Sunday, July 27, 2008

untung ada jinny.

heh-he..

sounds good kan? i do feel good. sebab dekat rumah semuanya ok.

saya bahagia bersama irin. irin suka saya sampai tak boleh berenggang. itu yang paling saya suka. sampai mama sendiri dia lupa. dan semua orang pelik. hi-hi. saya tahu irin suka saya sebab saya lovable. ha-ha. yang penting rupa keibuan perlu ada. hah-hah-hah-ha. memang tak boleh berenggang. saya masuk toilet pun dia meraung bagai. saya masuk dapur pun tak boleh. kalau boleh dia nak saya sentiasa dengan dia. orang lain nak dukung dia tak nak. i feel sooo happy and its so nice to be happy.

irin is a very good motivator. motivator yang paling kecik dalam dunia. with her, i feel positive about everything. semangat untuk hidup datang berkobar-kobar.

saya masih di ayer lanas. esok saya ponteng kelas. ponteng sekali-sekala tak pe kan?

i currently reading 'seribu kali sayang'. terbitan alaf 21 dan penulis dia anis ayuni. dah lama tak beli novel dan disebabkan tak nak rasa boring dalam train masa balik hari tu, saya beli novel sebijik. dan saya jatuh hati dengan ungkapan ni..

"kita patut bersyukur kerana hari ini kita masih bangun sendiri; bukan orang lain yang 'mengejutkan' kita. kita mandi sendiri; bukan orang lain yang memandikan kita. kita pilih dan pakai sendiri baju; bukan orang lain yang pilih dan pakaikan kita baju kerana jika dia yang memilih dan memakaikannya sudah tentulah bajunya dari kain yang berwarna putih. kita berjalan sendiri keluar dari rumah; bukan orang lain yang membawa kita keluar. kita boleh membaca sendiri; bukan orang lain yang bacakan untuk kita. bersyukurlah kerana ALLAH masih panjangkan umur kita.."

kadang-kadang saya redha pasal stone cold. kadang-kadang saya rasa macam ada something yang menekan untuk sentiasa sayangi dia. dan buatkan hati saya sangat sakit. nak meletup.

saya rasa bersalah. jika cinta seorang yang sangat tak cantik kepada orang yang handsome itu satu kesilapan dan dosa, saya minta maaf banyak2 dekat stone cold. bukan kehendak saya untuk dilahirkan begini dan bukan kehendak saya jugak mencintai orang macam stone cold. kalau boleh saya nak undurkan balik masa. biar pertemuan antara saya dengan stone cold tak pernah ada. tapi saya hanya manusia biasa. setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. saya percaya itu. dan saya harap, hikmahnya adalah yang terbaik. semoga berbahagia.

-dah sedih pulak-

okey.

terima kasih kepada yang buang masa baca blog saya yang boring.

- tengah tengok jangan lupa lirik. dan nak pegi makan pengat durian. jangan jeles =)

7 love bugs bites:

marjerin said...

kim salam kat irin tuh..hehehe

meoow

Genie said...

marjerin..
irin cakap, waalaikumussalam uncle marjerin..
meaoowwwww....!!!!!

KAKTINY said...

bersyukurlah sbb dpt makan pengat durian dan tgk jangan lupa lirik tuh.. hihihii

13may said...

irin makan tak pengat durian tuh??

hehhe hehhe

Genie said...

kak tiny..
hihihi. amin ya rabbal alamin...

13may..
tu la pasal. irin tu asal kita yang suap, dia telan je. nasi kita yang pedas pun dia nak makan kalau kita yang suap. kita suap durian pun dia makan. asalnya ma kita cakap dia tak makan durian.

heh-he..

sangat saaayyyyaaannnggggg irin......

farah aminuddin said...

genie,
means frh tua drpd genie 1thn 1 hari la kan.. ehe... cute lor..

Genie said...

farah..
haah,haah,haah..
cool banget..