Apa tu?? ntah..hehe.maksudnya banyak yang aku nk cerita setelah sebulan senyap tanpa berita. aku sihat. suami? dia pun sihat. anak-anak? sihat jugak. ni dok menendang-nendang ni ha. hahaha. acah aje. abg stone cold? dah declare couple dah. he loves me very much, dun jeles. then, we will live happily ever after. tu yang nak dengar kan? yang sedap didengar. tapi sebenarnya aku acah jugak tu. mana ada stone cold nak kan ropa ini. so, bila dah lama tak tulis ni banyak pulak yang nak di tulis. antaranya:
1. dato' wa dan kisah cinta zaman remajanya.
dato' wa tu abang aku. tengok2 la cerita kat bawah yer. alkisahnya hari tu kitorang satu family jumpa album lama. then terkeluar cerita cinta dato' wa bila jumpa gambar dia masa sekolah menengah dulu. alkisahnya, masa sekolah menengah dulu dia masuk pancaragam. kak ipar pun sama masa tu. (cerita ni atas ihsan kak ipar. hehehe) nak dijadikan cerita, abg aku mmg pandai main music instrumen ni semua. semua? ye semua. dia boleh main by heart. meaning tak payah pakai note. dia ditugaskan ganti cikgu dia. kak ipar cakap, semua orang, abg aku ajar melainkan kak ipar. apalagi bengang la dia. satu hari, hari tu ada pertandingan, kak ipar nk balas dendam, dia sorokkan kasut so dato' wa ni kat dalam bilik muzik. padan muka kan? lepas tu nanar lah abg aku cari. last2 terpaksa la dia pinjam kasut member yg amat ketat. lepas habis show diorang (eceh, show) baru kak ipar bagi kasut tu. dari situlah diorang kenal dan terus kapel. sampai baru kahwin last year selepas 10 tahun bercinta dan dah dapat sorang anak. hehehehe.. dan rupanya abg aku ada bakat yang amat besar. nak bangga sket. hehe. masa dia kecik, dia menang pelakon terbaik dalam pementasan teater kanak-kanak peringkat kebangsaan. sekarang ni pun dia main muzik. alkisahnya tamat......
2. kisah adik, wiwi dan siti sarapewi...
wiwi tu nama kucing. siti sarapewi? tu nama karut marut member aku yang reka bila ada sorang mamat ni nak adjust dia. hari tu nenek sedara datang rumah. dia tengok la kucing2 kitorang yang comel2. comel tau. ada 11 ekor semuanya. ramaikan? jadi dia dah berkenan dengan kucing2 tu. ma ngan abah pulak bagi lampu hijau walaupun adik tak kasi. sebenarnya dah ramai yang mintak tapi tak nak kasi. mak cik belakang rumah, member2 aku, member2 abah. kak ipar. nenek. sepupu. orang datang cek bil api, bil air. nasib baik tm tak hantar. postman. semua datang mintak. tapi tak kasi. jadi terpaksalah mengalah. tapi nenek sedara ni memang tak de hati perut. maksud aku, sanggup dia pisahkan wiwi dengan adik beradiknya yang lain. wiwi pun still menyusu. jahat kan?? dia berkenankan wiwi. jadi ambillah dia bawak balik. apa lagi meraunglah adik aku. disebabkan wiwi dah tak de dengan kami, aku try buat lawak. kononnya wiwi tu nama panjang dia siti sarapewi. apalagi satu rumah gelak. adik pulak lepas habis sawan kucing (sawan kucing=malam lepas nenek sedara ambik wiwi, adik berkelakuan aneh. cakar-cakar karpet kononnya jumpa harta karun.dia tanda x atas karpet tu dan cakap "ha ni dia harta karun".lepas tu dia cakar-cakar karpet macam gali sumting la kononnya. kesian) sambung yang di atas, adik terus bagi nama panjang kat semua kucing2 dia dan ambik dari nama sarapewi tu. tak paham? ni aku tulis ye...
-tom = mohd sarapetom (sbb jantan)
-jerry = mohd sarajerry.
-cici = siti sarapeci
-sibu = siti sarapebu.
-kiki = siti sarapeki.
-nemo = mohd sarapemo.
-tiger = siti sarapaiger.
-lion = saralion (xtau jantan betina la.kena tanya adik sbb dia advance)
dah hbs da.yang lain tu ibu kpd diorang di atas=kitty dan sekor ibu tumpang yang tua tu..alkisah adik tamat.....!!!!!!
dah. dah penat. sambung nanti. have a good day stone cold!! =)
Monday, December 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 love bugs bites:
Post a Comment