pernahkah anda terfikir. kenapa ikan sardin di-cap ayam-kan? pernah beli ikan sardin dalam tin yang cap ayam tu kan? ikan tapi cap ayam. orang tua2 kata, tak boleh makan makanan laut, campur dengan makanan darat sekaligus. contohnya, kalau makan ikan, tak boleh makan ayam. maksud saya dalam masa time makan yang sama. kenapa, saya kurang arif sebab saya dengar je. lagipun orang tua2 dulu banyak pantang larang. tapi semestinya saya rasa tak akan ada kaitan dengan sardin cap ayam itu. pasal pantang larang tu, saya tak ikut pun, bedal je apa yang terhidang.
orang kata pantang larang ada sebab disebaliknya. contoh yang paling mudah, orang tua2 larang duduk atas bantal. alasannya, nanti bontot naik bisul. padahalnya, larangan tu untuk mengelak bantal tu pecah sebab orang dulu2 pakai bantal kekabu je dan memang la mudah pecah. kalau sekarang ni bantal pun korang beli dekat smart shop, korang duduk lompat2 pun saya rasa possibility nak pecah tu kurang. dan sebab yang lainnya, tak elok la nanti benda yang kita letak bontot, nanti kita letak kepala pulak. duduk je tak apa, nanti ntah apa2 yang ditinggalkan kat situ pun tatau. kalau yang dapat dikesan tak pe, ni... ada kes yang pantang larang tu betul2 jadi. ni berlaku dalam family saya, akibat tak nak dengar cakap orang tua, bontot dia betul naik bisul sebab duduk atas bantal.
pantang larang lain yang saya pernah dengar, jangan makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng. memang menakutkan la larangan tu kan? kalau saya pun, terus percaya dan tak nak makan dan tak kan makan punya lah. tapi larangan tu sebenarnya sebab orang tua2 tu yang nak makan leher ayam tu. sebab, leher ayam ada satu je. kalau bahagian lain macam paha, kepak, semua ada dua dan kalau kita makan satu, lagi satu still ada. leher ayam best kan? kalau pegi pasar malam ada yang jual yang salut tepung jadi macam kfc la kononnya tu.
orang tua2 jugak cakap, anak dara tak elok menyanyi kat dapur. nanti kahwin lelaki tua. pantang larang ni sama la jugak dengan anak dara tak baik duk mengumpat kat tangga. kalau tak mengumpat pun, duk bersusun kat tangga cari kutu kat kepala, pun tak elok. sebabnya tak elok kalau orang nampak nanti. tak manis kata orang.
antara pantang larang bagus yang pernah saya dengar :-
1. jangan menjahit di badan, nanti tak lepas hutang.
2. jangan bangun lewat, nanti lambat dapat jodoh.
3. jangan makan bertindih pinggan, nanti jadi madu orang.
4. jangan makan berubah tempat nanti kawin ramai.
5. jangan makan kepala ikan nanti jadi bodoh. - ha, ni sama la macam jangan makan leher ayam tu, sebab dia kot kan?-
6. jangan angkat kaki masa meniarap nanti emak mati. -ni melampau ni. menakutkan pun-
7. makan pisang kembar, nanti beranak kembar.
8. tidur lepas makan nanti perut buncit.
9. dilarang bersiul dalam rumah nanti ular masuk.
10. tak boleh tunjuk pelangi nanti jari kudung.
dan antara pantang larang yang tak pernah saya dengar :-
1. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang. - bagi org lelaki-
2. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
3. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
4. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
5. Tidak boleh menghembus mulut bayi, nanti menjadi bisu.
6. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
7. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
ok, thats it. tapi yang semestinya pantang larang orang tua semua ada yang tersiratnya. cuma semua terpulang kepada kita nak ikut ke tak. tapi kalau pantang larang orang mengandung tu macam takut je kalau tak ikut. macam, jangan makan kicap nanti anak jadi hitam. jangan cederakan binatang nanti anak jadi cacat. the father jangan pegi mancing nanti anak jadi sumbing. tapi pasal ni kan, kalau kerja dia jual ikan dan cara dapat ikan tu cam tu susah la kan? so, saya rasa yang patut ikut, kita ikut. yang melampau tu jangan la.
ma saya cerita, dulu2 masa mengandung, kalau dia nak siang ikan dia akan pesan dulu kat baby dalam perut. macam ni "ma nak siang ikan ni,bangun ye.."
ha, cam tu. dan ada kisah orang2 dekat sini jugak. si ibu ni memang hobi la kot korek mata ikan sebelum dia siang ikan tu. and then time tu dia lupa yang dia tengah mengandung so anak dia keluar je mata ada sikit tak sempurna.
tapi, itu mungkin nak dijadikan cerita je kan sebab kerja ALLAH kita tak tahu.
kalau pantang larang dalam hutan macam jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan or jangan cakap besar ketika di hutan, saya rasa better ikut sebab tak tahu ada penunggu mana tengah tunggu.
-atas cakap pasal ikan cap ayam tapi tetiba keluar pasal pantang larang. hehe. skema pulak tu.-
so, nasib saya baik. daripada tak tahu apa nak tulis, kepada tulis menulis yang panjang berjela-jela..
.....................
Tuesday, July 08, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 love bugs bites:
hha!~yg angkat kaki mase meniarap tu...
punye la akak percaye mase kecik2 tu..pantang tu!~hak!~
scary btoll...siap soh adik2 pn jgn buat lg..haha!~
padehal,xde pape pn..
kak mar..
haha. tuh la pasal. pantang paling besar tu masa kecik2 dulu.. menakutkan giler.
hihihi..
me wonder, anak2 zaman sekarang still ikut n pecaya ke pantang larang cam tu eh???
Post a Comment