lagi rapat dengan tok ma dia dari mama dia. maybe sebab 5 hari seminggu duduk dengan tok ma dia kan. tok ma dia pulak manjakan. lagi manja bagai la dia.

dah la kot membebel kan. dah la bahasa berterabur berlari ke langit.


ni dua tiga hari lepas lahir.


ni dua tiga empat bulan lepas lahir. ni la yang saya cakap gaya cam lelaki. mata dia pulak memang suka jengir cam tu. kak ipar cakap sebab dia suka jengir mata kat student kot masa pregnant sebab tu jadi cam tu. rambut dia pulak memang still standing cam tu.


yang ni yang sekarang.


kita suka dia punya dagu. dagu dia ikut kak wani. (kak ipar)
-auuw seksi anak sedara ku-



ni tok ma yang dukung.

okeh2. dah habis cerita anak sedara. orang cakap, baru sorang boleh la ditatang bagai. nanti berdozen-dozen dah tak larat nak layan. harap kita tak jadi cam tu. kita nak jadi mak sedara yang sangat baik di dunia.

-hari rabu bakal meninggalkan shah alam mungkin untuk selamanya. (eceh, wat drama). ada sorang abang pernah berkata "orang melayu memang suka drama!" -

till then. babai.





Saturday, June 21, 2008

illegal act

ive done an illegal act. semalam.

ps: jangan cuba2 report polis ye kawan-kawan.

oleh kerana saya telah lama gian nak naik motor, semalam saya telah pinjam motor member saya dan merempit satu kampus uitm pada pukul 10.30 malam. dan saya telah tipu mak guard kolej melati bila dia tanya mana helmet. sebab saya merempit berdua dengan member saya, miss gee tapi helmet cuma satu. dahsyat perasaan yang sangat cool dan syok. seperti terbuai-buai di dalam khayalan.


saya nak cari gambar orang rempit dalam google tapi jumpa yang ni pulak. tapi tak pe. ini pun cool!!


dan sebenarnya saya tak de lesen motor mahupun kereta. dan kami bernasib baik kerana terselamat setelah masuk jalan one way. ni semua keja gee. patutlah orang semua tengok kami. kami sebenarnya perasan ingatkan orang terpaku dengan kelawaan kami semalam. rupa-rupanya keperasanan kami itu terpaksa disimpan dalam poket dan akan digunakan bila perlu nanti.

kerja gila itu dijalankan selepas sangat tensyen dengan study dan untuk pengetahuan yang belum tahu, isnin dan selasa saya final exam.

saya juga tensyen memikirkan adakah saya masih dapat berada di shah alam untuk degree next sem. dan juga tensyen berperang dengan perasaan yang mengandungi stone cold di dalamnya.

untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan dengan selesainya final intersesi saya hari selasa ni maka accomplish lah diploma saya. saya merasa agak bangga dan tak sangka kerana berjaya habihkan diploma saya sedangkan saya masih 19 tahun. haha. walaupun saya masih 19 thn tapi saya perasan yang saya ni dah 20 lebih. tahap gatal pun boleh tahan dan oleh kerana saya agak nampak macam mix blood dan tinggi, org tak kan percaya saya 19 dan saya terpaksa pretend yang saya 23. orang kata mix blood cepat nampak tua. contoh paling senang ialah budak diana danielle tu.


ini pun cool..!!
berapakah umur yang anda nampak terpampang di muka dia??



okeh. saya rasa sengal saya sudah datang jadi saya rasa better saya berhenti. esok nak bangun awal nak study taxation. eceh.

happy belated birthday to dayah. (19 june)

quote of the day:

"It's hard to wait around for something that you know might never happen ,but it's even harder to give up, when you know it's everything you want."



akhir kata,
renung-renungkan dan selamat beramal...!!!

Tuesday, June 17, 2008

sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk sukan olimpik jugak!!

hari tu kan saya keja part time dekat jom heboh dekat bukit jalil. haah, dah lama la jugak. saya kan tengah buat intersesi kan. jadi kalau intersesi saya kena depend 100% dekat abah saya. jadi saya kesian la dekat dia. saya anak yang baik. he-he.

jadi the story goes..

first day dah lambat sebab salah naik tren. apakah dugaan itu? tapi nasib baik bos belum sampai lagi time tu kan.

jadi keja saya adalah:

1. bagi flyers dekat orang yang lalu lalang..



tanak tunjuk muka. sangatlah hodoh ok...

hari first tu kan, dah orang suruh kita bagi flyers, saya bedal je lah. bagi je lah. kat mak cik, kat nenek, kat teenagers, kat adik2 kecik. yang saya tahu flyers saya habeh. tengah panas pulak tu kan. masa tu tak pikir lain, tak pe lah kan. nampak duit je time tu.

lepas tu kan hari yg second kan baru la dia cakap, target customer diorang kan orang2 yang dah kahwin, uncle2 yang nampak cam dah keja, orang2 yang nampak cam dah keja.

ps: sebenarnya saya tahu je sebab kitorang bagi flyers pasal pad untuk kesihatan badan. untuk hilangkan lenguh2 badan, buang toksin dalam badan. jadi tak kan la bebudak kecik tu nak kisah kalau saya bagi flyers tu dekat diorang. paling kurang pun diorang buat kipas2. nasib je diorang tak buat kapal terbang kertas kan. sabar je..

ada jugak yang sengal sikit pegi mintak. lepas tu depan2 kita dia lipat buat kipas. boleh? tak marah, kelakar.

okeh sambung. jadi kawan tu ajar la cara yang bagus nak attract customer.

cara dia, bagi flyer, terangkan apa benda tu. kalau orang tu tanak berenti, terangkan je sambil jalan tak kisah..

jadi saya pun ikut la..

dialog saya tak berubah. yang ni je yang saya sebut sampai kering air liur. sampai habis flyers.

'' abang/akak/uncle/miss/aunty ni pad untuk kesihatan. dia boleh hilangkan lenguh2 badan. buang toksin dalam badan. kalau nak try kita ada rawatan percuma kat booth tu.." (sambil menunjuk booth kitorang)

thats it. macam senang je kan? sebenarnya penyeksaan tu memang saya tak boleh bayangkan..

malu pun ada. ada yang nak amik. ada yang buat muka tatau je. ada yang senyum lepas tu cakap tanak, pakai tangan. ada jugak yang lari bila nampak kitorang. ingat aku hantu ke apa.

muka pulak kena maintain senyum ni. rasa cam orang terbantut. tengah panas kul 12 tu, sambil senyum panjangggggg. orang tanak amik, kita senyum. (dalam hati kutuk). orang amik senyum. (dalam hati huh, nasib baik. kalau tak malu aku..)

paling penting, saya tak boleh duduk dari pukul 10 pagi sampai 10 malam. bila dapat duduk kan rasa nikmat gila. tapi rasa sakit yang amat maybe sebab urat2 dah tegang. nak duduk tapi rasa macam tak bertanggungjawab pulak. he-he.

habis flyers kita buat keja ni plak. keja paling stress:

jaga kereta..

basically syarikat tu syarikat jual air minuman untuk tenaga la. jadi ada air mineral, air tin untuk tenaga. saya pun tak paham sebab keja saya bukan nak explain air tu apa kan.

jadi keja jaga kereta ni stress sikit sebab kitorang ada buat pakej ye encik2. beli air dalam kitorang punya pakej ada tiga botol air mineral + tiga tin air minuman untuk tenaga (agak2 macam air 100 plus la) = rm5 = dapat kupon = dapat amik gambar dalam kereta tu.

actually tu kereta ferari yang fairuz fauzy bawak kat jordan. jadi ramai la yang excited kan. yang excited lebeh2 pun ada. memang memenatkan sebab ada yang bila diorang dah tengok ramai2 masuk kan, diorang tambah lagi.macam keadaan sangat tak dapat di tenangkan. kitorang terpaksa berkasar la sikit. kena tanya sengsorang ada kupon ke tak, ada kupon ke tak, ADA KUPON KE TAK (bongok!!! - dalam hati)

pulak tu manusia ni kan bila dia tengok orang serbu tempat tu mesti la semua rasa curious nak tau kan. semua pulak pakat serbu. jadi bertambah gila saya kat situ..

dan ada jugak yang salah faham..

sebenarnya kitorang pakej,

-yang beli air berpakej tu, dapat masuk dalam kereta, amik gambar-

bukan,

-kalau nak ambik gambar kena beli air berpakej tu-

faham?

dan kelebihan dia, satu pakej untuk satu geng. atau satu family. lantak la family ko 20 orang ke belasah je.

jadi kebanyakan manusia yang menyakitkan hati diorang punya niat nak amik gambar je tanak beli air jadi kalau kitorang cakap cam tu macam2 muka la keluar. tu yang tak sporting langsung.

"eleh nak masuk pun kena beli air.."

"saya nak ambik gambar bukan nak beli air"

"alah, nak ambik gambar je bukan apa pun"

ada jugak yang anak2 diorang sampai nangis berguling2 pun kedekut nak keluar 5 ringgit. kesian budak tu. ada yang mak bapak dia marah dekat kitorang pun ada.

"nak masuk pun kena bayar."

bendul, 5 ringgit je kot. bukan nya kitorang amik 5 ringgit tu free2, pakej beli air kan. nanti jalan2 dahaga bleh minum. ye dak? anak sampai terguling2 nangis tak de hati perut ke.

sorry, emo pulak..

macam kalau saya bagi masuk je, tak adil la kat orang yang bayar semata-mata nak amik gambar kan. ada jugak yang cam tu tau. mak bapak dia sporting gila. ada jugak yang mak bapak yang lebih2, anak nangis2 takut nak masuk.

dan ayat yang saya pakai sampai la dah nak termuntah..

"ok, kita ada pakej. beli air tu. yg tersusun atas kereta tu, 3 air mineral 3 air tin untuk lima ringgit. nanti kita bagi kupon, boleh masuk dalam kereta ambik gambar. ni kira pakej la sebab kalau akak/abang/uncle/aunty beli air mineral tu satu botol seringgit satu. air tin tu rm1.50 " -senyum-

gosip sikit..

dan kan, mak raja azura marah saya sebab tak bagi cucu dia amik gambar. mak dia kan, bila tengok semua bebudak masuk, dia bagi la cucu dia masuk. saya pun pegi la tanya..

saya : mak cik ada kupon?
mak raja azura : alah nak amik gambar kejap je.. (kasar beb)
saya : tak de kupon tak boleh masuk mak cik.

raja azura tetiba interfere..

raja azura : ni camana nak masuk ni?
saya : -cam biasa saya cakap je lah kan-
raja azura : owh, kena beli air nak bergambor (dia cakap kat mak dia)

-mak dia tak puas hati giler-

lepas tu raja azura keluarkan not rm50.bagi mak dia, mak dia bagi saya.

saya : kena beli kat situ mak cik (tunjuk dalam booth) - (aku cakap 5 hengget je. tau la duit banyak-dalam ati)

-mak dia tebeng muka tak puas hati lagih. sabar je lah. memang sakit ati giler. maap le. artis pun saya kena treat sama. -

dia bawak 3 orang bibik nak jaga anak dia 3 orang. tak senyum pun dekat saya. tatau la kalau bengang kan tak bagi anak dia masuk..

agaknya dalam hati dia kan..

"tak kenal ke aku sapa? tak tengok tb ke? berani kau eh. aku artis tau, kau tu sapa?"

agak je la kan..

tapi tak per la kan. bukannya nak jumpa dia hari2. mak dia memang buat saya tak tahan la.

jadi, pengalaman tu paling penting. dan yang penting buku lali says bengkak sebab seharian tak duduk. dan muka saya dah sunburn. ada sempadan yang sangat ketara antara dalam tudung dan kat luar tudung. he-he.

tapi ingat balik cam best pulak. ye la tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat kena saman. heh. tak de lah. jadi nasihat saya kepada sesapa yang tak mempunyai daya tubuh yang kental, lupakanlah niat nak jadi promoter kat tempat2 panas cam tu. ceh bangga. bak kata pepatah kalau kail panjang sejengkal, pegi la beli yang panjang sikit..

p/s : sakit hati dengan kawan sorang tu. yani kata dia backstab kitorang. mengutuk kat belakang. sekarang ni tatau nak percaya sapa. tapi kata yani ni cerita dari 2 sumber yang sangat boleh dipercayai. jadi saya nak percaya sapa?

