Tuesday, September 18, 2007

Memory 2000

Hmm, kalau nak cakap pasal memori masa aku sekolah rendah darjah nam dulu, banyak rasanya. Semuanya kalau difikir balik mcm unpredictable je bagi kanak-kanak riang perempuan ayu mcm aku ni. Auww, puji diri.


Yg plg beznya lepas UPSR la. Kitorang satu geng about 4 biji basikal. Ada la lam 7, 8 orang aku lupa dah. Budak KL tak buat nih, mungkin tak reti pun. After balik je dari sekolah, aku terus menyelinap keluar dengan baju n seluar extra. Nak pergi mandi sungai. Boleh mcm tu? PEREMPUAN ni. Kalau hari hujan, satu kelebihan. Aku tak payah susah2 nak tukar seluar baju, balik2 mak aku tanya ''dari mana ni basah kuyup?''. Aku dengan selambanya menjawab "main bola jaring dalam hujan". Sampai sekarang pun mak aku tak tau aku auta dia. Kalau ingat2 balik, cuak pun ada. Berani mandi sungai tanpa pengawasan org tua. Hehehe.


Sampai satu hari tu terjadilah satu insiden ni. Kawan aku si anis ni buat2 la lagak mcm stunt man nak terjun dalam sungai tu. Tup2 port yang dia pilih salah la pulak. Aku dah tau port tu, dalam sungai tu ada batu tajam, aku dah cakap dah " weh, situ ada batu la" tapi layan je dia buat tak tau. Dan "BEDEBUSHHHHH" dia lompat. Apa lagi terkial2 la naik balik sebab kaki dia dah luka. Parah la jugak. Tapi kitorang tampal plaster je. Kalau kau baca kan nis, aku nak tanya "ada lagi ke parut tu" hehehe. Nasib la kawan. Sapa suh tak dengar cakap aku.


Terbreak la jugak aktiviti harian kitorang tu pasal si anis tu. Yang beznya, kalau nak pergi mandi sungai, siap ada bekal mihun sup sorang satu. Fulamak. Mcm pergi berkelah pulak.


And satu hari, masa tu ada pertandingan nasyid antara kelas2. Aku join la. Kelas kita ke menang, nis? Aku pun tak ingat. Kenapa cakap pasal ni? Pasal masa kitorang tengah syok menyampaikan lagu2 nasyid kitorang tu, cheewah, aku nampak geng2 budak laki yang tiba2 muncul. Pasal, to admit dari pagi hari tu aku cari diorang tapi tak jumpa. Nak tau diorang pergi mana? Diorang pergi barbeqiu dkt sungai, masa persekolahan. Dan lepas tu jadi kes polis pasal apa entah aku tak ingat. Then, terkeluar la jugak kes kitorang satu geng pelajar perempuan pergi mandi sungai time sekolah. Hello, tolong sikit eh. Kitorang pergi sungai time lepas sekolah tau. Tak pasal2 member aku Myxura tu (dia memang geng aku since sek. ren. lagi) kena panggil jumpa dengan guru besar. Aku pun tak tau dia tanya apa. Tapi yang aku ingat, guru besar suh mention nama geng2 aku yang terlibat, tapi nama aku dia lupa nak mention. FUHH,mmg lega dunia akhirat. Sebab dah tipu mak bapak ni. Padan muka. Hampir terkantoi siot..


Banyak pengalaman time sekolah dulu kalau nak ingat balik. Time talentime lepas UPSR tu. Kitorang sama2 masuk Tarian Endang, Ulik Mayang tapi aku tak de chance nak masuk Dikir Puteri. Myxura la nyanyi. Bez sgt kan?


Dan kalau ingat bab ni memang malu ckt. Kitorang suka kait buah mangga dekat kuartes cikgu, lepas tu pergi makan rojak buah dalam bilik guru. Depan semua cikgu2. Kalau fikir balik, malu jugak. Hehehe. Tapi bez. Aku lebih suka dok di kampung aku. Tenang, aman. Semua ada. Miss me home!!

0 love bugs bites: