Tuesday, September 25, 2007
Cockroach buster!!
Semalam aku tangkap DUA ekor lipas. Pakai tangan tu.Tak der perempuan seberani aku dalam dunia ni siot!! Hahaha. Tak de lah. Aku cuak jugak sebenarnya. Tapi dua rumet aku tu memang dah menjerit kegelian, aku tak nak lah tunjukkan muka takut aku sebab diorang bergantung seopenuhnya jiwa raga kat aku untuk tangkap lipas tu. Ecewah. Cakap besar. Tak de lah tangkap pakai tangan sebenarnya. Kotorlah wei. Aku tangkap pakai kertas. Lapik dengan kertas. Tu pun lepas lipas-lipas tu tak sedarkan diri selepas disembur oleh ridsect yang tak berapa mujarab yang dipinjam khas dari cik dahlia makwe si affan. (apa kena mengena?!!). Mana nak mujarabnyer, ridsect tu punyalah bau wangi je macam perfume. Aku sembur sampai nak habis tu sebotol, lipas tu dapat lari lagi!! Siot tol. Lepas lipas pertama berjaya aku buang, datang pulak lipas kedua. Apa lagi, menjerit la rumet aku. Nak bagitahu rahsia ni, lipas tu kan, dia lari naik atas kaki aku. Lepas tu kan, dia merayap dekat buku lali aku. Aku memang terasa nak menjerit ALLAH je yang tau. Geli siot bila dah kena. Tapi menten buat muka tak takut. Padahal kegelian itu masih dapat aku rasai lagi sekarang ni. Heee, sumpah mak tak nak jadi penyelamat lipas lagi lepas ni. Dah lah terbang. Buatnya hinggap dekat muka, lepas tu aku sembur je ridsect tu kat muka, tak ke naya. Eeee, geli..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 love bugs bites:
Post a Comment