saya nak caya yani sebab dia best friend saya. the best. dan akan tetap cakap saya cantik walaupun saya tak cantik dan orang yang amat mengharapkan saya mendapat cinta stone cold walaupun tau saya tak kan dapat.

pasal kawan tu kan saya just nak cakap, kalau tak de angin masakan pokok bergoyang. lain la kalau ada beruk kat atas pokok tu. jadi tepuk dada slow2, tanya selera. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut mata pun lali.

kawan,
aku ingat aku dah boleh recognise kau as best friend. tapi aku silap.
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak masuk sukan olimpik jugak..

-banyak pulak musnahkan peribahasa hari ni-


Thursday, June 12, 2008

biar ia sepi sepertiku.. (edisi curi org punya)

saya suka eja sebab dia lawa. saya tak suka baizura kahar sebab stone cold puji dia cute..
(kes jeles tak betempat. tak malu..)


sepi the movie.

ini edisi curi abang mukeh punya entry.

p/s : haruslah aku panggil dia abang sebab dia tua banyak dari aku. haha. jangan marah abang mukeh. nanti lagi bertambah tua. =)

kalau nak tengok review dia sikit2, klik sini.

p/s : nak cakapnya cumalah, emosi benar2 terganggu dengan muzik latar official website dia. tak taulah kalau memang lagu tema dia sebab tak tengok lagi kan. boleh nangis dengar. (memang nangis pun..). tau2 lah camana sepi saya sekarang kan..

point ke dua dalam review abang mukeh.

"mencintai bukan milik kita adalah sangat sepi"

komen : sangat sepi. sangat-sangat-sangat-sangat sepi kuasa doploh.

warning : kalau sesapa hati agak2 kering atau baru je balik dating dengan berjayanya, dinasihatkan toksah lah nak try2 dengar. memang kompem tade kesan punyer.cayelah.

sangat sepi. sangat sepi. sangat sepi. sangat sakit.

...............................

yani kata saya sangat jiwang karat. kalau dia gaduh dengan pakwe dia, dia akan suruh saya reka ayat jiwang nak bagi pakwe dia. dan selalunya ayat jiwang saya berjaya. atau kalau dia gaduh dengan pakwe dia, dia suruh saya karang ayat saiko. dan memang akan bejaya sebab ayat saiko saya akan merangsang pakwe dia untuk jawab call selepas 50 call dan berploh2 msg tak berjawab. haha. ayat tak tahan.

saya dokter cinta. hehe.

sebenarnya setelah lali dengan ke-libraan stone cold baru saya boleh saiko ke-libraan pakwe yani. bukan nak percaya sangat horoscope ni, tapi ke kadang2 yang betul tu buatkan ke kadang2 pecaya. he-he-he..

quote of the day :

"Sometimes I wish I was a little girl again--because bruised knees heal faster than broken hearts."



Tuesday, June 10, 2008

i've been punked!! (part 2) - bayar hutang.

saya ada dua hutang tag tau. tadi view kak mar punya blog baru teringat saya kena tag dengan kak dalie aritu. ampun kak dalie ku cute. kuluper. he-he.

tag by kak dalie..

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR :

1. teddy bear sebesar saya.
2. stone cold - uh, tak de lain.
3. sejuta.
4. banglo 3 tingkat.
5. kereta.

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES :

1. sebab jeles dengan kengkawan saya yang dapat teddy bear dari pakwe diorang. jeles!!!
2. i-oh-so-in-love-with-him. i-miss-him-dying.
3. nak tolong abah ringankan beban and nak penuhi impian abah yg tak tercapai dek kerana memenuhi impian kami.
4. 3 tingkat cukup lah. buat apa tinggi2. he-he.
5. nanti tak payah panjat bukit pegi fakulti. pancit.. hilang separuh nyawa..

THE PERSON WHO TAGGED YOU IS : kak dahlia minhat

5 IMPRESSIONS OF HIM/HER :

1. cantik banget.
2. cute.
3. awet muda.
4. minda yg penuh dengan idea.
5. kelakar.

MOST MEMORABLE THING HE/SHE HAS DONE FOR YOU :

- emm, i love to be a part of her life n her blog. he-he.

