Wednesday, September 17, 2008

upset.

because i have to pay 9 marks for a stupid careless in financial reporting test this morning.

damn!

it left me another 45-9=36 marks.
(ye lah. tu tak tolak yang tak careless tapi salah lagi..)

damn kuasa dua.

ini mengingatkan saya dengan bebelan lecturer financial reporting saya hari tu. its all about the issue to convert back mathematic and science in malay.

lecturer saya kata :

the problem is not the students. its the teachers.
sesetengah cikgu langsung tak gheti english.

dan kita suka judge orang melalui result peperiksaan dia. contohnya kalau budak darjah nam amik upsr tu, dapat 5A baru bagus. even kalau dapat 4A dah tak bagus.

hal ini telah menyebabkan kanak-kanak zaman sekarang hidup dalam tekanan. sehingga ada yang sudah membunuh diri hanya kerana gagal dalam upsr! dan erti kata gagal itu hanya kerana mendapat 4A.

samalah dengan memilih kursus di universiti. kalau pilih doktor baru nampak bagus.
belajar oversea baru nampak bagus.

-eceh, sekema pulak bahasa genie-

hal in tidak berlaku di luar negara kerana mereka tidak meletakkan tekanan kepada kanak-kanak pada tahap umur 12 tahun ke bawah. mereka lebih mementingkan kanak-kanak untuk belajar apa itu kehidupan dan bersosial. dengan cara sihat maksud saya. di ireland, kanak-kanak tadika di ajar menjahit! ini juga tidak bermakna mereka menjahit setiap hari. ada la tu aktiviti yang saya sendiri tak tahu.

pada lecturer saya, dia tidak mementingkan result anaknya tetapi yang dia ingin lihat effort yang telah anak dia berikan.

itu bagus!

tapi kita tidak boleh mengelak untuk menghakimi kepandaian seseorang daripada resultnya. manusia seperti saya yang suka buat tebiat careless dalam exam akan sangat kesian. saya cepat menggelabah.

saya kesian!

berbalik kepada issue untuk menukar balik matematik dan sains dalam bahasa melayu, setuju tak setuju saya tak ada hak untuk menentang atau menyokong. sebab buang karan je. saya hanya orang biasa yang kata-katanya jarang diambil kira.

tapi bagi saya, sedangkan saya yang kepala ada sedikit beku otaknya boleh adapt apabila bertukar environment daripada form 5 di mana saya belajar dalam bahasa melayu sepenuhnya kecuali subjek bahasa inggeris, ke uitm di mana semua subjek saya belajar dalam bahasa inggeris. (walaupun kadang-kadang untuk menulis dalam bahasa inggeris itu memerlukan mood yang baik).

inikan pula kanak-kanak yang masih kecil yang senang untuk adapt benda baru. kalau tidak orang lama2 tidak akan mencipta peribahasa "melentur buluh biarlah dari rebungnya". adik saya yang berumur lapan tahun sudah pandai bercakap dalam bahasa inggeris ketika dia masih berumur 6 tahun, kesan daripada berebut channel dengan saya untuk menonton cartoon network ataupun disney channel. dan kadang-kadang dia tahu maksud perkataan yang saya tak tahu.

jadi, bersetuju dengan kata-kata lecturer saya, ini semua masalah cikgu2, bukan students.

satu cerita dari anaknya,

cikgu biologi yang mengajar anaknya itu tidak tahu langsung untuk mengajar dalam bahasa inggeris. jadi dia mengabil sepenuh peluang dengan satu lagi inovasi kerajaan dalam membantu guru2 mengajar - iaitu memasang cd dan membiarkan lap top itu yang mengajar studentnya.

sehingga budak-budak itu berasa sangat bosan dan apabila habis sahaja sesi pembelajaran itu, students lelaki yang agak nakal di belakang kelas bangun dan berkata,

"terima kasih..................................... lap top!"

saya rasa, saya juga akan bertindak sedemikian.

fikirkanlah wahai bangsaku!

-amboih! sodap berkato-kato-

..............................................

dah lah. nak tido. semalam tak tido sebab best sangat study financial. saya suka financial accounting. wahaha. financial rocks!

2 love bugs bites:

farah aminuddin said...

huhu..mindset org kite yg mmg da payah nk ubah =p

btw selamat hari raya genie =)

Genie said...

tuh la pasal. dah xbley nak kata pape.. hihi..

selamat hari raya kak farah!! jangan sedih2 yer raya kat sana..!