Tuesday, June 17, 2008

sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk sukan olimpik jugak!!

hari tu kan saya keja part time dekat jom heboh dekat bukit jalil. haah, dah lama la jugak. saya kan tengah buat intersesi kan. jadi kalau intersesi saya kena depend 100% dekat abah saya. jadi saya kesian la dekat dia. saya anak yang baik. he-he.

jadi the story goes..

first day dah lambat sebab salah naik tren. apakah dugaan itu? tapi nasib baik bos belum sampai lagi time tu kan.

jadi keja saya adalah:

1. bagi flyers dekat orang yang lalu lalang..



tanak tunjuk muka. sangatlah hodoh ok...

hari first tu kan, dah orang suruh kita bagi flyers, saya bedal je lah. bagi je lah. kat mak cik, kat nenek, kat teenagers, kat adik2 kecik. yang saya tahu flyers saya habeh. tengah panas pulak tu kan. masa tu tak pikir lain, tak pe lah kan. nampak duit je time tu.

lepas tu kan hari yg second kan baru la dia cakap, target customer diorang kan orang2 yang dah kahwin, uncle2 yang nampak cam dah keja, orang2 yang nampak cam dah keja.

ps: sebenarnya saya tahu je sebab kitorang bagi flyers pasal pad untuk kesihatan badan. untuk hilangkan lenguh2 badan, buang toksin dalam badan. jadi tak kan la bebudak kecik tu nak kisah kalau saya bagi flyers tu dekat diorang. paling kurang pun diorang buat kipas2. nasib je diorang tak buat kapal terbang kertas kan. sabar je..

ada jugak yang sengal sikit pegi mintak. lepas tu depan2 kita dia lipat buat kipas. boleh? tak marah, kelakar.

okeh sambung. jadi kawan tu ajar la cara yang bagus nak attract customer.

cara dia, bagi flyer, terangkan apa benda tu. kalau orang tu tanak berenti, terangkan je sambil jalan tak kisah..

jadi saya pun ikut la..

dialog saya tak berubah. yang ni je yang saya sebut sampai kering air liur. sampai habis flyers.

'' abang/akak/uncle/miss/aunty ni pad untuk kesihatan. dia boleh hilangkan lenguh2 badan. buang toksin dalam badan. kalau nak try kita ada rawatan percuma kat booth tu.." (sambil menunjuk booth kitorang)

thats it. macam senang je kan? sebenarnya penyeksaan tu memang saya tak boleh bayangkan..

malu pun ada. ada yang nak amik. ada yang buat muka tatau je. ada yang senyum lepas tu cakap tanak, pakai tangan. ada jugak yang lari bila nampak kitorang. ingat aku hantu ke apa.

muka pulak kena maintain senyum ni. rasa cam orang terbantut. tengah panas kul 12 tu, sambil senyum panjangggggg. orang tanak amik, kita senyum. (dalam hati kutuk). orang amik senyum. (dalam hati huh, nasib baik. kalau tak malu aku..)

paling penting, saya tak boleh duduk dari pukul 10 pagi sampai 10 malam. bila dapat duduk kan rasa nikmat gila. tapi rasa sakit yang amat maybe sebab urat2 dah tegang. nak duduk tapi rasa macam tak bertanggungjawab pulak. he-he.

habis flyers kita buat keja ni plak. keja paling stress:

jaga kereta..

basically syarikat tu syarikat jual air minuman untuk tenaga la. jadi ada air mineral, air tin untuk tenaga. saya pun tak paham sebab keja saya bukan nak explain air tu apa kan.

jadi keja jaga kereta ni stress sikit sebab kitorang ada buat pakej ye encik2. beli air dalam kitorang punya pakej ada tiga botol air mineral + tiga tin air minuman untuk tenaga (agak2 macam air 100 plus la) = rm5 = dapat kupon = dapat amik gambar dalam kereta tu.

actually tu kereta ferari yang fairuz fauzy bawak kat jordan. jadi ramai la yang excited kan. yang excited lebeh2 pun ada. memang memenatkan sebab ada yang bila diorang dah tengok ramai2 masuk kan, diorang tambah lagi.macam keadaan sangat tak dapat di tenangkan. kitorang terpaksa berkasar la sikit. kena tanya sengsorang ada kupon ke tak, ada kupon ke tak, ADA KUPON KE TAK (bongok!!! - dalam hati)

pulak tu manusia ni kan bila dia tengok orang serbu tempat tu mesti la semua rasa curious nak tau kan. semua pulak pakat serbu. jadi bertambah gila saya kat situ..

dan ada jugak yang salah faham..

sebenarnya kitorang pakej,

-yang beli air berpakej tu, dapat masuk dalam kereta, amik gambar-

bukan,

-kalau nak ambik gambar kena beli air berpakej tu-

faham?

dan kelebihan dia, satu pakej untuk satu geng. atau satu family. lantak la family ko 20 orang ke belasah je.

jadi kebanyakan manusia yang menyakitkan hati diorang punya niat nak amik gambar je tanak beli air jadi kalau kitorang cakap cam tu macam2 muka la keluar. tu yang tak sporting langsung.

"eleh nak masuk pun kena beli air.."

"saya nak ambik gambar bukan nak beli air"

"alah, nak ambik gambar je bukan apa pun"

ada jugak yang anak2 diorang sampai nangis berguling2 pun kedekut nak keluar 5 ringgit. kesian budak tu. ada yang mak bapak dia marah dekat kitorang pun ada.

"nak masuk pun kena bayar."

bendul, 5 ringgit je kot. bukan nya kitorang amik 5 ringgit tu free2, pakej beli air kan. nanti jalan2 dahaga bleh minum. ye dak? anak sampai terguling2 nangis tak de hati perut ke.

sorry, emo pulak..

macam kalau saya bagi masuk je, tak adil la kat orang yang bayar semata-mata nak amik gambar kan. ada jugak yang cam tu tau. mak bapak dia sporting gila. ada jugak yang mak bapak yang lebih2, anak nangis2 takut nak masuk.

dan ayat yang saya pakai sampai la dah nak termuntah..

"ok, kita ada pakej. beli air tu. yg tersusun atas kereta tu, 3 air mineral 3 air tin untuk lima ringgit. nanti kita bagi kupon, boleh masuk dalam kereta ambik gambar. ni kira pakej la sebab kalau akak/abang/uncle/aunty beli air mineral tu satu botol seringgit satu. air tin tu rm1.50 " -senyum-

gosip sikit..

dan kan, mak raja azura marah saya sebab tak bagi cucu dia amik gambar. mak dia kan, bila tengok semua bebudak masuk, dia bagi la cucu dia masuk. saya pun pegi la tanya..

saya : mak cik ada kupon?
mak raja azura : alah nak amik gambar kejap je.. (kasar beb)
saya : tak de kupon tak boleh masuk mak cik.

raja azura tetiba interfere..

raja azura : ni camana nak masuk ni?
saya : -cam biasa saya cakap je lah kan-
raja azura : owh, kena beli air nak bergambor (dia cakap kat mak dia)

-mak dia tak puas hati giler-

lepas tu raja azura keluarkan not rm50.bagi mak dia, mak dia bagi saya.

saya : kena beli kat situ mak cik (tunjuk dalam booth) - (aku cakap 5 hengget je. tau la duit banyak-dalam ati)

-mak dia tebeng muka tak puas hati lagih. sabar je lah. memang sakit ati giler. maap le. artis pun saya kena treat sama. -

dia bawak 3 orang bibik nak jaga anak dia 3 orang. tak senyum pun dekat saya. tatau la kalau bengang kan tak bagi anak dia masuk..

agaknya dalam hati dia kan..

"tak kenal ke aku sapa? tak tengok tb ke? berani kau eh. aku artis tau, kau tu sapa?"

agak je la kan..

tapi tak per la kan. bukannya nak jumpa dia hari2. mak dia memang buat saya tak tahan la.

jadi, pengalaman tu paling penting. dan yang penting buku lali says bengkak sebab seharian tak duduk. dan muka saya dah sunburn. ada sempadan yang sangat ketara antara dalam tudung dan kat luar tudung. he-he.

tapi ingat balik cam best pulak. ye la tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat kena saman. heh. tak de lah. jadi nasihat saya kepada sesapa yang tak mempunyai daya tubuh yang kental, lupakanlah niat nak jadi promoter kat tempat2 panas cam tu. ceh bangga. bak kata pepatah kalau kail panjang sejengkal, pegi la beli yang panjang sikit..

p/s : sakit hati dengan kawan sorang tu. yani kata dia backstab kitorang. mengutuk kat belakang. sekarang ni tatau nak percaya sapa. tapi kata yani ni cerita dari 2 sumber yang sangat boleh dipercayai. jadi saya nak percaya sapa?

saya nak caya yani sebab dia best friend saya. the best. dan akan tetap cakap saya cantik walaupun saya tak cantik dan orang yang amat mengharapkan saya mendapat cinta stone cold walaupun tau saya tak kan dapat.

pasal kawan tu kan saya just nak cakap, kalau tak de angin masakan pokok bergoyang. lain la kalau ada beruk kat atas pokok tu. jadi tepuk dada slow2, tanya selera. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut mata pun lali.

kawan,
aku ingat aku dah boleh recognise kau as best friend. tapi aku silap.
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak masuk sukan olimpik jugak..

-banyak pulak musnahkan peribahasa hari ni-


4 love bugs bites:

liyananaznim said...

ghajinnyerr..... anak saaaape la nih.. hehehe

banyak peribahasa baru nih.. bole ganti karam singh walia..haha

sabar ye jini, biaselah.. hidup ni kene deal ngan mcm2 perangai orang. ;) sabo je la~~

Genie said...

hahaha..anak ma abah memang ghajin dan kuat..hahahaha..

ghajin dalam keterpaksaan je tu kak yana. kalau tak ghajin tu simpan lam stor je lah. hahaha. kalau tak ghajin alamatnya makan angin je lah..

bleh2. nak ganti karam singh walia boleh la sangat. tapi tatau la kalau tgh2 cakap tu kena lempang dgn dia. ha-ha. sbb musnahkan peribahasa..

tq. tgh sabar la ni. n tgh wat edisi siasat. he-he-he..

Rahayu said...

hehe...pttla mcm penah nampak gak..rajinnyela...kite add link ye??

Genie said...

kak rahayu..

hehe. tu la pasal. patut la macam pernah nampak. hehehe. okeh2. sila link. hehehe..