Tak usah lagi berahsia kerana segalanya telah terbongkar tanpa pengetahuan si perahsia. Diri ini terasa bodoh gila yang amat bila segala rahsia terbongkar satu-persatu di depan mata. Sanggup dia memperlakukan sedemikian rupa. Tak tahu di mana silap dan salahku bila dia bagaikan melarikan diri daripadaku. Mungkin kekurangan yang ada pada diriku ini membuatkan dia malu. Untuk membawaku berasama. Melalui waktu-waktu gembira bersama watak yang disayangi dan amat hebat di mata semua.
Bila rahsia tak lagi menjadi rahsia;
Pertama kali mengetahui, terasa sedih menyelubungi. Tersedu-sedan meluahkan rasa pada watak yang sudi. Sanggup dia melakukan sebegitu rupa. Membuatkan aku tidak menyesal untuk menyesali setiap waktu-waktu gembira yang aku hadiahkan pada hari gembiranya. Nyata inilah balasan yang aku terima. Dia malu untuk berdampingan dengan aku yang bodoh, hodoh dan jakun ini agaknya. Dia takut aku akan memalukan dia, kerana bersekaki denganku, di hadapan watak yang istimewa di hatinya agaknya.
Bila rahsia tak lagi menjadi rahsia;
Diri ini berasa kerdil sekali dan rasa terhina menemani setiap hari. Bila segala yang dibicarakan tidak diketahui pokok pangkalnya dan telalu asing untuk didengari. Bila bersama watak-watak tambahan yang lain tanpa si watak utama di sisi. Diri ini berasa begitu malu apabila yang terbongkar jelas dan nyata dia memprotes kehadiranku dan tidak menerima aku bersama, 'membuang masa' bersama watak yang begitu hebat di mata semua itu. Ya, mungkin.
Bila rahsia tak lagi menjadi rahsia;
Hati ini tercuit rasa geli. Bila segala penipuan terserlah kebenaran di depan penglihatan sendiri. Setelah sedih di ubati dan berjaya pergi, geli hati mampir mencuit hati. Terasa gila kelakar bila situasi tidak seperti yang normal terjadi. Tidak seperti yang sepatutnya dijalani. Terasa menggeletek pangkal hati bila segala yang ingin ditutupi bagaikan terbang segala penghadangnya menjauhi. Meninggalkan segala kebenaran bertelanjang sendiri. (melampau kot. Hehe). Terasa ingin mengeluarkan segala isi hati, bila setiap cabang penipuan yang diberi, semuanya patah dek kesilapan sendiri. Terasa ingin ketawa kegelian bila segala pembohongan terlampau nampak tidak logiknya. Huhuhihi. (kelakar gila, i tell u!!)
Bila Rahsia tak lagi menjadi rahsia;
Sedih dan lucu berlalu pergi. Timbul rasa sakit hati yang boleh menimbulkan rasa benci. Sakit hati bila diri bagaikan tidak diperlukan lagi. TIdak kisah tanpa diri disisi. Pedih hati bila semakin hari diri semakin keseorangan mejalani hari-hari. Tidak mahu menyusahkanku guna untuk melarikan diri. Membawa diri jauh pergi drp dia yang tak sudi.
Bila rahsia tak lagi menjadi rahsia;
Sekejapan aku berfikir. Mungkin orang ketiga tidak menyenangi. kehadiranku disamping waktu-waktu bersama. Lantas si watak utama menafikan kewujudanku dalam ruang waktu. Lalu berangkat bersama insan yang hanya layak untuk bersama. Melupakan setiap waktu ketika sekaki bersama.
Bila rahsia tak lagi menjadi rahsia;
Aku semakin merendah diri untuk melalui hari-hari. Kepalaku sentiasa memberat mengisi setiap persoalan yang tiada langsung jawapan. Lantas semuanya tersimpan di situ. Membuatkan kesakitan lama menziarahi kembali. Migrainku sentiasa bersama menemani hari-hari. Ya, mungkin aku harus berterima kasih pada migrainku. Kerana sentiasa ada menemani.
Dan yang nyata, semua sudah mengetahui. Dan yang nyata, aku langsung berjauh hati. Dan yang nyata, aku tak tahu mcmana lagi. Dan yang nyata, aku malu dengan diri sendiri. Dan yang nyata, aku tak tahu dimana nak menyorok lagi. Dan yang nyata, sudah terang lagi bersuluh. Dan yang nyata, aku tunduk menghadapNYA meminta penjelasan dan ketenangan untuk melalui hari-hari. Dan yang nyata, aku pelik. Dan yang nyata, aku tak dapat lagi menyorokkan kelakuan. Dan yang nyata, aku dah bertunang! Dan yang nyata, dialah tunanganku. Dan yang nyata,pengakuan yang akhir itu hanyalah penipuan semata-mata. Dan yang nyata, penipuan semata-mata itu hanyalah untuk menutup segala pengakuan yang ada. Dan yang nyata, pengakuan dan penipuan itu hanya untuk kekeliruan sahaja. Dan yang nyata, kekeliruan itu untuk menutup segalanya. Dan yang nyata, segalanya, pengakuan, penipuan dan kekeliruan itu adalah hanya DIA dan aku sahaja yang tahu. Dan yang nyata, segalanya hanyalah rekaan semata-mata. Dan yang nyata, segala rekaan itu hanyalah rekaan semata-mata juga. Dan yang nyata rekaan semata-mata itu memang sebetul-betulnya rekaan yang telah direka sejak terekanya kita. Wallahua'lam..!!!
Tuesday, August 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 love bugs bites:
Post a Comment