Tuesday, October 23, 2007

Aku tak serik nak naik keretapi lagi!!

Post ini ditulis pada hari ini bertarikh 18 oktober 2007. malas nak turun g cc. lagipun aku masih letih sebab baru sampai dari kampung. Selamat hari raya aku ucapkan kat semua. Yang baca blog aku dan yang tak pernah tahu pun kewujudan blog aku ni. hehe.

Raya tahun ni macam tak sama dengan tahun lepas. Aku tak tahu kenapa. Walaupun tahun ni bertambah ahli keluarga. Raya macam biasa je. Tambah2 baju raya aku tak kena dengan cita rasa aku. Aku g tempah baju raya dengan sorang ustazah ni. dia mengajar fardu ain dekat sekolah rendah kat sini. Mentang-mentanglah dia ustazah, semua baju aku dia besarkan. Macam nak bagi dekat orang mengandung 7 bulan.

Cakap pasal raya ni kan, aku nak cerita pengalaman aku balik raya tahun ni. abang aku yang siot itu dah letak tarikh balik raya pada 10 oktober. Aku dah habis kuliah 5hb. So, aku dengan tidak sabar nak baliknye booking la satu tiket keretapi nak balik kelantan. Sampai harinye, kuliah aku habis pukul 12.30. keretapi aku bertolak kul 6.15. abang aku dah warning awal2 kalau nak suruh dia hantar g kl central aku kena bayar duit minyak. Hampeh punya abang. Aku pun cakap la. Tak pe aku g sendiri. Naik rapid kl tak habis duit aku.

Hari tu memang kelam kabut gila. Pagi tu, aku tinggalkan nota aku dekat kedai fotostat nak suruh dia fotostat 3copy petang nanti kul 1 aku ambik. Begitulah yang aku bagitahu abang fotostat itu. Balik2 je aku terus singgah kat kedai tu nak ambik. Tup2 dia tak fotostat pun lg. aku punya hangin satu badan. Nak tunggu aku tak berani takutnyer aku mengamuk satu kedai tak pasal karang. Sebab time tu punyalah panjang orang beratur nak fotostat kerja diorang. Aku dengan hangin satu badan menapak keluar dari kedai tu. Ecewah. Dan bertekad nak keluar fotostat kerja aku tu kat seksyen 2. naik la bus rapid kl. Kat sini dah dua sem kampus aku guna perkhidmatan bas rapid kl nak angkut students.

Nak dijadikan cerita, hari tu kan hari jumaat. Pak cik yang bawak bas tu pulak baru first time bawak bas masuk kampus aku. Dia tak tahu bas tak boleh lalu ikut jalan masjid tu. Tersadai la bas tu kat situ sampai kul 2. aku dah istighfar dalam hati. Kenapalah hari ni jugak dia nak train pak cik ni bawak bus. Betapa teruknya dugaan hari tu. Then nak dipendekkan cerita siaplah kerja aku tu dalam kul 3. balik kampus, packing, mekap, mandi, sembahyang, siaplah kul 4.

Tunggu punya tunggu, kul 4.30 barulah bas sampai. Tu baru nak keluar dari kampus nak pergi seksyen 2. belum lagi nak naik bus dari seksyen 2 tu nak pegi kl central. Sampai je kat seksyen 2 tak de sebijik pun bas nak pegi kl central. Tapi orang yang menunggunya ramai. Pak cik tu cakap, tak de bas la hari ni dik. Time tu rasa macam nak menangis pun ada. Dah la penat ulang-alik keluar masuk. aku call la abang aku. Tak berangkat. Rasa macam nak menjerit bagitahu samua orang keretapi aku kul 6.15.

Dalam kul 5 datanglah bus sebijik. Kul 5.10 barulah dia bertolak. Time tu aku tahu macam tak sempat je nak sampai kat kl central 30 minit sebelum train tu bertolak. tu tak kira jem lagi. Tolonglah YA ALLAH tolong lancarkan jem ni. Sepanjang perjalanan tu aku tak putus-putus istighfar dalam hati. Tak nak tahu pun apa jadi kat depan. Yang aku rasa bas tu gerak. Gerak,gerak, kejap berhenti. Gerak sikit, berhentinya lama. Sabar je lah. Nak menyumpah seranah nanti tak termakbul pulak doa last minit aku tu. Bulan posa kan. Sabar je lah.

Lebih kurang kul 6.05 dekat-dekat nak sampai kl central tu, sikit lagi nak sampai, tiba-tiba je bas tu berhenti. pak cik bus tu selamba je turun cakap2 dengan 4 orang mamat India kat depan. Aku dah gelisah gila. Dalam hati ni masyaalah boleh pulak. Memang tuhan je tahu perasaan aku time tu. Nasib baik kejap je. Kejap pun ada jugak lima minit. Kul 6.15 tepat2 bus tu sampai kat kl central. Aku turun je bas, redah segala orang yang ada kat situ. Tak tahu berapa orang aku langgar. Masa tu dia dah buat panggilan terakhir. Aku la penumpang terakhir yang sampai. Aku masuk je dia cakap ok bleh tutup. Tak sempat pun aku nak beli makanan nak buka puasa. Yang aku tahu aku ada simpan dua tin root beer kat dalam beg. Nasib baik. Tu lah juadah berbuka aku.

Dan secara kebetulan aku sama train dengan yani. Dia best friend aku dari kecik lagi. Rumah dia kat depan rumah aku je. Yang bezanya dia naik kat tampin. Kes nak kena tinggal keretapi dah selesai. Nak cerita kes lain pulak.

Aku punyalah bes tidur dalam train tu. Sebab penat kan. Tak kisahlah bunyi dia macam nak pekak telinga. Pagi tu, aku rasa macam train berhenti. aku pun tersedarlah. Dalam mamai tu, aku lipat2 la selimut aku. Relax je. Tengok2 kat luar, cari sign board nak tahu kat mana tempat tu. Dalam hati aku “macam familiar je tempat ni”. aku pun berpaling dan bertanya kepada kakak dekat belakang aku “kat mana ni kak?”..’’rantau panjang”
Terlalu selamba kakak itu menjawab. Aku pun jawab “owh”. Tiba2 train tu gerak. Aku ternampak kelibat si yani itu meletakkan beg dia atas satu kerusi, dan berpaling kearah ku. Dia terkejut gila dan melambai-lambai kearahku dengan mimik muka terkejut dan mulutnya yang berkata “hei, kat sinilah” dengan jari yang manunjuk-nunjuk ke lantai. Train itu semakin laju dan aku ternampak sign board ‘tanah merah’ kat situ. Hampeh. Kali keduanya aku rasa macam nak nangis. Nasib baik dekat negeri sendiri. Yani terus msg aku cakap jangan lupa turun kat pasir mas. Tu perhentian kedua terakhir. Rasa macam nak cekik je kakak kat belakang aku tu. Menyusahkan betul. Aku terus msg mak aku dan suruh dia msg abang aku cakap aku terlepas stesen. Keadaan memang mencemaskan. Sebab aku punya henset dah low battery, kredit pun dah tinggal 60 sen time tu. Teruk betul aku ni. sampai je kat pasir mas, aku turun. Tunggu lama la jugak sebelum abang aku sampai. Yang lagi hampeh abang aku tanya “macamana boleh terlepas stesen?”
Aku cakap la “orang tertidur. Sedar je keretapi dah berhenti. tanya la kakak kat belakang tu kat mana ni, dia cakap kat rantau panjang…”. Abang aku pun menjawab “mana ada stesen rantau panjang!!!”. Malu betul dari nak kena tinggal train, terlepas stesen pulak. Pukul 11.30 jugak baru aku sampai kat rumah. 19 jam jugaklah pengembaraan aku yang tak berapa fabulous itu. Heheh. (jangan mare abg gs!).

0 love bugs bites: