Monday, November 20, 2006

HIDUP..

HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI :
  1. Semalam - sudah menjadi sejarah.
  2. Hari ini - apa yang sedang kita lakukan.
  3. Esok - hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mingkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM DUA NAFAS :

  1. Nafas naik.
  2. Nafas turun.

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALLAH secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA DUA PILIHAN :

  1. Hidup dalam keredhaan ALLAH.
  2. Hidup dalam kemurkaan ALLAH.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA DUA TEMPAT :

  1. Kekal di dalam neraka.
  2. Kekal di dalam syurga.

0 love bugs bites: