Thursday, August 14, 2008

itchy ouchy =(

badan saya gatal2. orang kata kena kelopak garam ke hape? saya pun tatau. semalam dalam kelas bahasa korea saya tergaru2 macam kera kena belacan. (kalau kera kena belacan kenapa? adakah kera ialah spesis yang ada resdung macam saya..???)

so, saya tak sure kenapa badan saya gatal2. maybe sebab saya tersengaja makan nasi lemak semalam. inilah nasib orang yang ada resdung dan alahan kepada makanan.

alahan kepada makanan?

selama saya hidup ni saya tak makan. saya minum je. sebab tu saya macam papan bergerak..

......

saya tipu.

saya makan. tapi nasi putih dengan ayam goreng je. macam dalam post di bawah..

oleh kerana semalam saya tersengaja makan nasi lemak, satu badan saya gatal2. ruam2. semalam muka saya membengkak dan mata saya ikut sama bengkak. sampai nak buka mata pun tak boleh.

saya malu.

lalu saya pura2 tidur sambil menekup muka dengan bantal.

tapi kalau dah gatal satu badan tu, macamana nak tidur. lalu saya bangun dan saya tergaru2 macam orang tak mandi 20 hari.

*saya masih tergaru2 semasa menulis post ini*

okeh sambung.

selepas melihat saya tergaru2 tak cukup tangan dan berputar2 terbelit2 tangan seperti planet2 mengorbit matahari, dengan muka kesian, roomate saya suggest saya pegi jumpa doktor.

saya pegi..

doktor cakap saya alahan kepada makanan. dan dia nak bagi injection.

saya kata ok. no problem. saya tak takut jarum..

............................

er,, saya tipu lagi..

saya tak cakap apa2. sebab dah lama saya tak kena inject. kali terakhir injection masa darjah enam. saya kebal. saya susah kena penyakit sebab tu dah lama saya tak kena inject. ehehehe. perasan.

saya setuju untuk di inject. namun nurse itu tidak memberi option kepada saya lalu berkata,
"inject dekat bontot ok eh??"

saya terus..

bontot????????? no way!!!!. itu tempat terlarang. (dalam hati..)

sebab mulut terus kaku nak berkata2.

doktor tu pulak..
"ok dekat bontot? cepat sikit kesan dia.."

note : doktor itu lelaki.

dalam hati saya berkata "adakah ini sesi dan masa yang sesuai untuk mengambil kesempatan ke atas insan yang tidak berdaya..???"

eceh.

saya terus terkaku dan terkaku sampai tak tahu nak kata apa2. lalu nurse itu berkata..
"ke nak inject dekat lengan? tapi kalau lengan sakit sikit la.."

saya terus kata.
"dekat lengan je lah."
-saya tak kisah sakit macamana pun asalkan tak inject dekat bontot. mati idup semula pun saya tak bagi. masa darjah satu dulu bolehlah-

dan doktor tu inject dekat lengan.

dan ternyata sakit. tapi tak sangat.

konon saya macho..

dan dia bagi ubat makan dan sapu.

lepas kena inject, terus ruam2 gatal hilang. tapi saya yang nak pitam dan rasa nak muntah. nasib baik saya tak cium jalan. pening semacam. effect ubat kot.

nasib baik tak demam kena inject.

saya di cas rm 50 untuk service selama 5 minit.

yang bagusnya, ruam tu naik lagi satu badan hari ni hah. muka pun jadi merah. mata still bengkak. saya pun bengkek je. gatal la. tak tahan. rasa macam nak upah orang je garu. sebab tangan saya dah lenguh.

saya ponteng kelas dan kuiz. nasib baik doktor bagi mc.

...........................................................................................................................................................

sedikit review untuk pemberontakan pelajar uitm.. (err, itu yg utusan malaysia tulis..)





saya tak sangka isu ni akan masuk front page paper semalam.

note : saya tak menyertai demonstrasi keamanan ini.

sebab saya lebih suka berada dalam keadaan berdiam diri dan menanti apa yang akan jadi lepas ni. tapi bukanlah niat saya untuk menjadi pengkhianat bangsa seperti yang member2 saya bahaskan.

sebab, saya tahu isu ini akan reda dalam masa yang terdekat. itu yang selalu terjadi.

dan saya rasa apa gunanya kita memberontak sedangkan kita tidak berkuasa. mak bapak kita bukan perdana menteri.

saya juga rasa pemberontakan ini lebih kepada ketidakpuasan hati dalam mainan politik. tapi saya juga bukan penyokong pembankang. kerana pemberontakan ini tidak berlaku semasa kerajaan bagi kuota 40% pinjaman kepada bukan bumiputera dan juga bila 10% kuota untuk bukan bumiputera masuk mrsm. jadi apa bezanya uitm dan mrsm? bukankah kedua2nya dibawah MARA?

MARA ialah majlis amanah rakyat. rakyat malaysia bukan orang melayu sahaja.

tapi untuk komen2 lebih2 saya rasa pengetahuan saya masih cetek. kita redha dan tunggu saja apa nak jadi seterusnya.

ok????

ok...

saya nak pegi garu menggaru. aduh tak tahan..

5 love bugs bites:

13may said...

nak saya tolong garu ker???

hehhe hehhe

Genie said...

encik 13may,
haha. dah hilang dah ruam2 tu. terima kasih yer kerana menawarkan diri. malangnya sudah terlambat..
hahahaha..

liyananaznim said...

mai aii.. kesiannye tergaru2.. huhuhu
nasib baik boleh pilih nak inject kat mane. hehehehe

doc tak bagi antibiotik yang utk makan tu ke?

farah aminuddin said...

kesian la genie =( kalau akak kt tempat genie pun, akak rs mcm xleh thn.. sabar ye dik..

btw akak pun ngeri kalo dgr inject kt bontot ni..hua3...

Genie said...

kak yana,
doc bagi ubat alahan dengan ubat tahan gatal je..
huhu..

kak farah,
hah tu lah pasal. inject pun ngeri. inikan pulak dekat bontot.
hihihi..