Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa isteri (nak kahwin 4 tu fikir-fikirlah dulu pat lima nam kali), kena tanggung dosa anak perempuan yang belum berkahwin, dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN??
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawab maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suami. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
Lelaki,
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu, isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isterinya tanpa izin. Itu sebabnya mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang dari nyawa orang lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (yang ini wallahua'lam). Tetapi lelaki ada juga keistimewaan yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T..
Wanita,
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi lelaki tidak. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang daripada lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapu suami tak perlu taat kepada isteri. Walaubagaimanapun, hormat-menghormati itu perlu.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah, bukan? Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita dan bapa islah seorang lelaki? Wanita menerima harta pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakannya untuk menyara isteri dan anak-anaknya. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat, dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampunkan ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan bertanggungjawab kepada 4 wanita : isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan anak saudara perempuannya.
Manakala wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki : suaminya, ayahnya, anak lelakinya, dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : sembahyang lima waktu, puasa dibulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya terhadap ALLAH akan turut menerima pahala orang pergi berperabg fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MASYAALLAH...
Sayangnya ALLAH kepada wanita....
(waraknya aku hari ni....!!??)
Monday, November 20, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 love bugs bites:
Post a Comment