Thursday, September 25, 2008

happy birthday abah!

hari ni birthday abah saya. dan abah saya sangat cool.


abah & ma


abah, walaupun tidak pernah ku katakan (kerana malu!) ku sayang abah!! terima kasih kerana jadi seorang abah yang sangat baik, penyayang, dan sangat cool! maaf kerana diriku ini bukanlah sorang anak yang baik. asyik mengikis harta bapaknya saja...

wah syahdu..

abah saya cool kerana:

1. dia sangat gigih. refer to this post. selain daripada kerja tetap, dia mengusahakan kebun tanaman pisang dan getah hasil usahasama kami anak beranak. saya akan tolong sikit2 bila time nak membaja anak pokok getah dan adik2 lelaki tolong tanam anak2 pokok pisang. abah gigih! saya bangga dengan abah!!! abah pegi keja dari pukul 8 sampai petang, petang pegi kebun, malam berkhidmat kepada politiknya.

2. masuk tahun ni abah dah berumur 53 tahun. abah masuk politik start umur dia 20 sampai sekarang tak pernah perit atau serik dipermainkan orang.

3. abah kongsi tarikh lahir dengan dato' mustapha mohammed dan anak2 buah abah dalam politik akan celebrate birthday abah dan dato' pa sesama.

4. abah paling cool bila dia dapat merasakan bilanya time saya tak de duit. satu hari semasa intersesi, saya telah habiskan duit yang abah baru je bagi dengan shopping2 baju. (saya dah kata saya anak yang suka mengikis harta bapaknya. heee). setelah balik ke kolej saya gelisah menggeletis memikirkan ayat2 yang sesuai untuk dikarang untuk memintak duit. sampai ke bilik air pun saya masih pikir2 lagi. balik2 bilik saya dapat satu msg dari abah yang berbunyi, (eceh!) "duit ada lagi?". dan saya anak yg mengikis gheter bapak ini berkata, "xdok doh abah. hehehehehehe. " ..... dan memang kerap abah bertanya bila saya dah tak de duit dan tengah gelisah mengarang ayat meminta top up allowance. heee...

5. masa kecik2 dulu abah selalu suruh kami adik beradik buat bulatan dan dia akan cerita perit jerih dia untuk berjaya macam sekarang. sebagai anak sulung, abah berkorban dan berkerja ketika pak su nak masuk u untuk tolong pak su.

6. abah suka buat lawak tapi kalau abah tegas memang tegas. orang cakap saya ikut muka abah lagi banyak dari muka ma. tapi tang kaler kulit tu tolak ke tepi ler. heehee...

7. abah sangat tak kisah tang makan. abah suka makan ikan kering goreng lepas tu taruk air dalam nasi konon macam kuah. saya pun terikut2. sodap. tapi tang ni saya dah cerita dulu. tapi nak cerita balik. ma cakap masa kecik2 abah sangat susah sampai nak masak sayur berkuah pun tak mampu. jadi abah buat air tu as kuah..

8. abah tak gheti letih dan tak gheti dok diam. dia cakap kalau dok diam dia akan sakit kepala. saya sentiasa nak buat macam abah tapi saya malas sikit. ...... err.banyak sikit dari sikit tu.

9. abah sangat baik hati dan kadang2 lurus. kalau nak tipu abah saya memang senang. ada sorang tu jual kereta dekat abah sebab financial problem, abah yang mudah kesian dengan orang terus setuju nak beli. beli je, banyak pulak kena repair kereta tu, luar nampak baru. dalamnya, radio pun dicabutnyer..

10. abah saya cool!!

p/s : abah saya tak baca blog saya jadi saya tidak berniat untuk up duit raya ketika post ini ditulih. hehe..


SELAMAT HARI LAHIR ABAH. SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI DAN KELUARGA KITA BAHAGIA SELAMANYA..

I LOVE MY FAMILY!!!

p/s2 : tak ada apa lagi yang saya perlukan selain dari family saya. saya ada 9 orang adik beradik. tambah sorang kakak ipar dan sorang anak sedara yang sangat comel. keluarga saya BESAR. dan itu yang buat tambah meriah. tak sabar nak raya sebab kalau raya kami akan buat kenduri bbq. heh........... wah, nak balik! nak balik!!!!!!!!

2 love bugs bites:

farah aminuddin said...

abah kite ade similarities... =)
tp xpernah nak ckp depan abah yg anaknye ni sangat mengaguminya.. segan!ehe

ur dad mmg cool
kak farah rs sedih bc yg no 7 tu.. psl jadikan air sebagai kuah.. sedihnya.. susahnye org dulu2.. syukur sgt skarang dh senang =)

Genie said...

kak farah,
yg num 7 tu genie pn terikut jgk. best pulak sebab kalau makan nasi dengan ikan kering, taruk air, nanti ikan kering tu tak masin sangat rasa dia. he-he..

abah kita sama-sama cool. sebab abah kita ada similarities kan.. hhihi.