MOST LOVED INVENTION :

- my family, stone cold and friends.

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST :

- people who misuse their power.

PEOPLE YOU WANT TO TAG :

- ntah lah. ha-ha.

okeh. done.

tag by kak mar.

ada rules and regulations kena post dulu sebenarnya. tapi malas ah. tak pe kan??? tak kena banned kan blog saya nanti kan??

8 random facts/habits about me : (actually mcm pernah jawab plak soklan ni..)

1. hati saya kekadang kering.
2. as a saggitarius saya suka dok menyendiri sebenarnya.
3. saya sangat penyabar dan pemendam perasaan. sebab tak nak gaduh sebenarnya. saya iakan kata-kata orang lain sebab orang lain yang saya maksudkan itu tak kan mengalah dengan kata-kata dia walaupun dah terang lagi bersuluh dia salah. - sakit hati.
4. i love babies and they love me too. kalau saya jalan2 passing by a baby saya akan break dan cubit pipi baby tu. kalau saya malu nak buat cam tu sebab bapak dia handsome, saya tenung je lah baby tu dengan senyuman yang panjang. dan yang bestnya, baby akan faham yang saya suka dia dan dia pun akan tenung saya balik. kebanyakannya macam tu.
5. muka saya kekadang sangat ketat dan orang akan cakap saya sombong.
6. saya suka tom yam, nasi goreng, singgan asam pedas ikan air tawar, saya makan budu dan ulam-ulaman, saya orang kelantan, kelantan darul pas, pas menang lagi, lagi bn kalah, kalah teruk jugak, jugak hal basi, basi la kot, kot, kot, kota bharu dah dua tahun setengah saya tak pegi..
7. suatu masa dulu masa form 5, abah beli motor kat saya nak bagi senang nanti saya nak pegi sekolah sebab nanti saya kena jalan dalam 3 kilo baru sampai sekolah. sebab masa tu spm abah nak bagi saya senang dan saya bawak motor tak de lesen. he-he. kampung tak pe yer.
8. saya suka tidur. malang nasib suami saya nanti..


8 people to tag :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

(tinggal je lah soalan tu. susah sangat. tak de dalam silibus..)

=)

quote of the day :

"A glass of water takes on different meanings, depending on how thirsty is the person."


i found out that afiq looks so cute today / yani and genie yg gila libra.

don't argue. afiq is cute from the very first place.he-he. but he looks cuter today.don't ask me why.hahahaha. if there is some of the classmates who does read my blog, i just wanna say, jangan ler dibuat gosip hal ni yer.he-he.



ok. i move to another part of the title. see the title. its quite long for this post..

oh, i feel so afraid of the similarities between me and my best friend. tak de la sama sangat tapi sama la. ok, here me go..


genie and yani..

persamaan kami:

1. my dad's name is mohd zahari b. che mahmood. her dad's name is azahari b. mohammad.

2. my mom's name is hanisah bt musa. where her mom's name is hasnah bt. isa.


3. my dad is a libra, 25 september 1955. her dad is also a libra, 24 september 1958.

4. my mom is a capricorn, 30 disember and her mom is also a capricorn, 31 disember.

5. we both love libras. her future husband is a libra, 8 oktober and my stone cold is also a libra. born two days after the date. (but not in the same year)

6. my stone cold is from somewhere where her future husband is from. and again kampung tuk nenek stone cold is the same as kampung tuk nenek her future husband. place cannot be mentioned.

7. his future husband and my stone cold are both kacukan jawa.

8. and as we all dah lali dengan libra, dan setelah diperhati perangai stone cold, yani's future husband and my dad, we can conclude that libras are:
- hardwork.
- passion.
- penyayang.
- suka buat lawak.
- diorang akan usahakan untuk dapat apa yang dia nak.
- suka tolong orang.
- romantik.
- suka disayangi.
- suka seni.
- ckp lepas.
- straight to the point.
- degil.
- pendirian tetap.

that's it. he-he. feels funny how we are connected and yet we are best friends! she is the only one who understand me better and she will be married with her love where im still struggling to forget mine. sakit-sakit-sakit..

p/s : persamaan itu kadang2 membuatkan aku perasan sorang2 yang adakah aku akan ada jodoh dengan stone cold. he-he..

i suffer backpain lately. bukan lately je tapi dah lama. tapi lately yang semakin teruk. and i found out that tulang belakang saya tak berada pada tempat yg sepatutnya.tak center. ke semua orang macam tu? he-he. sakit belakang ni menyebabkan saya teringat kpd simptom2 arwah rakan saya yang meninggal kerana leukimia. adakah saya akan mengikut jejak langkah dia?

jadi untuk mengurangkan kesakitan itu, inisiatifnya hanya adalah dengan menampal salonpas. (err, salon bn tak de ke??) dan menunggu kesakitan itu bertukar kepada kenikmatan yang amat best. berangin macam tampal aircond kat belakang. huahuahua. saya merasa seperti seorang power rangers pink (boleh consider as 'seorang' ke?) yang telah menyarung baju power rangersnya dan menjerit "bertukar!!!"... apabila kesakitan itu bertukar menjadi kenikmatan. he-heh.

ok. off to bed. esok ada kuiz taxation. taxation rocks!

quote of the day :

"It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone -- but it takes a lifetime to forget someone."



Friday, June 06, 2008

demokrasi-lah sangat..

demokrasikah negara kita bila kita tak de hak untuk suarakan hak kita? minyak naik, kita cuma dapat protes..

"kerajaan patut.."

"kerajaan patut.."

and..

"kerajaan patut.."

.....

"saya tak setuju..."

"saya tak setuju..."

and..

"saya tak setuju.."

and yet sama-sama jugak beratur nak isi minyak sampai minyak yang sedia ada dalam tangki habis sebab lama sangat beratur. tapi berapa hari je la sangat minyak yang RM 1.90 seliter tu boleh tahan? dalam dua tiga hari kita terpaksa jugak isi minyak yang RM 2.70 tu kan?

one of my friends asked her dad,

"minyak nak naik harga esok ni abah tak pegi isi ke?"

to which her dad answered,

"kalau isi minyak penuh2 pun masalah boleh selesai dua hari je..."

see? we cannot do anything to say our right kan?

-cerita ni muncul dalam kelas accounting theory pagi tadi-

lecturer kita cerita kan..

dekat uk satu masa dulu timbul isu minyak naik 10 sen. and what people in uk did?diorang mogok hentikan kereta tengah jalan dengan sepanduk memprotes harga minyak naik yang seposen tu.dan minyak tak jadi naik lepas tu..

see? tapi apalah yang kita bleh buat kan?redha je lah. kan? kan? malaysia kan negara demokrasi..

*asal aku timbulkan isu minyak selepas lama tak apdet??? -my conscience yg tetiba hairan- *

lepas ni naiklah lagi harga tepung, gula, garam, beras, biskut, roti, bla, bla, bla.. dan kedengaran la lepas ni 'harga barang naik sebab minyak naik'.

malaysia oh tanah air ku..

jadi seperti yang sis dayana cute cakap naik lah public transport. lagi bagus naik rapid kl. sangat rapid and yet so murah. hahaha. aku student bolehlah kan. (sebelum org cakap mcm tu kat aku baik aku cakap dulu..)

tutuplah cerita itu...

kita ok je. kita malas je nak update sebab mood kita still tak ok. kita repeat eh, kita ok. mood je yang tak ok. heheh.

kita kan tadi pegi stesen bas nak cari tiket nak balik kelantan malam ni. tau tak, tiket dah habis. sedih kita tau. kita ni nak balik makan durian. tak taulah budak mana makan durian kat level kita. bau tau. islam kata kan kalau masak sampai naik bau melayang2 sampai jiran tetangga pun boleh bau, kena sedekah sikit kat jiran tu. even kalau rambutan dia masuk pagar kita boleh petik je. tak haram dah tu, consideration dia. bau durian tu boleh consider jugak ke? -hehe-

kejap..

kalau ayam kurang dekat malaysia, harga naik ke turun? mestilah naik kan. hehe. tak de lah. bukan nak tanya pasal tu sebenarnya. tu soalan sorang abang suruh kita jawab lepas kita tanya pasal investment. lepas tu dia cakap kita slow. kita tau la interest naik kalau duit kurang dalam sistem. gerrrr. abang, rather slow than ull get nothing if u move too fast. abang nak move fast2 abang move lah asalkan abang faham.

dah, dah..

sebenarnya kan pasal ayam jugak, kalau ayam tu bertelur bawah kita punya rumah, telur dia boleh tak kita ambik? haram ke halal? sebab kan, biasa la kita kan duk kampung, duk ceruk tok kun kan. segala jenis binatang ternakan pun ada. ayam, itik, angsa, ayam belanda, lembu, kerbau, kambing, burung hantu. hehe.

lepas tu kan, ada la almari lama ni dah tak nak guna dah, nak letak dalam stor tak muat dah. jadi kita letak kat luar stor. stor tu attach dengan kita punya rumah. jadi almari tu dalam kawasan rumah kita la jugak kan. lepas tu kan, ayam sapa entah suka je bertelur kat atas almari tu. bertelur tu satu hal, dia bising pulak. biasa la ayam kan, bertelur sebiji riuh sekampung.


bukan ayam ni. ni ayam educated. datang dari google kot. heheh.

hari tu kan, ma kita kejar ayam tu sampai tersadung kaki dia sampai jatuh tau. sampai lebam kaki dia. laknat kau ayam. dan kan, kita amik la telur dia. tapi kita tak makan tau, kita buat masker. hehe.

and again, demokrasi kah kampung aku sedangkan ayam bertelur tak boleh suarakan kat bapak ayam dan mak ayam itu? biasalah kita kan rakyat malaysia. penuh dengan sopan santun luaran. i repeat, luaran! contoh ye contoh..

bayangkan ini..

ehem.

jiran anda, joyah datang rumah anda tengah2 malam semata-mata nak cerita anak mak cik selamah sebelah rumah kahwin dengan seman jual ikan kat thailand. sedangkan anda sedang syok tengok gerak khas. jiran anda membawa seorang anak lelakinya, mohd ahad yg berumor 5 tahun setengah yang sangat nakal tak hengat.

joyah : maaplah ...... (nama anda) aku datang ganggu ko tengah2 malam ni.

anda: eh, tak pe. masuk le. masuk ahad. (tak tau ke aku nak tengok tb? menyibok je.) hehe. (sengih tak ikhlas)

joyah : ko tau tak si limah, ala anak si selamah. semalam orang cakap dia lari pegi thailand dengan si seman tu nak kawin. ko tau la kan. selamah tu bukan berkenan dengan si seman tu. orang cakap dah berisi si limah tu. sebab tu sanggup tinggal mak bapak. potpetpotpetpotpetpotpet..

anda : iye ke?

joyah : iye. kalau tak caya..potpetpotpet..

dan tetiba..

pranggggggg!!!
"auntie, you really should kill me!''


pecahlah pasu anda sebijik. lihat je lah anda dengan muka toya.

joyah : masyaallah budak ni tengok apa ko dah buat. aku piat jugak telinga tu karang. maap la .... (nama anda). ahad, mintak maap dengan mak cik ..... (nama anda) cepat.

anda : hehe. tak pe. hehe. nak buat macam mana budak-budak. hehe. dah pasu tu nak pecah. hehe. kalau ahad tak pecahkan, pecah jugak dia sebab dah takdir nak pecah. hehe. (subhanallah, walhamdulillah, walailahailallah, allahuakbar. astarghfirullahal'azim, astarghfirullahal'azim, astarghfirullahal'azim..mak dia pun tak faham2 ke ya ALLAH tolonglah. bodoh, bangang.)

see?

kadang-kadang kita disakiti sebab kita tak nak orang lain sakit. kan? tapi ada jugak yang tak pe dia sakit asalkan aku tak sakit. ada yang bila dia salah kita diamkan. selawat berbakul-bakul nak bagi sabar. tapi bila kita buat kesalahan yg sama, berbakul-bakul pulak kita kena sumpahan. berbakul-bakul jugaklah selawat kita nak tahan.

ps: malam ni saya nampak ada bulan sabit yang sangat cantik. -hehe-

the end. =)

quote of the day :

"There are three types of people in this world: those who make things happen, those who watch things happen and those who wonder what happened."