Sempena raya korban yang dah lepas ni kan, aku nak tanya, part mana dalam sekor lembu tu kita tak makan?
mana taknya, hari tu sambil kitorang satu family tengah proses perut lembu (best tau, lekat long lasting fragrance. 2 hari jugak. huhu), kitorang discuss la pasal ni.
dalam sekor lembu, aku rasa semua part kita manfaatkan. mana taknya, bukan setakat daging, limpa, hati, kita makan. tu yang biasa la. yang luar biasa sikit, perut dia kita makan. kenapa perut ayam kita tak makan?eeeyarks. yang lagi advance, sampai lidah, bibir, telinga, otak lembu pun makan. sampai part yang dotdot tu pun makan. aku tak makan la. nauzubillah. geli aku.
setiap tahun pun abah aku paksa aku ambik satu bahagian daging korban tu. tapi dia la yang bayar. kena pegi tahan muka la tengok darah lepas tu niat. mcmana eh niat dia? aku lupa. "blabla satu bahagian dari tujuh bahagian blabla".nasib baik tak jadi fobia mcm kezen aku. fobia nak makan daging lembu coz dia tengok lembu tu kena sembelih, darah keluar memancut.
aku makan la jugak daging, hati, limpa. perut lembu pun aku makan. haha. memang gele mendengarnya, bagi sesetengah orang, tapi try lah. bez..wahaha..
Monday, December 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 love bugs bites:
Post a Comment