Rasullullah S.A.W bersabda, katanya '' Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat di sebelah kanan akan lebih berkuasa daripada di sebelah kiri. Sekiranya seorang anak Adam melakukan dosa, maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang di sebelah kanan. Katanya ''Apakah yang patut aku catit?''
''Janganlah kamu catit dahulu dosanya sehingga dia melakukan 5 kesalahan'', kata malaikat di sebelah kanan.
''Kalau dia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang patut aku catitkan?'', tanya malaikat di sebelah kiri lagi.
''Biarkan, sehingga dia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa 1 kebaikan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpan 5 pahala lagi.", jawab malaikat di sebelah kanan pula.
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, ''Kalau macam ni, sampai bilalah aku dapat merosakkan anak Adam?''
Demikianlah rahmat Allah kepada hambaNya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas. Hanya hambanya sahaja yang lalai dan leka dengan kseronokan serta kemewahan dunia.
Renungkanlah...
Monday, November 13, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 love bugs bites:
Post a Comment