saya kena tag dengan cik adik manis ni nama dia izzah. sila klik sini..
cik adik manis izzah ni sebenarnya kawan satu batch. tak pernah sekelas. pernah sebilik dengan kawan sekelas saya merangkap saya punya closeeee friends kat shah alam. jadi saya kenal la cik adik manis izzah ni. dan pernah cakap2 sikit macam tu je lah. dan say hi you hi me kalau jumpa kat toilet ke, terserempak kat level ke. he-he.
okeh, tag here me go.. (macam pernah buat sebenarnya.. tapi tak pe. cik adik manis izzah punya pasal..)
7 fakta tentang genie:
1. genie seorang yg suka cari masalah besar.
2. genie tak suka orang membebel panjang. kalau kena bebel, senyap je. tak kira lah genie tu sebenarnya salah ke tidak. bagi genie senyap itu adalah jalan terbaik.
3. kawan baik genie ialah chah, yang dia kenal masa form 4 dan yani, yg dia kenal dari darjah dua. juga adda yg dulunya pernah jadi seorang yg suka kutuk genie.
4. kalau naik kereta, genie suka buka selipar dan bersila atas kerusi.
5. genie suka buang handphone dia merata kalau kat rumah. sekejap handphone tu boleh ada kat bawah kerusi dan sekejap lagi handphone tu boleh ada kat bawah meja makan.
6. genie seorang yg sensitif dan sangat mudah memaafkan kesalahan seseorang dan sebab itu selalu kena main!
7. genie suka berkawan dan mempersilakan sesapa saja yang nak berkawan dengan genie. genie suka semua kawan2 dunia blog dia sebab diorang cool dan sentiasa bagi nasihat!!! genie sayang mereka!!!
7 perkara menakutkan genie di dunia:
1. gagal.
2. kehilangan org yg paling disayangi.
3. ALLAH tak meredhai hidup genie kat dunia ni.
4. takut orang salah tafsir diri genie.
5. semua impian satu pun tak tercapai.
6. andartu. atau tak kawin sampai kong. tapi kalau takdir nak buat camana.
7. kena culik.
7 lagu buat masa skrg:
1. timeless.
2. i hate this part rite here- pushicat dolls. (adik saya sebut gitu)
3. lagu2 best dlm fly.fm. genie dengar je. nama lagu tatau. tanak amik tau. huhu.
4. ost my girl.
5. lagu F4
6. lagu tom-tom bak. ha-ha.
7. mencintaimu - kd
7 perkara genie selalu sebut:
1. yela tu..
2. YA ALLAH..
3. yer.. (menyahut ma panggil)
4. em..
5. oooooo..
6. eh?
7. ish..
7 pertama kali dalam hidup genie:
1. pertama kali genie masuk spital masa 6 tahun. kes tiru magician cucuk batang ais krim dalam lubang hidung.
2. pertama kali naik bus sendiri2 dengan member masa form 1 pegi bandar tanah merah.
3. pertama kali bawak motor masa form 5.
4. pertama kali dapat hadiah birthday masa form 4.
5. pertama kali jatuh cinta mati masa form 5.
6. pertama kali ada handphone masa form 4. its nokia 3310 kakak genie punya. genie pakai sampai sekarang.
7. pertama kali jejak kaki kat kl masa first sem di uitm. its 2006.
okeh..tanak tag sesapa..
Tuesday, December 02, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 love bugs bites:
hehe. dah buat tag nih jugak.
haha
haha.tuhla pasal tanak tag sesapa..hihihi..
Post a Comment